KEK PISANG CIP COKLAT MOIST

LR nak kongsikan resipi Kek Pisang Cip Coklat yang menjadi kegemaran anak sulung LR. Resipi ni sama saja sebenarnya dengan resipi kek pisang yang sebelum ni cuma kali ni LR tambahkan dengan cip coklat sebab anak suka makan coklat 😍. Jom try resipi di bawah ...

Oleh : LR Kitchen
Bahan-bahan :


*3 biji Telur
*180g Minyak jagung/masak (Saya guna minyak masak)
*170g Gula Kastor (Saya guna 130g)
* 250g Pisang (Saya guna pisang lemak manis)
*1/2 tsp  perisa pisang (Tak letak pun x apa, lebih sedap..rasa pisang asli)
*1 tsp esen vanila *
*1/2 tsp garam
150g Tepung gandum
1 tsp Soda Bikarbonat
1 1/2 tsp Baking Powder
Hirisan pisang untuk hiasan dan Cip Coklat secukupnya


Cara:

1. Blend bahan bertanda *

2. Lepas siap blend bahan bertanda *. Tuang ke dalam bekas.

3. Ayak Tepung Gandum, Soda Bikarbonat dan Baking Powder.

4. Masukkan bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil kaup balik adunan.

5. Setelah digaul rata. Asingkan lebih kurang 1 cawan adunan dalam bekas lain dan campur dengan 1tbsp serbuk koko. Gaul sebati.

6. Masukkan adunan plain ke dalam loyang 9 X 9 inci/8 X 8 inci. Atau loyang yang bersesuaian.

7. Masukkan adunan yang telah dicampur sebuk koko diruang tengah dan lorekkan membentuk corak mengikut kemahuan.

8. Hentakkan loyang 2-3 kali untuk membuang gelembung udara.

9. Untuk hiasan atas, hias dengan hirisan pisang dan susun seperti dalam gambar dan akhir sekali taburkan cip coklat di atasnya.

10. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius, api atas bawah selama 35 - 40 minit atau sehingga masak.

11. Sekiranya masa telah tamat, tapi bahagian atas belum kekuningan, tambah 5-10 minit dan bakar menggunakan api atas sahaja.










KEK PISANG COKLAT MOIST

Oleh : LR Kitchen

Bahan-bahan :

*3 biji Telur
*180g Minyak jagung/masak (Saya guna minyak masak)
*170g Gula Kastor (Saya guna 130g)
* 250g Pisang (Saya guna pisang lemak manis)
*1/2 tsp  perisa pisang (Tak letak pun x apa, lebih sedap..rasa pisang asli)
*1 tsp esen vanila *
*1/2 tsp garam
150g Tepung gandum
1 tsp Soda Bikarbonat
1 1/2 tsp Baking Powder
1 tbsp Serbuk koko
Hirisan pisang untuk hiasan


Cara:

1. Blend bahan bertanda *

2. Lepas siap blend bahan bertanda *. Tuang ke dalam bekas.

3. Ayak Tepung Gandum, Soda Bikarbonat dan Baking Powder.

4. Masukkan bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil kaup balik adunan.

5. Setelah digaul rata. Asingkan lebih kurang 1 cawan adunan dalam bekas lain dan campur dengan 1tbsp serbuk koko. Gaul sebati.

6. Masukkan adunan plain ke dalam loyang 9 X 9 inci/8 X 8 inci. Atau loyang yang bersesuaian.

7. Masukkan adunan yang telah dicampur sebuk koko diruang tengah dan lorekkan membentuk corak mengikut kemahuan.

8. Hentakkan loyang 2-3 kali untuk membuang gelembung udara.

9. Untuk hiasan atas, hias dengan hirisan pisang dan susun seperti dalam gambar.

10. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius, api atas bawah selama 35 - 40 minit atau sehingga masak.

11. Sekiranya masa telah tamat, tapi bahagian atas belum kekuningan, tambah 5-10 minit dan bakar menggunakan api atas sahaja.





Kek pisang ni lembap dan lembut..sangat sedap kalau dah semalaman..😋😋

Selamat mencuba😁

#lrkitchen23 #lrkitchen232

BANANA CAKE


Oleh : LR Kitchen

Bahan-bahan :

*3 biji Telur
*180g Minyak jagung/masak (Saya guna minyak masak)
*170g Gula Kastor (Saya guna 140g)
* 250g Pisang (Saya guna pisang lemak manis)
*1 tsp  perisa pisang (Saya tak letak)
*1 tsp esen vanila *
*1/2 tsp garam
150g Tepung gandum
1 tsp Soda Bikarbonat
1 1/2 tsp Baking Powder
Hirisan pisang untuk hiasan


Cara:

1. Blend bahan bertanda *

2. Lepas siap blend bahan bertanda *. Tuang ke dalam bekas.

3. Ayak Tepung Gandum, Soda Bikarbonat dan Baking Powder.

4. Masukkan bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil kaup balik adunan.

5. Setelah digaul rata. Masukkan ke dalam loyang 9 X 9 inci. Atau loyang yang bersesuaian.

6. Untuk hiasan atas, hias dengan hirisan pisang dan susun seperti dalam gambar.


7. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius, api atas bawah selama 35 - 40 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba😁

#lrkitchen23 #lrkitchen232




                                       


Kek ini sesuai untuk hidangan minum petang mahupun sebagai juadah sebarang majlis. Rasa yang sedap, dan agak lembap. Rasa sekali pasti nak lagi..😁


Selamat mencuba😁

#lrkitchen23 #lrkitchen232