Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Wednesday, September 7, 2016

Ketam Tampuk

Ketam Tampuk homemade 1st trial

Assalamualaikum..

Cerita aku hari ini berkenaan dengan KETAM. Alkisahnya semalam aku memesan kepada Encik Suami agar membeli ketam di tempat kerja. Biasanya aku sendiri akan membeli ketam melalui makcik kantin. Tapi kali ini terpaksa meminta pertolongan Encik Suami kerana hari ini aku kena menghadiri bengkel berkenaan zakat di luar. Tempat kerja kami berdua memang terkenal dengan Ketam Fresh dan harga pula amat berpatutan iaitu sekilo cuma RM8-10. Jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga pasaran di Pasar Basah. Harga di pasaran biasanya RM12-15 sekilo dan ketam pun kurang fresh. 

Pukul 1.30 Encik Suami sampai di rumah membawa ketam bersama. Ketam suda siap di masak stim kerana Encik Suami meminta Makcik Kantin untuk memasaknya sebelum dibawa pulang ke rumah. Nampaknya ketam stim tersebut suda siap untuk di makan. Aku pun menghabiskan 2 ekor ketam. Kenyang dan puas hati kerana ketamnya banyak isi. 
Aku lupa nak tangkap gambar ketam stim tersebut.

Ketam masih banyak lagi..sebab Encik Suami beli 2 kilo dan ada lebih kurang 13 ekor pelbagai saiz. Pada sebelah petang..aku lihat ketam masih banyak lebih kurang dalam 8 ekor. So aku decide untuk mencuba masak Ketam Tampuk. Sebenarnya sudah lama keinginan untuk memasak Ketam Tampuk ni. Tapi di sebabkan kekangan masa yang tidak mengizinkan jadi terpaksa ditangguhkan sehinggalah tiba hari ini. Keinginan datang secara tiba-tiba semula hari ini..semuanya tidak dirancang. Pada mulanya nak cuba Sup Jagung Isi Ketam tapi macam malas nak minum sup malam-malam ni. Jadi teruskan dengan Ketam Tampuk sahaja. 

Actually, bahan-bahan tidak cukup yelah kan tanpa dirancang. So aku hanya gunakan bahan-bahan sedia ada yang tidak seberapa. Memandangkan bahan2 tidak cukup..aku pun malas lah nak search resepi Ketam Tampuk ni. Aku main campak-campak je ni.. 😂
Asalkan boleh masuk tekak dan peyut pun tak meragam lepas makan dah kira lulus lah kan?? 😁😁

Okey di bawah ini merupakan bahan-bahan tidak seberapa yang aku gunakan untuk menyediakan Ketam Tampuk ini.

Bahan-bahan :

Isi Ketam ( 3 ekor saiz sederhana )
Tepung Gandum ( 1 Cawan )
Serbuk Kari Ikan (Aku guna cap 888)
Daun Bawang (Kuchai) dihiris kecil
Garam ( Sesedap rasa )
Perasa Aji No Moto ( Sesedap rasa )
Gula ( Sesedap rasa )
Air secukupnya
Kulit Ketam secukupnya

Cara-caranya :

Okey memula aku kopek ketam dan carik2 isinya. Jadilah macam gambar di bawah.


Kemudian masukkan tepung gandum dalam mangkuk besar sikit..masukkan daun bawang. Gaul. Masukkan isi ketam dan serbuk kari diikuti dengan air. Aku agak2 je airnya..tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Caranya lebih kurang masak cekodok. Last sekali perasakan 👉 Garam, perasa aji na moto dan gula. Gambar seperti di bawah.


Setelah sebati mcm ni la rupanya
Okey dah sebati boleh cedok menggunakan sudu makan. Masukkan ke dalam kulit ketam yang dah siap dibersihkan seperti dalam gambar di bawah.

Kulit Ketam yang telah dibersihkan
Ketam Tampuk sedia digoreng.
Setelah siap. Bolehlah goreng dalam minyak yang panas menggunakan api yang sederhana kecil.

Nampak menyelerakan
Jangan lupa terbalikkan. Sehingga masak.



Taraa...dah siap! Sejukkan dan boleh lah dimakan. Cicah sos cili pun sedap juga ni.. 😉

Okey untuk 3 ekor isi ketam tu boleh buat 4 Ketam Tampuk.  Encik Suami makan 2 biji..aku 2 biji. So adil. Encik Abe kata sedap. Bagi aku pula boleh lah untuk menghilangkan keinginan makan Ketam Tampuk ni..yang penting ini Ketam Tampuk Homemade. Kebersihan terjaga. Puas hati. Sebelum ni beli saja dari kawan dan kenalan FB. Harga untuk 4 biji RM17 belum siap masak sebab Ketam Tampuk Frozen.

Okeylah badan dah penat. Perlu istirehat.
 Good nite.

-lr soflin-



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...