Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Sunday, September 25, 2016

Sayur Kacang Panjang


Ramai di antara kita yang tidak gemar memakan sayur. Lebih-lebih lagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.
Tapi bagi LR, tidak lengkap rasanya hidangan tanpa sayur-sayuran. Baiklah, entri kali ini LR nak kongsikan resepi sayur favourite LR. Resepi simple dan mudah tapi sedap. Jom lihat resepinya..

SAYUR KACANG PANJANG
Oleh : LR Soflin


Bahan-bahan :

8-9 batang Kacang panjang (depends on size) *hiris
1 biji telur
1 Batang Cili Merah
2 ulas Bawang Merah *hiris
2 ulas Bawang Putih *hiris
1tsp Kunyit
Sedikit Garam
Sedikit Gula
Perasa (Optional)
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara-cara :

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah bersama sedikit kunyit.

2. Masukkan kacang panjang yang telah dihiris. 

3. Tambah garam, serbuk perasa, dan gula. Tambah sedikit air.

4. Masukkan telur dan gaul. Tunggu sehingga masak.

5. Siap dan sedia dihidang.

Simple dan mudah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...