Kek Lapis Sarawak yang menjadi kegemaran LR adalah Kek Lapis Oreo Cheese. Gabungan cheese dan oreo tu memang 'ngam' sangat sebab tidak terlalu manis.
RESIPI KEK LAPIS OREO CHEESE
By : LR Kitchen
Bahan-bahan :
500gm mentega tulin
250gm krim cheese
10 biji telur gred A
200gm gula kastor
200gm tepung hong kong
150gm susu pekat manis
1 cawan horlicks
1 tbsp besar ovallete
1 tbsp esen vanila
4 bungkus biskut oreo atau secukupnya (buang krim)
Cara - cara :
1. Pukul mentega dan susu hingga kembang, masukkan krim cheese dan pukul lagi hingga sebati. Ketepikan dulu.
2. Pukul telur, gula dan ovallete hingga kembang. Perlahankan mixer dan masukkan tepung hong kong sedikit demi sedikit sampai habis, pukul hingga sebati.
3. Satukan adunan nombor 1 dan 2 dan gaul hingga sebati kemudian masukkan esen vanila dan horlicks, kacau hingga sebati.
4. Asingkan 8 senduk adunan kedalam mangkuk lain dan letak pewarna hijau, selebihnya biarkan dengan warna asal.
5. Sediakan loyang 8"x8" dan lapik dengan kertas minyak, masukkan 1 senduk adunan warna hijau, ratakan dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan kepanasan 180C - 200C. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah (utk lapisan pertama) selama 6 - 7 minit atau sehingga masak dan permukaan kek berwarna perang. (Bergantung pada oven masing-masing). Keluarkan dari oven, tekan. permukaan kek dengan penekan khas kek lapis, (bertujuan untuk memecahkan gelembung udara di permukaan kek supaya nanti lapisan kek nampak sama rata). Untuk lapisan seterusnya guna api atas sahaja. Ulangi proses ini sebanyak 4 lapis.

6.Seterusnya bolehlah dilapiskan dengan adunan warna asal tadi, letak 3/4 cawan adunan warna asal, ratakan dan susun biskut oreo bakar lagi sampai masak, ulangi proses yang sama seperti tadi, (susun biskut oreo selang 1 - 2 lapisan kek). Bila selesai adunan ini, lapiskan pula baki adunan warna hijau tadi sampai selesai. Kalau ada lebih biskut tu, boleh susun pada lapisan terakhir kek. (Paling atas)
Done. Selamat mencuba 😊