Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Thursday, September 15, 2016

Pulut Durian


Pulut Durian..sebut saja pulut dan durian memang dah terliur dibuatnya. Resepi cukup simple dan rasanya boleh tahan. Tapi bagi aku tak lawan lah dengan rasa buah durian asli yang fresh. Actually first time makan dan sediakan Pulut Durian ni. Terpanggil nak mencuba sebab ternampak post pasal Pulut Durian ni dalam fb. Jadi aku pun cubalah.

Setelah balik dari rumah mak mertua semalam, aku meminta Encik Suami singgah sebentar di bandar untuk mencari buah Durian. Hampir 30 minit mencari akhirnya kami jumpa pun durian dijual di hadapan Jeti Awam Pekan. Susah juga nak dapatkan durian di daerah ini. Bayangkan, hanya seorang yang menjual durian di daerah ini sedangkan di daerah luar buah durian bertimbun-timbun siap bagi harga murah lagi.

Berbeza ceritanya dengan daerah tercintaku ini...harga durian boleh lah dikatakan agak mahal. Durian Kahwin RM15 sekilo...fuhhh. Mengidam nak makan Pulut Durian punya pasal aku beli juga lah sebiji durian. Sampai sahaja di rumah aku terus mentanak pulut.  Resepi Pulut ni sama saja caranya macam yang aku pernah buat sebelum ini. So agak mudahlah nak sediakan.

Ni lah resepi yang aku guna untuk menyediakann Durian Pulut idaman kalbu.


DURIAN PULUT

A) Tanak Pulut Dahulu ----> Klik Link  Cara-cara Tanak Pulut

B) Kuah Santan
Masak kuah untuk pulut durian tersebut.

1. Masukkan 1 pek cawan santan sederhana pekat.           Boleh tambah 1/2 atau 1 sudu teh garam ikut
    citarasa sendiri.

2. Tambahkan daun pandan untuk lebih wangi.

3. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.

C) Pulut Durian siap untuk dimakan
Hidangkan seperti gambar di bawah. Cara menikmatinya ialah dengan tuangkan santan ke atas pulut. Letak sedikit gula. Makan dengan isi durian.

Rasa yang enak..yummmy!!


Alhamdulillah,
dapatlah juga merasa Pulut Durian ni. Sekurang-kurangnya dah tahu rasanya bagaimana ye tak? Makan seorang-seorang saja...sebab Encik Suami kata dia tidak minat makan durian bersama pulut mahupun nasi. Dia suka durian saja..Okey tidak menjadi masalah. 

Sekian
~lr soflin~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...