Pagi Jumaat yang barakah ini, LR baharu sahaja selesai menyiapkan Kek Coklat Moist Cheese sebanyak 50 cup. Resipi asal adalah menggunakan topping Coklat tetapi memandangkan LR kurang menggemari coklat jadi toppingnya LR tukar kepada topping cheese dan parutan cheese. Kek Coklat Moist Cheese ini sesuai dijadikan sebagai doorgift, juadah harijadi anak-anak sama ada di rumah atau di Sekolah, juadah majlis, ataupun untuk diagih-agihkan kepada jemaah di Masjid.. dan boleh juga dibuat untuk jualan. Okey jom lihat resipinya.
Kek Coklat Moist Cheese
Bahan-bahan : (Anggaran 18 cup sederhana kecil)
Bahan A : Ayak
* 1 ½ cwn tepung gandum
* 1 tsp baking powder
* ½ tsp soda bikarbonat
* ½ cwn serbuk koko
Bahan B : Blend
1 cwn myk masak
1 cwn susu cair
½ cwn susu pekat
7 table spoon gula (boleh kurangkan kalau x suka manis)
1 tea spoon garam
1 table spoon ovalette
2 biji telur gred A
Bahan optional :
Chocolate Rice
Cara-cara : Anda boleh juga tonton video melalui youtube. Klik link ——>
1. Ayak smua bahan A, ketepikan.
2. Bahan B dimasukkan dlm blender dan blend sampai sebati.
3. Tuang bahan B dalam bekas yg ada bahan A yang telah diayak. Kacau hingga sebati menggunakan handwisk.
4. Tabur sedikit chocolate rice ke dalam adunan sebelum dikukus untuk menambahkan lagi kelembapan kek. (Tak letak pun tak apa)
5. Masukkan adunan ke dalam acuan sama ada acuan lompang atau cup kecil yang telah disapu dengan sedikit marjerin/mentega. Isi hampir setengah daripada ketinggian acuan.
6. Kukus selama 15-25 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. Sebelum memasukkan kek, pastikan pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bahan C : Topping kek (50 cup)
500g cream cheese
3/4 tin susu pekat
1 cawan UHT Whipping Cream/Dairy Whipping Cream
3/4 cawan susu segar (susu kotak kecil sahaja)
Cara-cara :
1. Mix cream cheese, susu pekat, whipping dairy dan susu segar sehingga sebati.
2. Tuang ke dalam acuan kek yang telah sejuk.
3. Parutkan cheddar cheese dan tabur di atas kek.
**Nota Tambahan :
1. Buat 3 kali adunan untuk mendapatkan 50 cup sederhana tinggi.
2. Jika menggunakan cup paling rendah, pastikan mengisi 1/4 sahaja drpd ketinggian cup.
3. Tidak perlu tutup cup dengan plastik semasa mengukus. (Untuk kek yg menggunakan loyang besar perlu tutup utk mengelakkan air masuk dalam kek)
4. Topping boleh ditukar mengikut citarasa sama ada menggunakan topping cheese atau topping coklat.
(Resipi ASAL menggunakan topping coklat tetapi saya tukar kepada topping cheese)
5. Untuk topping 18 cup hanya menggunakan 250g cream cheese, begitu juga dengan bahan-bahan yg lain.
#KekCoklatMoistKukusToppingCheese
#lrkitchen232
#lrkitchen23




