Day 1
29 Nov 2018 | Khamis
Perjalanan kami seawal 6.30 pagi dari Semporna ke Airport Tawau dengan menaiki kereta sewa persendirian. Sewa untuk sekali perjalanan RM100 kereta jenis Perodua Alza. Cukuplah untuk kami berlima bersama 4 buah luggage. Bergerak awal ke Airport Tawau bagi memastikan kami sampai 2 jam lebih awal dari penerbangan. Kami tiba di Lapangan Terbang Tawau kira-kira pukul 7.30 pagi kerana perjalanan dari Semporna ke Lapangan Terbang Tawau memakan masa lebih kurang 1 jam sahaja. Kami sampai 30 minit lebih awal sebelum kaunter Drop-In Baggage buka. Jadi dalam masa 30 minit kami melakukan Self Check-In melalui kiosk, timbang berat bagasi, security check, memasang tag bagasi. Tepat pukul 8.00 pagi kaunter Drop-In Baggage AirAsia ke Johor Bahru pun dibuka. Selesai urusan bagasi kami pun ke ruangan menunggu untuk Daftar Masuk. Adalah dalam 20 minit menunggu sebelum panggilan Daftar Masuk.
Setelah Daftar Masuk ke bahagian menunggu Pintu Gate, LR hampir terlupa untuk mengecop Boarding Pass di kaunter Imigresen 🤦🏻♀️ dan hanya menyedarinya selepas ditegur oleh staf AirAsia sebelum memasuki kapal. Syukur LR berada di barisan hadapan so sempatlah bekejar ke Kaunter Imigresen. Tepat pukul 10.00 pagi kami pun terbang.. ✈️
Sepanjang dalam penerbangan, Alhamdulillah anak-anak tidak meragam. Terutamanya anak lelaki LR yang baru berusia 3 tahun setengah. Hanya duduk diam dan selepas itu terlelap. LR sempat merasa hidangan makanan Pak Nasseer dalam board. LR sukakan Nasi Lemaknya yang sedap di makan pada ketinggian berpuluh-puluh ribu kaki di udara. 😄. Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Senai, Johor lebih kurang dalam pukul 12.45 tengahari. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Johor Darul Takzim. Setiba di Balai Ketibaan kelihatan susuk tubuh Abang Ngah sedang menunggu kami sekeluarga. Destinasi kami seterusnya adalah berziarah ke rumah Abang Ngah dan lain-lain di Pasir Gudang.
Setelah selesai aktiviti ziarah dari rumah ke rumah, tibalah masanya LR sekeluarga (kecuali mak - mak decide untuk stay di rumah abang-abang untuk meluangkan masa bersama ) mencari tempat penginapan. LR sekeluarga ke Bandar Johor Bahru dan mencari Hotel yang bersesuaian. Disebabkan terlalu penat dan telah larut malam, LR decide untuk menginap di Hotel Hallmark Regency Johor Bahru. Walaupun LR walk-in mencari hotel, namun LR lebih suka membuat tempahan dan pembayaran melalui Aplikasi Shopback dan Agoda sebabnya terdapat banyak kelebihan berbanding membuat tempahan di hotel itu sendiri. Salah satu kelebihannya adalah ; sebarang tempahan melalui aplikasi shopback akan menerima CashBack dari ShopBack. Okey yang nak dapatkan CashBack tu cepat-cepatlah muat turun Aplikasi Shopback melalui Appstore atau Playstore smartphone anda dan jangan lupa masukkan Referral Code : 1DR1MU untuk mendapatkan bonus RM5 atau klik sahaja link ini ( https://www.shopback.my/referred-signup-bonus?raf=lDR1MU )
Day 2
30 Nov 2018 | Jumaat
Hari kedua kami di Bandar Johor Baharu, perancangan untuk hari ini adalah lebih kepada aktiviti “Window shopping” di beberapa buah Shopping Mall di Johor Bahru. Antaranya ;
🏢 KSL City Mall, JB
🏢 Holiday Plaza, JB
🏢 Paradigm Mall, JB
Keluar seawal 10.30 pagi dari Hallmark Regency Hotel, *****To be continued...✌🏻😎




