Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Friday, September 23, 2016

Strawberry Cheese Tart






STRAWBERRY CHEESE TART
Sumber : Azlita Masam Manis

A) Crust / Shell / Kulit Tart

Bahan-bahan :

170gm Marjerin atau Butter
50gm Gula Aising
1 Biji Telur Gred C
290gm Tepung Gandum
1 tsp Esen Vanilla
Acuan Tart

Cara-cara :

1. Ayak Tepung Gandum ke dalam bekas (besen kecil..etc.)

2. Ayak Gula Aising ke dalam bekas tepung tadi.

3. Masukkan Marjerin atau Butter ke dalam campuran tepung dan gula aising.

4. Gaul campuran sehingga sebati.

5. Masukkan telur dan esen vanila.

6. Gaul semula sehingga sebati dan kemudian uli sehingga menghasilkan doh yang licin dan tidak melekat di tangan.

7. Masukkan dalam beg plastik dan simpan ke dalam peti ais semalaman (boleh juga selama 2jam) untuk mendapatkan hasil doh yang elok dan tahan lama.

8. Bentukkan kulit tart menggunakan acuan.

9. Potong lebihan ditepi acuan dengan menggunakan pisau.

10. Cucuk dasar kulit tart tersebut dengan menggunakan pencungkil gigi atau garfu.

11. Bakar dengan menggunakan api atas bawah suhu 170C selama 20 minit atau sehingga kekuningan. 


12. Sejukkan. Setelah sejuk masukkan dalam bekas kedap udara.



B) Filling Tart

Bahan-bahan :

250gm Cream Cheese ( Jenama Philadelphia / Anchor / Tatura - mana2 yang ada )
50gm Gula Kastor
1 Biji Telur Gred B
1/2 tsp Esen Vanila / Esen Lemon

Cara-cara :

1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai suhu bilik.

2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.

3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

4. Masukkan filling strawberi / blueberry / coklat cair - hoko atau nuttela ke dalam kulit tart dengan menggunakan piping bag.

5. Tutup filling tersebut dengan memasukkan cream cheese menggunakan piping bag.

6. Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yang kita suka.

7. Kacau rata sehingga warna sebati.

8. Proses melorek dilakukan semasa cream cheese tersebut masih lembut/cair.

9. Lorek dengan menggunakan pencungkil gigi mengikut citarasa masing-masing.



10. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. ( Api atas bawah dan diletakkan pada rak paling bawah)

11. Sentuh cream cheese dengan hujung jari. Jika tidak melekat itu bermaksud ianya telah masak.

12. Cheese tart yang telah siap simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

LR buat ni untuk sambutan hari jadi anak LR. Licin habis sebab sedap! Cubalah ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...