Tutorial Cara Membuat "Read More >>" Pada Posting Blogger

LR baru sahaja belajar cara membuat "Read More >>" pada posting blog LR. 
Nampaknya ianya sangat mudah semudah ABC. Ianya sangat penting untuk memastikan blog lebih rapi, kemas dan tidak terlalu panjang sampai ke bawah. Kepada blogger baru yang belum tahu caranya boleh lah menggunakan cara ini ;)

Ketam Stim


Assalamualaikum..
Selamat Malam..

Ketam Stim menu utama lunch tengahari tadi. Makan dengan sayur saja sebab LR tengah on diet karbo. Payah juga bila berdiet ni kan? Huhuu

Ketam ni LR beli di Kampung Tongkalloh Pulau Bum-Bum Semporna. Harga RM10 sekilogram. Biasanya kalau beli terus daripada nelayan yang menjual di jeti harga hanyalah RM8 sekilogram. Tapi yang ni beli daripada orang tengah so harga up lah sedikit.

Cuti Perayaan 2016 Yang Diperuntukkan KPM

CUTI PERAYAAN 2016 YANG DIPERUNTUKKAM KPM

Berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 19 Tahun 2015, cuti sekolah sempena sambutan perayaan telah diselaraskan oleh KPM yang melibatkan perayaan-perayaan utama di Malaysia iaitu Tahun Baru CinaHari Raya Puasa dan Deepavali. Cuti tersebut merupakan cuti sekolah yang TIDAK PERLU diganti.

Sayur Kacang Panjang


Ramai di antara kita yang tidak gemar memakan sayur. Lebih-lebih lagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.
Tapi bagi LR, tidak lengkap rasanya hidangan tanpa sayur-sayuran. Baiklah, entri kali ini LR nak kongsikan resepi sayur favourite LR. Resepi simple dan mudah tapi sedap. Jom lihat resepinya..

SAYUR KACANG PANJANG
Oleh : LR Soflin

Wang Kertas RM1 Tandatangan "AISHAH"?


Benarkah wang kertas RM1 tandatangan 'AISHAH" ini wujud dan bernilai ribuan ringgit?

Jawapannya 'Ya' memang wujud. Tetapi buat pengetahuan semua, RM1 tersebut bukanlah ditandatangani oleh 'AISHAH' kerana negara kita Malaysia tidak pernah ada Gabenor bernama Aishah. Jadi milik siapakah tandatangan tersebut? Okey jom kita lihat senarai Gabenor negara kita.

Roti Telur Berkeju

Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Pagi ni seperti biasa LR sediakan sarapan pagi untuk Encik Suami dan anak-anak. Biasanya LR cuma berkesempatan memasak sarapan pada hari sabtu dan ahad sahaja sebab pada hari bekerja LR tak sempat nak sarapan di rumah. Menu sarapan pagi ini ialah Roti Telur Berkeju. LR sekeluarga sangat sukakan menu ini kerana makan sekeping sahaja sudah membekalkan tenaga yang mencukupi dan bertahan lama. Tidak seperti menu sarapan pagi yang lain di mana makan banyak pun still cepat lapar. Menu ini mengandungi Karbohidrat, protein, dan juga protein. Jadi tidak hairan lah jika ianya membekalkan tenaga yang banyak apabila memakannya.

Congo Bars

Congo Bars ni LR buat masa LR mengandungkan anak kedua LR. Masa tu ternampak resepi ni dalam news feed facebook LR. LR pun apa lagi mengidamlah nak makan Congo Bars ni. Pregnant anak kedua LR ni, LR banyak mengidamkan makanan jenis kekacang. Mula-mula sekali mengidamkan Kacang Pistachio dan Kacang Gajus. Sepanjang pregnant asyik makan kacang ni lah. Selepas tu Congo Bars ni pula, bahan-bahannya pun terdiri kekacang juga iaitu walnut dan kacang badam.

