Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Friday, September 9, 2016

Minuman Ala Kafe "Big Cup Coffee"

Sumber : Google

Entri kali ini berkenaan Big Cup Coffee yang sememangnya sudah semacam cendawan tumbuh di daerah Semporna.

Menikmati kopi sejuk pasti memberikan kesegaran setelah kepenatan bekerja mahupun memulakan hari baharu. Ia juga menjadi minuman favourite tatkala bersembang bersama rakan-rakan.

Bagi aku, pertama kali merasai kenikmatan minuman kopi sejuk ini adalah semasa aku sekeluarga membeli belah di Giant Daerah Tawau yang mana pada hari itu diadakan hari 'Pesta Makanan 2015'. Pada masa itu 'Coklat Vanilla' menjadi pilihanku. Tidak dinafikan rasanya memang sedap dan lain dari yang lain.

Menjelang bulan Ramadhan baru-baru ini. Penjualan Big Cup Coffee semakin menjadi-jadi di mana semakin ramai yang menceburi bidang penjualan Big Cup Coffee. Antara lokasi-lokasi penjualan Big Cup Coffee yang aku tahu ialah :

1. Coffee Teachers di Taman Sempol berhadapan pejabat JHEAINS.
2. Taman Sempol berhadapan Perniagaan Bahtiar.
3. Kampung Air berdekatan Masjid Pekan Semporna
4. Food Truck berhadapan BSN
5. Kampung Bubul Lama berdekatan Round About.
6. Anis Coffee di CK Restoran Nasi Kandar
7. Gerai  bersebelahan Burger Centre di hadapan Saedullah

Actually, aku pasti lebih banyak lagi gerai yang belum aku senaraikan di atas. Selain menjual Big Cup Coffee, kebanyakan gerai-gerai di atas juga menjual minuman Ice Blended pelbagai perisa. So, memang banyak pilihan lah bagi penggemar minuman sejuk di Daerah tercinta ini.

Bagi aku pula, antara beberapa gerai yang aku sebutkan di atas..yang menjadi pilihan dan bagi aku menyediakan minuman yang terbaik dari segi rasa adalah Anis Coffee dan buat masa ini minuman kegemaranku adalah perisa coklat. Rasanya yang sedap sangat bertepatan dengan citarasaku. Apapun minuman dari gerai-gerai lain di atas yang belum aku cuba..tungguuu aku datang. InsyaAllah.

Bidang penjualan Minuman ala kafe ini sememangnya menguntungkan sekiranya dijalankan secara berterusan setiap hari. Apa yang penting, kualiti rasa itu perlu diberi perhatian baharulah penggemar-penggemar minuman Big Cup Coffee sepertiku menjadi pelanggan setia.

Ini dia minuman kegemaranku..sungguh enak!

Sekian,
-lr soflin-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...