KEK LAPIS OREO CHEESE

Kek Lapis Sarawak yang menjadi kegemaran LR adalah Kek Lapis Oreo Cheese. Gabungan cheese dan oreo tu memang 'ngam' sangat sebab tidak terlalu manis.

RESIPI KEK LAPIS OREO CHEESE
By : LR Kitchen

Bahan-bahan :

500gm mentega tulin
250gm krim cheese
10 biji telur gred A
200gm gula kastor
200gm tepung hong kong
150gm susu pekat manis
1 cawan horlicks
1 tbsp besar ovallete
1 tbsp esen vanila
4 bungkus biskut oreo atau secukupnya (buang krim)

Cara - cara :

1. Pukul mentega dan susu hingga kembang, masukkan krim cheese dan pukul lagi hingga sebati. Ketepikan dulu.

2. Pukul telur, gula dan ovallete hingga kembang. Perlahankan mixer dan masukkan tepung hong kong sedikit demi sedikit sampai habis, pukul hingga sebati.

3. Satukan adunan nombor 1 dan 2 dan gaul hingga sebati kemudian masukkan esen vanila dan horlicks, kacau hingga sebati.

4. Asingkan 8 senduk adunan kedalam mangkuk lain dan letak pewarna hijau, selebihnya biarkan dengan warna asal.

5. Sediakan loyang 8"x8" dan lapik dengan kertas minyak, masukkan 1 senduk adunan warna hijau, ratakan dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan kepanasan 180C - 200C. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah (utk lapisan pertama) selama 6 - 7 minit atau sehingga masak dan permukaan kek berwarna perang. (Bergantung pada oven masing-masing). Keluarkan dari oven, tekan. permukaan kek dengan penekan khas kek lapis, (bertujuan untuk memecahkan gelembung udara di permukaan kek supaya nanti lapisan kek nampak sama rata). Untuk lapisan seterusnya guna api atas sahaja. Ulangi proses ini sebanyak 4 lapis.


6.Seterusnya bolehlah dilapiskan dengan adunan warna asal tadi, letak 3/4 cawan adunan warna asal, ratakan dan susun biskut oreo bakar lagi sampai masak, ulangi proses yang sama seperti tadi, (susun biskut oreo selang 1 - 2 lapisan kek). Bila selesai adunan ini, lapiskan pula baki adunan warna hijau tadi sampai selesai. Kalau ada lebih biskut tu, boleh susun pada lapisan terakhir kek. (Paling atas)

Done. Selamat mencuba 😊















KEK LAPIS IDOLA

KEK LAPIS IDOLA
By : LR Kitchen 

Bahan-bahan :

10 biji telur gred A
400g Butter Anchor
150g gula kastor
250g susu pekat
200g horlick
80g serikaya
50g serbuk santan
200g tepung hongkong/gandum
1sdm Ovallate
1sdt esen vanilla
300g coklat masakan
1/2 cawan milo
Pewarna kuning telur secukupnya


Cara-cara :

1. Mix gula kastor dan butter sehingga kembang (putih)

2. Masukkan telur satu persatu. Mix sehingga sebati.

3. Masukkan susu pekat, horlick, serikaya, serbuk santan, tepung gandum dan esen vanilla. Pukul sebati.

4. Bahagikan kepada 2 bahagian.

5. Bahagian 1 dibahagikan kepada 2 dan diwarnakan dgn pewarna kuning.

6. Bahagian 2 dimasukkan coklat masakan yang telah dicairkan dgn kaedah double boil dan milo.

7. Sediakan loyang 8x8 alas bahagian bawah dgn kertas minyak. Keliling sapu dgn butter.

8. Masukkan 5 sudu makan adunan kuning ke dalam loyang dan bakar dgn api atas bawah 180-190 atau mengikut kesesuaian oven masing2 sehingga kekuningan/masak.

9. Lapisan seterusnya bakar dgn menggunakan api atas sahaja.

Susunan lapisan :
Kuning -4 lapis
Coklat - 8 lapis
Kuning - 4 lapis

#lrkitchen23 #lrkitchen232












KEK LUMUT


Kek Lumut
By : LR Kitchen


Bahan-bahan :

500gm /16ozPure Butter (Anchor) -Buttercup pun boleh
10 Biji Telur Ayam gred A
2 Cawan Nestum di Blend
1/2 Cawan Gula Kastor
1 Cawan Tepung Hongkong
200gm Horlicks (Paket Kecil)
1 Tin Kecil Susu Pekat F&N
1 Tin Kecil Srikaya
60ml Pandan Paste 

Cara penyediaan :

1. Pukul Butter bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil mix
3. Kemudian masukkan susu pekat, Srikaya, mix hingga sebati.
4. Kemudian  masukkan  pula nestum, tepung, horlicks dan akhir sekali  pandan paste . Gaul sebati. Ketepikan.
5. Alas loyang 8 x 8 inci dengan baking paper.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan hentak-hentakkan beberapa kali.

                                      
7. Panaskan kukusan.
8. Tutup bahagian atas loyang menggunakan wrapping plastic untuk menghalang air menitis ke atas 
 kek.



      .                                             
9. Kukus selama 3 jam dengan api sederhana.


10. Siap !                                       



 


#lrkitchen23 #lrkitchen232

                                                       

                                                       





PANCAKE


PANCAKE
By : LR Kitchen

Bahan-bahan :

Bahan A
1 Biji Telur
2 Sudu Besar Minyak Masak
1/2 tsp Perisa Vanila

Bahan B
1 Cawan Tepung Gandum
3 tbsp Serbuk santan perisa pandan
1 tsp Baking Powder
1/2 tsp Soda Bikarbonat
2 tbsp Gula (Boleh kurangkan atau tambah)
1/4 tsp Garam
3/4 Cawan Air (anggaran)

Cara-cara penyediaan :

1. Pukul telur sehingga berbuih.

2. Masukkan perisa vanila dan minyak masak. Kacau sebati.

3. Masukkan bahan B ke dalam campuran bahan A mengikut urutan. Gaul sebati.

4. Sendukkan adunan ke atas non-stick pan yang telah dipanaskan.

5. Terbalikkan pancake bila buih dah mula pecah. Tunggu sehingga kekuningan.

6. Angkat pancake yang telah masak dan sapu dengan butter.

7. Tuangkan sirap coklat dan madu ke atas pancake dan sedia untuk dimakan. 

**Nota : Serbuk santan akan memberikan rasa lemak pada pancake. Pastinya membuatkan rasa pancake lebih sedap.

#lrkitchen232 #lrkitchen23

Pancake yang telah disapu butter


Pancake mudah yang digemari anak-anak

Selamat Mencuba 😊