Memandangkan masa tu LR mengidam sangat nak makan Congo Bars ni then di daerah Semporna ni tak ada yang jual so LR pun nekad

Ketam Goreng Sos Bertelur







KETAM GORENG SOS BERTELUR
Oleh : LR Soflin

Bahan-bahan:
1 kilo ketam - buka cengkerangnya dan buang insang n poket bhn buangan-potong 2 jika saiznya agak besar. Cuci bersih dan toskan.
2 sudu makan serbuk kunyit
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 batang cili merah*(nak pedas lagi boleh tambah cili padi)/boleh juga guna cili kisar
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum(optional)
2 biji telur ayam-pecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
1 cawan minyak masak(agak2 jer)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Tomato(optional-potong berbaji

Cara-cara:

1. Masukkan ketam ke dalam bekas yang agak besar,tabur garam dan serbuk kunyit.

Strawberry Cheese Tart






STRAWBERRY CHEESE TART
Sumber : Azlita Masam Manis

A) Crust / Shell / Kulit Tart

Bahan-bahan :

170gm Marjerin atau Butter
50gm Gula Aising
1 Biji Telur Gred C
290gm Tepung Gandum
1 tsp Esen Vanilla
Acuan Tart

Cara-cara :

1. Ayak Tepung Gandum ke dalam bekas (besen kecil..etc.)

2. Ayak Gula Aising ke dalam bekas tepung tadi.

3. Masukkan Marjerin atau Butter ke dalam campuran tepung dan gula aising.

4. Gaul campuran sehingga sebati.

5. Masukkan telur dan esen vanila.

6. Gaul semula sehingga sebati dan kemudian uli sehingga menghasilkan doh yang licin dan tidak melekat di tangan.

7. Masukkan dalam beg plastik dan simpan ke dalam peti ais semalaman (boleh juga selama 2jam) untuk mendapatkan hasil doh yang elok dan tahan lama.

8. Bentukkan kulit tart menggunakan acuan.

9. Potong lebihan ditepi acuan dengan menggunakan pisau.

10. Cucuk dasar kulit tart tersebut dengan menggunakan pencungkil gigi atau garfu.

11. Bakar dengan menggunakan api atas bawah suhu 170C selama 20 minit atau sehingga kekuningan. 


12. Sejukkan. Setelah sejuk masukkan dalam bekas kedap udara.



B) Filling Tart

Bahan-bahan :

250gm Cream Cheese ( Jenama Philadelphia / Anchor / Tatura - mana2 yang ada )
50gm Gula Kastor
1 Biji Telur Gred B
1/2 tsp Esen Vanila / Esen Lemon

Cara-cara :

1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai suhu bilik.

2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.

3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

4. Masukkan filling strawberi / blueberry / coklat cair - hoko atau nuttela ke dalam kulit tart dengan menggunakan piping bag.

5. Tutup filling tersebut dengan memasukkan cream cheese menggunakan piping bag.

6. Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yang kita suka.

7. Kacau rata sehingga warna sebati.

8. Proses melorek dilakukan semasa cream cheese tersebut masih lembut/cair.

9. Lorek dengan menggunakan pencungkil gigi mengikut citarasa masing-masing.



10. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. ( Api atas bawah dan diletakkan pada rak paling bawah)

11. Sentuh cream cheese dengan hujung jari. Jika tidak melekat itu bermaksud ianya telah masak.

12. Cheese tart yang telah siap simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

LR buat ni untuk sambutan hari jadi anak LR. Licin habis sebab sedap! Cubalah ;)

Manggo Float



Salam. 

Hari ini LR nak kongsikan resepi Manggo Float yang pernah LR buat khas untuk Encik Suami. Actually dah lama tak buat Manggo Float ni sebab kalau buat memang bertambah-tambah 'comel' lah LR. 😂

Manggo Float ni memang sesuai dijadikan sebagai punca pendapatan kerana rasanya sangat sedap, makan banyak pun tak akan mual jadi sudah pasti jualan cepat laku. Macam Pisang Goreng panas!LR dah tak ingat resepi ni dapat dari mana. So tak tahu nak kreditkan kepada siapa. Ok lupakan pasal tu. Jom tengok resepinya...

MANGGO FLOAT
Oleh : LR Soflin

Bahan-bahan :

200gm Non Dairy Whipping Cream (Fresh Cream)

125gm Susu Pekat Manis (Sebaiknya ikut citarasa sendiri tahap mana kemanisannya)

30 Keping Biskut Marie (Perisa kopi) di kisar

Mangga masak (manis) di potong dadu kecil

Cara-cara :

Putar whipping cream sehingga kental bersama susu pekat manis.

Tabur biskut yg telah dikisar ke dalam bekas.

Masukkan mangga..susun.

Tuangkan sedikit cream.

