BANANA CHEESE MUFFINS


BANANA CHEESE MUFFINS
By : LR Kitchen


Bahan-bahan ~Anggaran 20 cups.

250g tepung gandum
100g gula Kastor (LR guna 80g)
50g gula perang
1/2 sk soda bikarbonat
11/2 sk baking powder
1/4 sk garam
75g keju cheddar - parut
300g pisang ambon atau apa-apa pisang yg sesuai
2 biji telur
100g mentega - cairkan (LR kurangkan kepada 85g)
1/2 sk esen vanila
Hiasan -Cip Coklat & Parutan Cheese

Cara-cara

1. Campur tepung, baking powder, garam, keju, gula kastor dan gula perang. Gaul rata dan ketepikan.

2. Dalam mangkuk lain, lenyek pisang. Kemudian masukkan mentega cair, telur dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.

3. Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.

4. Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan Cip Coklat kemudian tabur parutan cheddar cheese.




5. Bakar selama 25min menggunakan api atas bawah dgn suhu 180 darjah celcius.

Muffin mula naik gebu
Siap.. 😊

Dah masak ..
#lrkitchen232 #lrkitchen23



Nampak menyelerakan 😍


Selamat mencuba 😊


YOGURT CHOCOLATE CHIP MUFFIN



           Petang ini LR nak kongsikan resipi minum petang yang mudah dan cepat disediakan untuk anak-anak. Resipi Muffin yang LR nak kongsikan kali ini ialah Yogurt Chocolate Chip Muffins. Kebetulan stok Yogurt Asli Desa Dairy Farm ada dalam peti ais. So, timbullah idea untuk menyediakan menu minum petang berasaskan Yogurt untuk anak-anak. Alhamdulillah, anak-anak LR menggemarinya. Malah tidak cukup 10 Cup, nak lagi kata si kakak. 😅

Jom lihat resipinya...


Yogurt Chocolate Chip Muffin
By : LR Kitchen

Anggaran hidangan : 10 cup kecil

Bahan-bahan diperlukan:
 • 1 cawan tepung
 • 1/3 cawan gula kastor
 • 1/2 sk soda bikarbonat
 • 3/4 sk baking powder
 • 1/4sk garam
 • 1 biji telur
 • 1/2 cawan yogurt asli
 • 1/3 cawan susu segar
 • 1/2sk essence vanilla
 • 2 sb butter cair
 • 1/2 cawan coklat chip

Cara menyediakan dan memasak:

 1 Satukan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula.Ketepikan.

 2 Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan butter cair, susu segar dan esen vanilla. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.

 3 Gaul sekadar tepung bersatu dengan adunan yogurt (jangan terlebih adun nanti muffin keras).

4 Masukkan coklat cip. Kacau sebati.

5 sendukkan terus ke dalam cup.



5 Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.













Selamat mencuba muffin yg gebu, halus dan lembut 😋





CORNFLAKES ALMOND CHOCOLATE BALL RESIPI AZLINA INA

Cornflakes Almond Chocolate Ball 


Bahan-bahan dan cara :

250g Butter
3tsb Gula Kastor
1 biji Kuning Telur
1tsp Table Spoon
* Kacau sebati guna senduk

1/4 cawan Tepung Jagung
3 cawan Tepung MFM paling halus ( kalau tiada guna Tepung Gandum + 1 tsp Baking Powder)
1 tsb Tepung Beras ( atau Emplex)
* Satukan, kacau rata dan ayak

1 1/2 cawan conflakes (blend halus)
*Masukkan dalam adunan dan kacau rata
*Tambahkan campuran tepung tadi sikit-sikit sambil uli hingga menjadi doh yang selesa di tangan, cantik, dan senang dibentuk.
*Bentukkan bulat-bulat dan susun atas tray.
* Panaskan oven, bakar pada suhu 170c selama 25 minit menggunakan api atas bawah.

Untuk menyalut :

250g Coklat compound Beryl's
2 tsb Cocoa Butter
*Cairkan guna kaedah double boil
*Celupkan biskut (biskut disejukkan dahulu)
1 cawan Cornflakes (diramas)
1/2 cawan Almond Nibs (Sangai atau bakar sekejap)
*Golek-golekkan biskut dalam bahan ini
*Letak dalam papercup.

Selamat Mencuba 😉




BISKUT SNOW ALMOND


Salah satu biskut raya yang kena ada menjelangnya raya ialah Biskut Snow Almond. Biskut yang rangup anak-anak suka sangat walaupun penyediaannya agak renyah bagi LR kerana perlu salut dengan coklat 😅 Jom lihat resipinya di bawah ...



