Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Tuesday, September 27, 2016

Ketam Stim


Assalamualaikum..
Selamat Malam..

Ketam Stim menu utama lunch tengahari tadi. Makan dengan sayur saja sebab LR tengah on diet karbo. Payah juga bila berdiet ni kan? Huhuu

Ketam ni LR beli di Kampung Tongkalloh Pulau Bum-Bum Semporna. Harga RM10 sekilogram. Biasanya kalau beli terus daripada nelayan yang menjual di jeti harga hanyalah RM8 sekilogram. Tapi yang ni beli daripada orang tengah so harga up lah sedikit.


Tempat kerja LR memang terkenal dengan 'Ketam Fresh' sebab kebanyakan penduduk kampung adalah nelayan yang memukat ketam. Jadi setiap kali ada majlis atau pelawat dari luar, Ketam Rebus lah menu utamanya ;)

Ramai juga kenalan LR yang minta LR belikan ketam ni dari Kampung sebab harga jauh lebih murah dari harga pasar iaitu sekitar RM12-15 sekilogram dan ketam pun dah tak fresh. Bagi LR, LR sangat bertuah kerana ditempatkan di Kampung Tongkalloh sebab boleh makan ketam puas-puas..hiii 😁

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...