Ulang langkah 2-4 sehingga membentuk 3 lapisan.

Masukkan dalam peti ais.

Siap untuk dimakan.



Yummy! Sungguh sedap








Snow Cheese Cake




SNOW CHEESE CAKE
Sumber : HaSue Blogspot

BAHAN-BAHAN :




KEK

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)-jika guna tepung naik sendiri tak  perlu letak baking powder
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)
tambah esen vanilla


KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- LR letak sekadar manis pada selera
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul.


TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.



CARA-CARA :

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.

4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.

5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.

6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.

9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Biskut Ulat Bulu


BISKUT ULAT BULU
Resepi oleh : Resepi Biskut

Bahan-bahan 

300gm tepung gandum
150gm tepung jagung
50gm susu tepung
180gm minyak sapi
100gm mentega
100gm gula icing
Perisa pandan hijau
Buah kurma yg dipotong memanjang, lebih kurang 6 hirisan drpd 1 biji buah kurma (Boleh jg guna jem kurma, tapi agak leceh utk dibentuk)
Castor sugar ~ hiasan, tabur diatas biskut

Cara-cara

Putar gula icing dan mentega hingga sebati. 

Kemudian masukkan minyak sapi, perisa pandan dan susu tepung. 

Putar hingga sebati. 

Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, uli dgn tangan hingga sebati.


Selalunya tepung gandum diletak kemudian dan bergantung pada adunan. 

Kalau sudah dapat dibentuk tidak perlu habiskan 300gm. 


Selepas itu, bentuk doh sekecil ibu jari, dan letakkan satu hiris buah kurma, kemudian bentuk memanjang. Tekan atasnya dgn garfu utk bentuk ulat.


Masukkan kedalam loyang dan bakar pada suhu 160-180. 
Agak sukar utk menentukan biskut ini masak atau tidak sebab walaupun sudah masak biskutnya masih lembut, tetapi..kalau sudah letak diluar, ia akan mengeras sendiri. 

Untuk menentukan dah masak tengok dibawah biskut agak kekuningan. 

Sesudah diangkat dari oven taburkan castor sugar diatasnya sebagai hiasan. ( salutkan gula semasa bisku masih panas, jika dah sejuk gula tidak akan melekat )

~lr soflin~

Sambal Telur Berlada



SAMBAL TELUR BERLADA
Resepi : Azie Kitchen

Bahan bahan 

5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar - hiris 
3-4 sb cili kisar 
Sedikit belacan 
Garam 
Gula 
Air asam jawa 
Telur - rebus, kupas & goreng 


Cara cara 

Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.

Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing. 

Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik.

Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.  
Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. 

Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan. 

Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.

Biskut Bebola Cornflakes


BISKUT BEBOLA CORNFLAKES
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home 

Bahan :- (anggaran 70 - 80 biji) 

1/2 cawan gula kastor 
1/2 cawan butter 
1 biji telor 
1 sudu teh esen vanila 
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit) 
1 cawan tepung naik sendiri (diayak) 
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit) 
cawan kertas saiz kecil secukupnya 

Cara-cara :

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 

2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati. 

3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata. *Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. 

4. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

5. Tak perlu isi adunan penuh dalam papercups tu sebab nanti ia akan mengembang sedikit sebab kandungan tepung naik sendiri dan telur tu.

Biskut Suji Kristal





BISKUT SUJI KRISTAL
Resipi : Chef Asma

Bahan A (diayak bersama)
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B
125gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100gm badam kisar (dipanggang)
1/2 sudu teh perisa vanila
200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)

Pewarna : Pink, hijau dan kuning
Hiasan : Gula Kaster

Cara-cara :

1. Satukan Bahan A dan Bahan B kecuali pewarna. Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 20 minit atau lebih.

2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan tiga jenis pewarna secukupnya.

3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kepada 10gm setiap doh.

4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit.

5. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kaster.

~lr soflin~

Cornflakes Chocolate Crunchy





Entri kali ini LR nak kongsikan resepi biskut raya yang wajib LR buat setiap kali menjelangnya Hari Raya. Kenapa wajib buat? Sebab anak sulung LR suka sangat makan Cornflakes Coklat ni. Sebagai seorang ibu, hati akan cukup gembira dan puas hati bila kita berjaya gembirakan anak-anak. Ok jom lihat resepinya..


