Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts

KEK LAPIS OREO CHEESE

Kek Lapis Sarawak yang menjadi kegemaran LR adalah Kek Lapis Oreo Cheese. Gabungan cheese dan oreo tu memang 'ngam' sangat sebab tidak terlalu manis.

RESIPI KEK LAPIS OREO CHEESE
By : LR Kitchen

Bahan-bahan :

500gm mentega tulin
250gm krim cheese
10 biji telur gred A
200gm gula kastor
200gm tepung hong kong
150gm susu pekat manis
1 cawan horlicks
1 tbsp besar ovallete
1 tbsp esen vanila
4 bungkus biskut oreo atau secukupnya (buang krim)

Cara - cara :

1. Pukul mentega dan susu hingga kembang, masukkan krim cheese dan pukul lagi hingga sebati. Ketepikan dulu.

2. Pukul telur, gula dan ovallete hingga kembang. Perlahankan mixer dan masukkan tepung hong kong sedikit demi sedikit sampai habis, pukul hingga sebati.

3. Satukan adunan nombor 1 dan 2 dan gaul hingga sebati kemudian masukkan esen vanila dan horlicks, kacau hingga sebati.

4. Asingkan 8 senduk adunan kedalam mangkuk lain dan letak pewarna hijau, selebihnya biarkan dengan warna asal.

5. Sediakan loyang 8"x8" dan lapik dengan kertas minyak, masukkan 1 senduk adunan warna hijau, ratakan dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan kepanasan 180C - 200C. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah (utk lapisan pertama) selama 6 - 7 minit atau sehingga masak dan permukaan kek berwarna perang. (Bergantung pada oven masing-masing). Keluarkan dari oven, tekan. permukaan kek dengan penekan khas kek lapis, (bertujuan untuk memecahkan gelembung udara di permukaan kek supaya nanti lapisan kek nampak sama rata). Untuk lapisan seterusnya guna api atas sahaja. Ulangi proses ini sebanyak 4 lapis.


6.Seterusnya bolehlah dilapiskan dengan adunan warna asal tadi, letak 3/4 cawan adunan warna asal, ratakan dan susun biskut oreo bakar lagi sampai masak, ulangi proses yang sama seperti tadi, (susun biskut oreo selang 1 - 2 lapisan kek). Bila selesai adunan ini, lapiskan pula baki adunan warna hijau tadi sampai selesai. Kalau ada lebih biskut tu, boleh susun pada lapisan terakhir kek. (Paling atas)

Done. Selamat mencuba 😊















CORNFLAKES ALMOND CHOCOLATE BALL RESIPI AZLINA INA

Cornflakes Almond Chocolate Ball 


Bahan-bahan dan cara :

250g Butter
3tsb Gula Kastor
1 biji Kuning Telur
1tsp Table Spoon
* Kacau sebati guna senduk

1/4 cawan Tepung Jagung
3 cawan Tepung MFM paling halus ( kalau tiada guna Tepung Gandum + 1 tsp Baking Powder)
1 tsb Tepung Beras ( atau Emplex)
* Satukan, kacau rata dan ayak

1 1/2 cawan conflakes (blend halus)
*Masukkan dalam adunan dan kacau rata
*Tambahkan campuran tepung tadi sikit-sikit sambil uli hingga menjadi doh yang selesa di tangan, cantik, dan senang dibentuk.
*Bentukkan bulat-bulat dan susun atas tray.
* Panaskan oven, bakar pada suhu 170c selama 25 minit menggunakan api atas bawah.

Untuk menyalut :

250g Coklat compound Beryl's
2 tsb Cocoa Butter
*Cairkan guna kaedah double boil
*Celupkan biskut (biskut disejukkan dahulu)
1 cawan Cornflakes (diramas)
1/2 cawan Almond Nibs (Sangai atau bakar sekejap)
*Golek-golekkan biskut dalam bahan ini
*Letak dalam papercup.

Selamat Mencuba 😉




TART NENAS KEJU


TART NENAS KEJU
By : LR Kitchen

Bahan-bahan :
Anggaran : 78 biji

150gm mentega (Buttercup)
50gm marjerin (Planta)
50gm gula kastor
2 biji kuning telur
320gm tepung gandum (Cap Rose)
1sdb tepung jagung
1sdb susu tepung (Nespray)
50gm keju cheddar - parut halus

Sapuan :
1 biji telur 
Parutan keju secukupnya

Inti : 
Jem nenas readymade (myrasa)

Cara-cara :

Pukul mentega, marjerin, gula dan kuning telur hingga berkrim. 

Masukkan setengah dari 50gm parutan cheese. Pukul.

Masukkan tepung jagung, lebihan parutan cheese. Gaul dengan senduk kayu. 

Masukkan tepung gandum dan uli. Masukkan tepung gandum sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.

Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk.

Ambil sedikit doh (8gm) dan leperkan. Masukkan inti nenas (3gm) di tengahnya.

Bulatkan kembali. Buat hingga habis.

