Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Tuesday, September 6, 2016

Pemandangan Sekitar Tempat Aku Bekerja

Assalamualaikum

Jam menunjukkan pukul 12.07 tengah malam. Aku masih lagi bangun ditemani Encik Suami yang sibuk melayan gadgetnya. Itu sudah tentu main Clash Of Clan (COC). 

Baiklah, entri kali ini adalah berkenaan dengan pemandangan sekitar tempat di mana aku bekerja. Sepertimana yang telah aku sebutkan dalam entri-entri sebelum ini, aku bekerja di Pulau Bum-Bum Semporna. Setiap hari aku dan Encik Suami menaiki kereta kami ke Kampung Sum-Sum. Dari Jeti Kampung Sum-Sum kami menaiki bot sewa untuk ke Jeti Kampung, Pulau Bum-Bum. Perjalanan bot mengambil masa lebih kurang 7-10 minit bergantung dengan cuaca semasa dan bilangan penumpang pada saat itu. Jika penumpang ramai maka akan lambat la pergerakan bot. Setiba di Jeti Kampung, Pulau Bum-Bum kami akan menaiki Van yang kami sewa untuk menuju ke tempat kerjaku iaitu SK*********. Perjalanan mengambil masa 3-4 minit. Dekat sahaja.. jalan kaki pun boleh jika van tiada. Teringat waktu aku bujang dulu sekitar 2009-2010..yang mana aku kerap ke tempat kerja dengan hanya berjalan kaki dari Jeti Kampung Pulau Bum-Bum kerana pada masa itu van jarang ada terutamanya pada musim cuti sekolah.

Pada waktu itu tuhan sajalah yang mengetahui perasaanku. Berjalan kaki bersama-sama anak buah yang menemaniku pergi dan balik. Penatnya tak payah cakaplah. Namun syukur alhamdulillah, semua itu sudah berakhir kerana van pun sudah banyak di kawasan kampung.

Okey, di bawah ini aku sertakan gambar sekitar tempat aku bekerja dan gambar-gambar yang sempat aku ambil semasa dalam perjalanan balik dari tempat kerja.

Pemandangan Depan Pejabat 

Pemandangan depan pejabat aku ni. Sungguh indah kalau angin bertiup kencang memang nampak sangat lah pokok kelapa tu bergoyang.


Pemandangan menghadap ke Pulau Bum-Bum dan Pekan

Gambar ini pula diambil semasa dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Lokasi Kampung Sum-Sum. Boleh nampak tak air laut tohor ketika ini. Maknanya aku dan rakan-rakan terpaksa berjalan jauh lagi lah. Tapi tidak mengapa. Alah bisa tegal biasa.


Bot Sewa 

Haa..ini lah dia bot sewa kami. Gambar ini diambil di Jeti Kampung sebelum menuju ke Jeti Kampung Sum-Sum.


Pemandangan menghadap ke Kampung Sum-Sum

Cantik sungguh awan yang memutih dan langit yang membiru. Kelihatan sebuah bot sedang menuju ke Kampung Sum-Sum. Itulah bot rakan-rakan seperjuangan.


Air Laut jernih di Jeti Kampung
Jernih sungguh air laut di Jeti Kampung. Gambar ini diambil semasa aku sedang menunggu rakan-rakan lain untuk sampai ke Jeti.

Sebenarnya banyak lagi gambar menarik yang aku nak masukkan dalam blogku ini. Namun, belum ada kesempatan. InsyaAllah di entri yang seterusnya.

Sekian dariku,
-lr soflin-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...