CORNFLAKES CHOCOLATE CRUNCHY

Bahan A : Anggaran 60 Biji
300 coklat masakan
2 sudu teh Shortening ( Fungsinya supaya coklat nampak berkilau )

Bahan B :
100gm cornflakes
40gm badam cincang - dipanggang/disangai selama 10 minit
Sedikit badam cincang - untuk hiasan
sedikit coklat putih - untuk hiasan


Cara Memasak :

1. Cairkan Bahan A dengan kaedah 'double boiler' kemudian masukkan kesemua Bahan B.
2. Gaulkan dan pastikan kesemuanya bersalut rata.
3. Sudukan ke dalam cawan kertas dan taburkan badam cincang di atasnya.
4. Biarkan coklat keras kemudian masukkan coklat putih ke dalam piping bag kemudian hias di atasnya.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

~lr soflin~



Apam Coklat Moist Kukus



APAM COKLAT MOIST KUKUS

Bahan-bahan : 

2 cawan tepung gandum
4 sudu makan serbuk koko
1 st baking powder
1/2 st soda bicarbonate
1/2 st garam
2 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula halus - kena tambah kalau suka manis, tapi kalau makan dengan aiskrim, ok dah..
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air

Cara-cara :

Caranya senang je, campur semua bahan dan kacau dengan hand whisk sehingga sebati. 
Rehatkan 1/2 jam.
Kukus dalam acuan lompang yg disapukan minyak selama 15-20 minit.

Hobi~Kumpul Duit Lama




Ramai orang di luar sana yang memiliki hobi mengumpul barangan. Di antaranya ada yang mengumpul barangan bundle branded seperti T'shirt, seluar, beg dan kasut. Ada pula yang hobinya mengumpul pelbagai jenis Sampul Duit Raya perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan Deepavali. Tapi kali ini aku bukan nak menulis berkenaan hobi mengumpul barangan bundle mahupun Sampul Duit Raya tetapi entri aku kali ini adalah berkenaan dengan hobi Mengumpul Duit Lama.

Ya, Duit Lama.. Sebut pasal Duit Lama mesti yang terlintas dalam fikiran kita adalah 'Kalau jual mesti harga mahal boleh cecah ribuan ringgit sekeping'. Jika itu yang terlintas di fikiran maka kita dah silap sebab bukan semua duit lama itu ada harga yang tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit. Jangankan ribuan ringgit, ratusan ringgit pun belum tentu sampai. Percayalah!

Aku nak bercerita pasal waktu mula-mula aku berkecimpung dengan hobi mengumpul duit lama ni. Macam ni ceritanya.. 🤔💭

"Pada pagi 2 Mac 2015 aku online Facebook seperti biasa. Scroll punya scroll News Feed aku ternampak lah posting dalam satu group Semporna berkenaan iklan mencari Duit Lama. Dalam post tu ada nyatakan mencari duit syiling parlimen bergerigi (Milled Edge) 50 sen tahun 1967,1968 dan 1969. Aku pun cari lah dalam simpanan mana lah tahu bertuah badan tiba-tiba ada dalam simpanan sebab orang tu offer nak beli RM300 sekeping. Fuhh.. kelabu juga la seketika mata aku. Kihkih..siapa la tak nak kan..50sen jadi RM300!

Aku teringat! Haaa...dalam pouch aku kan ada 50 sen bergerigi ( rupanya 50 sen Security Edge tahun 1967 ). Dengan tidak membuang masa aku komen dekat post orang tu..tepek gambar duit syiling aku tu. Tapi hampa.. dia tak nak yang berparit/ada belahan. Dia nak 50 sen ME ( yang tiada belahan/parit kat sisi duit syiling tu). Aku yang pada mulanya excited terus hampa! Hahaha.. Tapi semuanya tidak berakhir di situ. Terdetik dalam hati nak cari info pasal duit lama ni. Aku beritahu Encik Suami yang masa tu duduk di sebelah tengah drive kereta nak ke bandar pasal hasrat aku nak ke rumah mak manalah tahu mak ada simpan duit syiling tu. Sebabnya dulu mak ada menyimpan duit syiling 50 sen dalam kuantiti yang banyak. Jadinya daripada tersimpan begitu sahaja (kalau ada) baiklah aku beritahu mak pasal tu kan. Yang aku tak sangka-sangka ni, rupanya orang selama ni tertipu sebab sebelum ni heboh pasal duit syiling 50 sen yang terbelah harga mahal. Mak aku sendiri pun kumpul duit syiling 50 sen terbelah tu lah. Padahal collector tak cari yang tu pun.