Celup bahagian atas doh dengan kuning telur kemudian golek permukaan atas sahaja dengan keju parut.

Susun di dalam loyang dan bakar di rak tengah pada suhu 160c selama 20-25 atau hingga permukaan keju keperangan.






TART CARDBURY MELTING

Biskut Raya yang wajib ada di Hari Raya semenjak viral beberapa tahun yang lepas. Anak-anak suka sangat memakannya. Sebalang memang tak cukup. Kena buat berbalang-balang.. sebab ianya juga menjadi kegemaran para tetamu terutama budak-budak kecil dan penggemar coklat! Resipi biskut ni asalnya daripada Cikgu Azlina Ina yang tengah viral sekarang tu.. 😊









TART CADBURY MELTING
By : LR Kitchen

Bahan-bahan :
Anggaran : 136 Biji

250g butter
4sdb susu pekat
2sdb minyak sapi
1biji kuning telur
2sdb tepung jagung
2sdb tepung custard
1sdt Esen Vanila
Perwarna kuning telur agak2
3 1/2 cawan tpung gandum (letak sikit2 agak dah elok tak melekat ditangan..Jgn keras sgt nnti tart senang pecah)
Int : : Cadbury bar

Cara-cara :
Masukkan butter, susu pekat, minyak sapi, kuning telur dan esen vanila. Mix sebati.

Masukkan pewarna. Mix/kacau sebati.

Masukkan tepung jagung, tepung custard dan tepung gandum secukupnya. (Tepung gandum boleh agak-agak sehingga adunan tidak melekat di tangan)

Bentukkan seperti dalam gambar.

Sapu kuning telur yg telah dicampur dgn pewarna kuning telur.

Bakar dlm 20min api atas bawah 170° atau mengikut kesesuaian api oven masing-masing.

Selamat mencuba.

Credit : Azlina Ina & Zuraini Alias

#lrkitchen232 #lrkitchen23
















KEK LAPIS CHEESE CHOCOLATE CHIP

RESIPI KEK LAPIS CHEESE COKLAT CHIP

Kek Lapis Sarawak, kurang manis rasa cheese yang sangat sedap..tengok gambar pun boleh terliur..😋
                                                                             

Bahan - bahan :

500gm butter
10 biji telur gred A
350gm tepung pau@tepung superfine
200gm gula halus
1/2 tin susu pekat
1 paket santan serbuk
60gm susu tepung
250gm cream cheese
1 sudu teh essen vanila
Sedikit perisa cheese
1 sudu makan Ovallate
Coklat chip secukupnya


 Cara-Cara

1. Pukul butter, gula dan ovallate sampai berwarna putih.

2. Kemudian pukul telur satu persatu sehingga sebati.

3. Masukkan susu, serbuk santan, esen vanila dan kacau sebati.

4. Masukkan cheese. Pukul skejap shingga cheese tidak berketul.

5. Masukkan tepung.

6. Kemudian bolehlah bakar. Lapisan pertama guna api atas bawah.
Lapisan seterusnya guna api atas sahaja.

7. Setiap lapisan tabur coklat cip.

8. Suhu ikut kepanasan oven masing - masing.

#lrkitchen23 #lrkitchen232






Ada yang terliur tak? 😜









KEK LAPIS SUTERA





Entri kali ini LR nak kongsikan resipi Kek Lapis Sarawak yang LR selalu sediakan untuk hidangan di hari raya. Terdapat beberapa jenis resipi Kek Lapis Sarawak yang akan LR kongsikan dalam entri ini dan entri-entri yang seterusnya. Ok jom lihat resipinya...


Kek Lapis Sutera
by : LR Kitchen

Bahan - Bahan : ( Loyang Saiz 8 x 8 )

450g Butter (Nak pakai Pure butter boleh nak pakai buttercup pun boleh, pure butter yang LR selalu pakai adalah brand Anchor)
10 Biji Telur Gred A
100g Gula Halus
1 Tin Kecil Susu Pekat
1 Tin Kecil Serikaya
300g Tepung Hong Kong
150g Horlicks
1 Sudu Teh Esen Vanila
1 Sudu Makan Ovalette
3 Pewarna (ikut suka masing-masing) - LR guna warna Pink + Purple. Lapisan atas dan bawah warna ori.

Cara-cara :

1. Putar telur bersama gula & esen vanila hingga kembang.

2. Masukan ovalette. Putar lagi.

3. Dalam mangkuk lain, putar butter bersama susu pekat hingga kembang.

4. Gabungkan kedua-dua bancuhan. Putar sampai sebati.

5. Masukkan serikaya. Putar lagi.

6. Masukkan tepung hong kong & horlicks. Putar sebati.

7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 2 bahagian untuk lapisan tengah kek (Campurkan pewarna pilihan. Yang 1 bahagian lagi dibahagi kepada 2 untuk lapisan atas & bawah.

