SUP JAGUNG ISI KETAM
SUP JAGUNG ISI KETAM
Oleh : LR Kitchen
BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung manis
1 liter air
2 biji telur
Isi ketam secukupnya - dicarik halus
1 biji kiub pati ayam maggi
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Garam & gula secukup rasa
CARA:
1) Didihkan air dalam periuk bersama kiub pati ayam. Setelah kiub pati ayam larut, masukkan isi ketam dan jagung manis. Biarkan hingga mendidih.
2) Masukkan garam dan gula.
3) Pecahkan telur dalam mangkuk yang berlainan. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam sup sambil tangan terus mengacau sup. pastikan telur hancur dan tidak berketul-ketul. Nanti tekstur sup tak cantik.
4) Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Setelah mendidih, matikan api.
5) Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan dalam keadaan masih panas.
KEK BATIK
KEK BATIK
Oleh : LR Kitchen
1/2 ketul Buttercup (125g)
5 Biji telur
3/4 Cawan Tepung Gandum
1/4 Cawan serbuk koko
1/2 tin susu pekat
Esen Vanilla sedikit ( agak2 )
Cara-cara :
Mix semua bahan-bahan.
Tuang atas kuali & kacau tanpa henti supaya tepung tak berketul .
Rasa sikit , kalau nk manis tmbah lg susu . Lepastu , ambil biskut marie dlm 2 baris yg dah dipatahkn ,gaul sekali.
Last , letak dlm bekas atau loyang . tekan2 bagi rata .
Topping atas kek batik ikut suka kita , boleh tabur nestum, kacang , coklat chip dan lain2
S E L A M A T M E N C U B A
Ketam Sumbat Sabahan
Malam ini LR berkesempatan menulis entri setelah sekian lama menyepi.. Okey, tanpa membuang masa jomlah kita lihat resipi Ketam Sumbat resipi saya sendiri ini...
KETAM SUMBAT SABAHAN
Oleh : LR Kitchen
BAHAN-BAHAN :
1kg ketam rebus dan ambil isi shj
1 biji bawang merah dicincang kecil
2 ulas bawang putih dicincang kecil
Sedikit daun bawang dan sup di cincang kecil
Sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
Sedikit Garam
2 biji telur
Tepung Bestari ( Saya guna tepung bestari Garlic)
1 mangkuk kecil mixed vegetables
CARA-CARA :
Tumis bawang merah dan putih sehingga wangi,
Kemudian masukan mixed vegetables.
Tabur kan lada hitam dan lada putih.
Perasakan garamnya. Akhir sekali baru dimasukan daun sup dan daun bawang, kacau sekata. Tutup api.
Setelah siap bahan inti, sumbatkan inti tersebut kedalam kulit ketam tadi sehingga padat.
Setelah tu pukul 2 biji telur tadi dengan sedikit garam.kulit yg telah disumbat tadi dicelupkan kedalam telur kemudian celup ke dalam tepung goreng serbaguna bestari (Garlic).
Kemudian goreng secara deep fry.
Maka siaplah untuk dihidang
![]() |
| Sedap tak??? hehehe |
![]() |
![]() |
| Ketam Sumbat yang telah dibekukan |
![]() |
| Ketam Sumbat Frozen yang telah digoreng. Sedap ! |
- S E L A M A T M E N C U B A -
**Nota :
Kulit ketam bahagian dlm perlulah disapu dgn sedikit minyak masak atau pun tepung bagi mengelakkan isi melekat pada kulit.
Utk disejuk bekukan, goreng sekejap sahaja. Sejukkan dan masukkan dlm bekas/plastik berseal dan bekukan.
Ketam Sumbat ni betul-betul membuka selera nak makan. Rasa memang sedap sangat-sangat. Tak rugi cuba... :)
Mi Basah Seafood Sabah
![]() |
| Mi Basah Seafood Sabah |
Assalamualaikum....hi semua
Entri kali ini LR nak kongsikan cara-cara memasak Mi Basah Seafood Sabah yang baharu sahaja LR masak untuk dinner semalam. Resipi ni pun LR dapat dari satu blog tak ingat nama blog apa..kredit utk blog tersebut. Tapi LR ubah sedikit resipinya mengikut kesesuaian tekak LR dan suami.. Btw, Encik Suami bagi gred A++ untuk masakan Mi Basah Seafood Sabah LR semalam. I hepi :P
Okeh jom kita lihat resepinya.. :)
Mee Basah Seafood Sabah
Bahan-bahannya :-
Mee Kuning (Kalau di Sabah ada Mee khas untuk Mee Basah ni)
Udang
Sotong
Bawang Putih
Lada Putih
Sos Tiram
Fishball
fishcake
Tepung Jagung sedikit untuk pemekat kuah, (bancuh dahulu)
Sayur Sawi
Air
Bahan perasa (Serbuk Pati Ayam-aku guna brand Knorr)
Cara Memasak:-
Goreng dahulu Mee Kuning tanpa minyak di atas kuali, biar ada hangit-hangit sedikit ataupun kekuningan, dah siap ketepikan.
Dalam kuali/periuk tumis bawang putih.
Masukkan air (terpulang nak kuah banyak mana), biarkan menggelegak.
Dah menggelegak kuah tadi, masukkan sos tiram, udang, sotong, fishball, fishcake.
Masukkan sayur sawi, bahan perasa, tepung jagung untuk memekatkan kuah, masukkan bahan perasa dan serbuk lada putih.
Siap untuk dihidang.
Siap dah Mi Basah Seafood Sabah kitaa...taraa~
LR juga namakan Mi Basah Seafood Sabah ini sebagai Mi Basah Seafood Banjir Sabah sebabnya 'dibanjiri' seafood tak macam di restoran tuu...ciputt je seafoodnya :D :D
Okeh sampai di sini sahaja..semoga ada kesempatan berceloteh dalam blog ini di lain hari... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)





