Aku rasa ada lah puak yang sengaja mengheboh-hebohkan pasal duit syiling 50 sen SE tu kononnya orang cari dan harga mahal supaya orang tak kumpul duit syiling 50 sen ME tu. Agaknya lah. Kalau difikirkan memang macam tu. Ye lah kalau tidak macam mana orang boleh terhegeh-hegeh kumpul duit syiling 50 sen SE tu pula kan. Pagi tu aku search juga info pasal duit lama dalam web dan Facebook. Dalam pencarian tu entah boleh pula timbul minat nak tahu lebih mendalam pasal hobi kumpul duit lama ni. Maklumlah orang tengah mengandung memang macam tu. Tiba-tiba saja boleh timbul minat.

Aku cari info berkenaan duit lama ni dan perkara pertama aku tahu adalah nama bagi aktiviti mengumpul duit lama iaitu 'Numismatik'. Aku juga banyak membaca blog-blog Numismatik seperti Blog Malaysian Coin, Galeri Bank Note Sha dan lain-lain. Di facebook aku mencari group-group berkenaan kelab duit lama ni dan ternyata banyak sekali group yang aku temui. Aku join satu persatu dan alhamdulillah banyak info aku temui. Tak sangka Duit Lama ni sememangnya bernilai bagi collector dan sesiapa sahaja yang mempunyai hobi mengumpul duit lama sepertiku.

Banyak aku pelajari dalam group-group duit lama. Pertama kali aku menjalankan urusniaga iaitu mengongsikan duit syiling 5 sen bunga raya error yang mana syiling tersebut memiliki kecacatan iaitu Gasing terpusing 90° dan angka 0 pada tahun tiada menjadikannya tahun '20  1' sepatutnya 2001. Aku saja-saja berkongsi dalam group tetapi ada seorang collector yang berminat untuk membelinya. Aku newbie, jadi aku tidak tahu nak letak harga berapa. Akhirnya aku memintanya menawarkan harganya sendiri memandangkan dia seorang collector yang jauh lebih berpengalaman dalam bidang numismatik. Dia mendesak aku untuk menjual duit syiling tersebut dengan harga RM50. Aku pun bersetuju. Siapa tidak terkejut, duit syiling 5 sen yang hanya memiliki kecacatan sudah berharga berkali-kali ganda dari nilai asal. Sungguh menarik!

Hari berganti hari, bulan berganti bulan..akhirnya aku terjebak juga dengan aktiviti 'menumis' ini. Syok tu memang syok.. sebab dapat miliki notes yang tidak pernah pun aku lihat sebelum ini. Aku membeli notes melalui aktiviti jualan terus dan lelongan ahli-ahli kelab untuk koleksi dan selebihnya aku jual semula kepada ahli-ahli kelab dan alhamdulillah hasil daripada menjual lebihan notes aku dapat membeli notes yang lain sebagai koleksi.

Agak lama juga aku aktif dalam jual beli duit lama ni. Dari aku mengandung sehingga lepas pantang. November 2015 aku berhenti seketika sebab sibuk menguruskan anak dan kerjaya. Kini duit-duit lama aku simpan elok-elok untuk tatapan di masa akan datang. Kenangan terindah semasa aku mengandungkan anak kedua. Masaku terisi dengan aktiviti menumis.. mengidam punya pasal! 😉

Di bawah ni aku kongsikan sedikit koleksi duit lama aku.. Opss lupa nak ambil gambar. InsyaAllah ada kelapangan aku akan kongsikan di sini. 😊


Pulut Durian


Pulut Durian..sebut saja pulut dan durian memang dah terliur dibuatnya. Resepi cukup simple dan rasanya boleh tahan. Tapi bagi aku tak lawan lah dengan rasa buah durian asli yang fresh. Actually first time makan dan sediakan Pulut Durian ni. Terpanggil nak mencuba sebab ternampak post pasal Pulut Durian ni dalam fb. Jadi aku pun cubalah.