8. Bakar selapis-selapis bahagian bawah sebanyak 4 atau 5 terpulang kepada anda.

9. Lapisan tengah (guna botol sos - nak guna piping bag pun boleh) picit adunan 2 warna berselang seli. (Rujuk Gambar)


10. Buat lapisan sehingga habis.

11. Seterusnya lapisan atas sama banyak dengan lapisan bawah atau sehingga adunan habis.

Okey siap.








Nota tambahan :

1. Suhu oven bergantung pada oven masing-masing. LR guna 180 darjah celcius pada lapisan bawah sekali & api atas bawah. Lapisan seterusnya hingga habis guna api atas sahaja pada suhu 150 - 160 darjah celcius.

2. Loyang perlu dilapik dengan baking paper ya.

3. Jangan lupa tekan-tekan setiap lapisan apabila dah masak supaya melekat dengan elok dan tidak menggelembung.

Biskut Ulat Bulu


BISKUT ULAT BULU
Resepi oleh : Resepi Biskut

Bahan-bahan 

300gm tepung gandum
150gm tepung jagung
50gm susu tepung
180gm minyak sapi
100gm mentega
100gm gula icing
Perisa pandan hijau
Buah kurma yg dipotong memanjang, lebih kurang 6 hirisan drpd 1 biji buah kurma (Boleh jg guna jem kurma, tapi agak leceh utk dibentuk)
Castor sugar ~ hiasan, tabur diatas biskut

Cara-cara

Putar gula icing dan mentega hingga sebati. 

Kemudian masukkan minyak sapi, perisa pandan dan susu tepung. 

Putar hingga sebati. 

Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, uli dgn tangan hingga sebati.


Selalunya tepung gandum diletak kemudian dan bergantung pada adunan. 

Kalau sudah dapat dibentuk tidak perlu habiskan 300gm. 


Selepas itu, bentuk doh sekecil ibu jari, dan letakkan satu hiris buah kurma, kemudian bentuk memanjang. Tekan atasnya dgn garfu utk bentuk ulat.


Masukkan kedalam loyang dan bakar pada suhu 160-180. 
Agak sukar utk menentukan biskut ini masak atau tidak sebab walaupun sudah masak biskutnya masih lembut, tetapi..kalau sudah letak diluar, ia akan mengeras sendiri. 

Untuk menentukan dah masak tengok dibawah biskut agak kekuningan. 

Sesudah diangkat dari oven taburkan castor sugar diatasnya sebagai hiasan. ( salutkan gula semasa bisku masih panas, jika dah sejuk gula tidak akan melekat )

~lr soflin~

Biskut Bebola Cornflakes


BISKUT BEBOLA CORNFLAKES
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home 

Bahan :- (anggaran 70 - 80 biji) 

1/2 cawan gula kastor 
1/2 cawan butter 
1 biji telor 
1 sudu teh esen vanila 
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit) 
1 cawan tepung naik sendiri (diayak) 
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit) 
cawan kertas saiz kecil secukupnya 

Cara-cara :

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 

2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati. 

3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata. *Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. 

4. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

5. Tak perlu isi adunan penuh dalam papercups tu sebab nanti ia akan mengembang sedikit sebab kandungan tepung naik sendiri dan telur tu.

Biskut Suji Kristal





BISKUT SUJI KRISTAL
Resipi : Chef Asma

Bahan A (diayak bersama)
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B
125gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100gm badam kisar (dipanggang)
1/2 sudu teh perisa vanila
200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)

Pewarna : Pink, hijau dan kuning
Hiasan : Gula Kaster

Cara-cara :

1. Satukan Bahan A dan Bahan B kecuali pewarna. Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 20 minit atau lebih.

2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan tiga jenis pewarna secukupnya.

3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kepada 10gm setiap doh.

4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit.

5. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kaster.

~lr soflin~

Cornflakes Chocolate Crunchy





Entri kali ini LR nak kongsikan resepi biskut raya yang wajib LR buat setiap kali menjelangnya Hari Raya. Kenapa wajib buat? Sebab anak sulung LR suka sangat makan Cornflakes Coklat ni. Sebagai seorang ibu, hati akan cukup gembira dan puas hati bila kita berjaya gembirakan anak-anak. Ok jom lihat resepinya..


CORNFLAKES CHOCOLATE CRUNCHY

Bahan A : Anggaran 60 Biji
300 coklat masakan
2 sudu teh Shortening ( Fungsinya supaya coklat nampak berkilau )

Bahan B :
100gm cornflakes
40gm badam cincang - dipanggang/disangai selama 10 minit
Sedikit badam cincang - untuk hiasan
sedikit coklat putih - untuk hiasan


Cara Memasak :

1. Cairkan Bahan A dengan kaedah 'double boiler' kemudian masukkan kesemua Bahan B.
2. Gaulkan dan pastikan kesemuanya bersalut rata.
3. Sudukan ke dalam cawan kertas dan taburkan badam cincang di atasnya.
4. Biarkan coklat keras kemudian masukkan coklat putih ke dalam piping bag kemudian hias di atasnya.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

~lr soflin~