Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Saturday, September 24, 2016

Roti Telur Berkeju

Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Pagi ni seperti biasa LR sediakan sarapan pagi untuk Encik Suami dan anak-anak. Biasanya LR cuma berkesempatan memasak sarapan pada hari sabtu dan ahad sahaja sebab pada hari bekerja LR tak sempat nak sarapan di rumah. Menu sarapan pagi ini ialah Roti Telur Berkeju. LR sekeluarga sangat sukakan menu ini kerana makan sekeping sahaja sudah membekalkan tenaga yang mencukupi dan bertahan lama. Tidak seperti menu sarapan pagi yang lain di mana makan banyak pun still cepat lapar. Menu ini mengandungi Karbohidrat, protein, dan juga protein. Jadi tidak hairan lah jika ianya membekalkan tenaga yang banyak apabila memakannya.


Okey mari kita lihat resepinya.

ROTI TELUR BERKEJU
Oleh : LR Soflin

Bahan-bahan :

1 keping roti
1 biji telur
1/2 keping keju (LR guna chesdale rasa lebih sedap)
Sedikit butter (LR guna buttercup)

Cara-cara :

1. Ambil sekeping roti dan toreh menjadi bentuk segiempat. Tekan-tekan ruangan segiempat tersebut menggunakan sudu makan.

2. Masak di kuali non stick yang telah dipanaskan letak sedikit butter pada kuali dan masukkan roti.

3. Masukkan telur dalam ruangan segiempat.

4. Tambah kepingan keju yang telah dipotong-potong.

5. Terbalikkan. Sekiranya telur telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama minuman panas kegemaran.

6. Makan bersama sos cili menambahkan lagi rasanya yang sedap.



LR makan bersama minuman milo panas. Memang sedap dan terbaik.. yang penting ianya cukup mengenyangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...