Setelah balik dari rumah mak mertua semalam, aku meminta Encik Suami singgah sebentar di bandar untuk mencari buah Durian. Hampir 30 minit mencari akhirnya kami jumpa pun durian dijual di hadapan Jeti Awam Pekan. Susah juga nak dapatkan durian di daerah ini. Bayangkan, hanya seorang yang menjual durian di daerah ini sedangkan di daerah luar buah durian bertimbun-timbun siap bagi harga murah lagi.

Berbeza ceritanya dengan daerah tercintaku ini...harga durian boleh lah dikatakan agak mahal. Durian Kahwin RM15 sekilo...fuhhh. Mengidam nak makan Pulut Durian punya pasal aku beli juga lah sebiji durian. Sampai sahaja di rumah aku terus mentanak pulut.  Resepi Pulut ni sama saja caranya macam yang aku pernah buat sebelum ini. So agak mudahlah nak sediakan.

Ni lah resepi yang aku guna untuk menyediakann Durian Pulut idaman kalbu.


DURIAN PULUT

A) Tanak Pulut Dahulu ----> Klik Link  Cara-cara Tanak Pulut

B) Kuah Santan
Masak kuah untuk pulut durian tersebut.

1. Masukkan 1 pek cawan santan sederhana pekat.           Boleh tambah 1/2 atau 1 sudu teh garam ikut
    citarasa sendiri.

2. Tambahkan daun pandan untuk lebih wangi.

3. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.

C) Pulut Durian siap untuk dimakan
Hidangkan seperti gambar di bawah. Cara menikmatinya ialah dengan tuangkan santan ke atas pulut. Letak sedikit gula. Makan dengan isi durian.

Rasa yang enak..yummmy!!


Alhamdulillah,
dapatlah juga merasa Pulut Durian ni. Sekurang-kurangnya dah tahu rasanya bagaimana ye tak? Makan seorang-seorang saja...sebab Encik Suami kata dia tidak minat makan durian bersama pulut mahupun nasi. Dia suka durian saja..Okey tidak menjadi masalah. 

Sekian
~lr soflin~

Kek Pisang Gebu

Kek Pisang Gebu baked with love..

Assalamualaikum..

         Hari Ke-2 Raya Haji ni aku duduk di rumah saja..tak ke mana-mana. Meluangkan masa bersama anak-anak di rumah. Ye lah sementara cuti kan..biasanya kalau hari bekerja memang aku sibuk dengan kerja..pagi-pagi lagi dah ke tempat kerja kadang-kadang anak-anak pun belum bangun lagi aku dah berada di Office. Balik tengahari sambung pula sebelah petang. Kadang-kadang tak sempat balik pun tengahari sebab banyak kerja luar kena settlekan. Kalau kerja settle awal, awal lah aku balik. Syukur ada Encik Suami yang setia menemani drivekan aku setiap hari. Bersyukur sangat dapat suami jenis memahami. Terima kasih Encik Suami..

Okey, aku sebenarnya nak cerita pasal Kek Pisang Gebu aku ni.. Masa beraya rumah mak semalam, aku nampak setandan Pisang Hijau/ Pisang Manis yang dah masak landing baik punya di tepi rumah mak. So, sebelum balik tu aku sempat lah minta Pisang Hijau tu.. Ingat nak minta 3 - 4 biji saja tapi mak suruh ambil satu sisir Pisang Hijau tu. Alhamdulillah..rezeki di petang raya. Dalam kepala memang dah terlintas nak buat Kek Pisang bila nampak pisang tu.

Hari ini aku realisasikan apa yang terlintas di kepala aku semalam. Sebelum ni pernah juga buat Kek Pisang tapi yang terbaru buat versi kukus punya. Rasa memang cukup mantap dan gebu. Kali ni nak try buat versi bakar pula. Bahan-bahan semua memang dah ada..cuma Ovalete saja yang tiada. Okey jom tengok bahan-bahan dan cara-cara menyediakan Kek Pisang Gebu ni.


KEK PISANG GEBU

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur gred A
3/4 cawan gula
1 sudu kecil ovalette - Tiada stok di rumah jadi aku tak letak
1 cawan pisang dilecek - aku guna pisang hijau / pisang manis
3/4 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen pisang

Cara-Cara :

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder . Ketepikan dulu.

2. Dlm bekas lain, putar telur dan gula dgn mixer hingga kembang.

3. Masukkan ovelatte dan putar lagi sehingga betul-betul kembang.

4. Kemudian masukkan pisang lecek, minyak dan putar lagi sampai sebati.

5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar lagi. 

