Mi Basah Seafood Sabah

Menu berbuka Ramadan hari ketiga..Mi Basah Seafood Sabah.
LR dah pernah tulis entri berkenaan Mi Basah Seafood sebelum ni. LR menggunakan resipi yang sama dengan sebelum ini. Boleh dapatkan resipi di sini.

Selamat mencuba! 😊







Kuih Onde-Onde

Resipi Onde-Onde
by : #lrkitchen232

Bahan-bahan :

2 Cwn Tepung Pulut

2 Sudu Besar membukit Tepung Gandum

4 helai daun pandan kisar dengan 1 cawan air (tapis ambil jusnya)**Sekiranya daun pandan tiada gantikan dengan Perisa pandan + pewarna hijau kuantiti memadai ada rasa pandan sedikit dan warna light green

Gula Merah

1/2 biji kelapa parut putih gaulkan dengan sedikit garam




Cara masak : 

1. Uli tepung pulut, tepung gandum dan air daun pandan hingga tidak melekat di tangan. (Masukkan air sedikit demi sedikit)

2. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.

3. Buat doh bulat-bulat, tekan leper doh tadi dan isikan gula merah dan bulatkan semula, masukkan ke dalam air panas dalam periuk.

4. Sementara itu, habiskan doh tadi ikut langkah ke-3 hingga doh habis.

5. Bila kuih onde-onde dah terapung/timbul, angkat dan tapis.

6. Golekkan kuih onde-onde dalam mangkuk yang berisi parutan kelapa.

7. Sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba.😊






**Nota : Sekiranya ingin membuat dalam kuantiti sedikit ( hidangan 2 - 5 orang ) boleh buat separuh sukatan (Tepung Pulut, Tepung Gandum, Air)


Selamat mencuba.😊










Puding Milo Oreo

28 April 2020 bersamaan 5 Ramadan -
Masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) Fasa 4. Ramadan kali ni berbeza dari Ramadan tahun-tahun sebelumnya di mana Ramadan tahun sebelum ni ada Bazaar Ramadan. So, memandangkan tahun ni tiada bazar Ramadan maka terpaksalah buat sendiri juadah berbuka puasa terutamanya kuih-muih. 
Okey, untuk Ramadan hari ke-5 ni seawal 8 pagi lagi LR telah berada di dapur menyiapkan Puding Milo Oreo ni untuk juadah berbuka family LR.


Ok jom kita lihat resipi Puding Milo Oreo yang super enak ni. 

Puding Milo Oreo
By : #lrkitchen232

Bahan A 

8-10 keping oreo (tanpa inti) *hancurkan dan letak dalam acuan

Bahan B

620ml air
1 tin susu cair
95gm gula (kurangkan kepada 85gm sekiranya tidak suka manis)
15gm agar-agar tali (sebungkus)

Bahan C

3 sudu makan milo

Cara-cara : 
1. Campurkan semua bahan B dan masak sehingga berbuih/mendidih

2. Ambil separuh dan tuang ke dalam bekas/acuan berisi oreo hancur tadi. Kacau sekejap dan sejukkan di dalam peti ais

3. Panaskan semula lebihan susu tadi dan masukkan 3 sudu makan milo. Kacau sebati.

4. Keluarkan puding dari dalam peti sejuk. Tuang adunan milo dan masukkan semula ke dalam peti ais. Biarkan mengeras sepenuhnya.

5. Sisip bahagian tepi dan keluarkan. Letak atas pinggan dan potong. Sedia untuk dinikmati..😋

#lrkitchen232 #pudingmilooreo #pudingoreo #pudingoreosusu #lrcooking



EGG TART

EGG TART

By : LR Kitchen

Anggaran hidangan : 9 - 10 biji


KULIT TART (Crust) :


2 cwn tepung gandum
1/2 cwn marjerin
1 biji telur
Secubit garam

1. Gaul semua bahan sehingga menjadi doh yg lembut & tak melekat di tangan

2. Bentukkan pada acuan tart.

3. Potong lebihan doh pada acuan menggunakan pisau.

4. Sejukkan dalam peti ais selama 10-15 minit.






FILLING :

1/2 cwn susu pekat
3 biji telur
1 tbsps tepung kastard
1/2 cwn air
1 tsp esen vanila

1. Gaul sekata dan sebati tanpa ketul-ketul.

2. Tapis 2 kali bagi memastikan tiada ketul-ketulan.

3. Tuang atas kulit tart.

4. Bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celsius selama 40-45 minit menggunakan api atas bawah.

5. Setelah masak, sejukkan dan masukkan dalam paper cup. Sedia untuk dihidang.

#lrkitchen232






Resipi yang saya dah edit. Silakan share 😊