6. Tambahkan esen pisang. Alas loyang 7 inci dengan kertas minyak dan sapukan sedikit mentega.

7. Akhir sekali boleh lah hias dengan hirisan pisang hijau tadi. (Nak biar kosong je pun boleh)


p/s : Heroku yang kecil tengah sibuk kacau mamanya yang busy ni..akibatnya aku lupa nak potong kertas minyak tu ikut saiz loyang dan terus tuang macam tu saja. Adess...

8. Bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama 40 minit atau sehingga masak. ( Aku turunkan suhu kepada 150 darjah celcius setelah bahagian atas kek dah kelihatan perang )

p/s : Suhu tu bergantung dengan jenis oven juga. Jadi kena pandai-pandai lah..ikut oven masing-masing.

9. Dah masak boleh lah dipotong dan dihidang bersama minuman kegemaran anda.





Pisang Hijau/ Pisang Manis..mak aku tanam sendiri ni dibelakang rumah


Anak aku yang sulung tak sabar-sabar nak makan kek pisang ni. Jadi sebaik saja masak aku terus potong dan hidangkan untuk dia dan Encik Suami. Anak aku makan banyak kek ni..dia kata sedaapp. Encik Suami pun cakap benda yang sama. Alhamdulillah.. 

Sekian coretan untuk kali ini...

Selamat malam
-lr soflin-


Cara-cara Tanak Pulut



Assalamualaikum..

Pulut Kari Ayam.. menu untuk lunch hari ini dan Encik Suami kata sedaap. Alhamdulillah..

Baiklah.. entri kali ini adalah berkenaan cara-cara mentanak Pulut cara aku. Actually aku pun baru saja belajar cara mentanak pulut almaklumlah..selama ni asyik dengan masakan mak dan kakak saja...anak bongsu katakan..jadi bila dah berumahtangga ni apa-apa yang tekak kita nak kena lah usahakan masak sendiri.

Ceritanya, tekak teringin makan pulut ni gara-gara menonton Drama TV di Astro Ria 'Si Kolot Suamiku'.. Alaa kan watak si Kudin dalam drama tu gemar sangat makan Pulut jadi aku pun teringin la juga nak mkn PULUT..hehehe 😄😄
Tapi aku memang suka mkn pulut pun..teringat masa zaman budak-budak sampai lah ke remaja dulu bila raya menjelang tiba selalu mak  masak Pulut berlaukkan Ayam Masak Sos Cili, Ayam Kari dan Ayam Kicap. Memang power lah masakan mak..suka sangat Ayam Masak Sos Cili mak. Tengkiu mak masakan mak memang yang terbaik..tiada tandingan.

Seingat aku semenjak dah jadi isteri orang ni..aku pernah juga try tanak Pulut sekali tapi airnya cuma menggunakan air biasa sahaja. Jadi rasanya tidak berlemak. Untuk kali ini.. aku menggunakan santan jadi rasanya bagi aku tersangatlah sedap hinggakan boleh dimakan begitu sahaja. Hehehe..

Hasil bantuan Encik Google jadilah resepi seperti berikut..
Okey jom tengok bahan-bahan dan caranya.

Bahan-bahan :

2 Cawan Beras Pulut
1/2 Paket Serbuk Santan 50g (pakai dalam 25g sebab xnak pulut berlemak sgt)
2 Cawan Air ( Aku lebihkan siiikit -make sure guna cawan yg sama dgn cawan utk menyukat pulut)
1 sudu makan Minyak Masak
1/4 sudu teh Garam

Cara-cara :

1. Basuh beras pulut sehingga bersih.

2. Bancuh Serbuk Santan dengan air. Kacau sebati.


Ni dia santan yang aku guna dah ada rasa pandan

3. Masukkan dalam periuk nasi yang berisi beras pulut tadi dan tambah garam dan minyak masak.

4. Tanak seperti biasa. (Aku guna rice cooker) Jangan lupa gaul semasa sedang ditanak supaya masaknya sekata. Aku gaul dlm 3 kali jugak.



5. Sesudah masak boleh lah dihidangkan dengan pelbagai lauk. Makan pulut begitu saja pun boleh sebab rasanya memang sedap. Makan dengan buah durian pun sedap. 😋



Okey done..

Baii 😉
-lr soflin-