BISKUT SNOW ALMOND

Anggaran : 80-100biji


Bahan A


260 gm butter
150 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
50 gm serbuk badam

Bahan B 

300 gm tepung Red Rose (kalau takde ganti tepung gandum pun boleh)
50 gm tepung kastard
50 gm susu tepung
40 gm tepung jagung
1sb Emplex (Kalau tiada ganti dengan 1sb tepung beras) - Emplex ni fungsinya untuk merangupkan biskut.


Bahan Hiasan 

Coklat masakan - cairkan cara double boiler (make sure x terkena air)
Sedikit breadcrumbs putih - untuk menyalut

Cara- Cara :  

Pukul bahan A hingga berkrim

Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut

Canai dan terap dengan acuan yg di sukai




Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak

Sejukkan biskut atas redai.



Celup biskut dalam coklat masakan yg telah dicairkan cara double boiler



Golekkan biskut ke dalam breadcrumbs



Simpan biskut dalam bekas kedap udara

#lrkitchen23





Selamat mencuba 😊

TART NENAS KEJU


TART NENAS KEJU
By : LR Kitchen

Bahan-bahan :
Anggaran : 78 biji

150gm mentega (Buttercup)
50gm marjerin (Planta)
50gm gula kastor
2 biji kuning telur
320gm tepung gandum (Cap Rose)
1sdb tepung jagung
1sdb susu tepung (Nespray)
50gm keju cheddar - parut halus

Sapuan :
1 biji telur 
Parutan keju secukupnya

Inti : 
Jem nenas readymade (myrasa)

Cara-cara :

Pukul mentega, marjerin, gula dan kuning telur hingga berkrim. 

Masukkan setengah dari 50gm parutan cheese. Pukul.

Masukkan tepung jagung, lebihan parutan cheese. Gaul dengan senduk kayu. 

Masukkan tepung gandum dan uli. Masukkan tepung gandum sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.

Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk.

Ambil sedikit doh (8gm) dan leperkan. Masukkan inti nenas (3gm) di tengahnya.

Bulatkan kembali. Buat hingga habis.

Celup bahagian atas doh dengan kuning telur kemudian golek permukaan atas sahaja dengan keju parut.

Susun di dalam loyang dan bakar di rak tengah pada suhu 160c selama 20-25 atau hingga permukaan keju keperangan.






TART CARDBURY MELTING

Biskut Raya yang wajib ada di Hari Raya semenjak viral beberapa tahun yang lepas. Anak-anak suka sangat memakannya. Sebalang memang tak cukup. Kena buat berbalang-balang.. sebab ianya juga menjadi kegemaran para tetamu terutama budak-budak kecil dan penggemar coklat! Resipi biskut ni asalnya daripada Cikgu Azlina Ina yang tengah viral sekarang tu.. 😊









TART CADBURY MELTING
By : LR Kitchen

Bahan-bahan :
Anggaran : 136 Biji

250g butter
4sdb susu pekat
2sdb minyak sapi
1biji kuning telur
2sdb tepung jagung
2sdb tepung custard
1sdt Esen Vanila
Perwarna kuning telur agak2
3 1/2 cawan tpung gandum (letak sikit2 agak dah elok tak melekat ditangan..Jgn keras sgt nnti tart senang pecah)
Int : : Cadbury bar

Cara-cara :
Masukkan butter, susu pekat, minyak sapi, kuning telur dan esen vanila. Mix sebati.

Masukkan pewarna. Mix/kacau sebati.

Masukkan tepung jagung, tepung custard dan tepung gandum secukupnya. (Tepung gandum boleh agak-agak sehingga adunan tidak melekat di tangan)

Bentukkan seperti dalam gambar.

Sapu kuning telur yg telah dicampur dgn pewarna kuning telur.

Bakar dlm 20min api atas bawah 170° atau mengikut kesesuaian api oven masing-masing.

Selamat mencuba.

Credit : Azlina Ina & Zuraini Alias

#lrkitchen232 #lrkitchen23
















KEK LAPIS CHEESE CHOCOLATE CHIP

RESIPI KEK LAPIS CHEESE COKLAT CHIP

Kek Lapis Sarawak, kurang manis rasa cheese yang sangat sedap..tengok gambar pun boleh terliur..😋
                                                                             

Bahan - bahan :

500gm butter
10 biji telur gred A
350gm tepung pau@tepung superfine
200gm gula halus
1/2 tin susu pekat
1 paket santan serbuk
60gm susu tepung
250gm cream cheese
1 sudu teh essen vanila
Sedikit perisa cheese
1 sudu makan Ovallate
Coklat chip secukupnya


 Cara-Cara

1. Pukul butter, gula dan ovallate sampai berwarna putih.

2. Kemudian pukul telur satu persatu sehingga sebati.

3. Masukkan susu, serbuk santan, esen vanila dan kacau sebati.

4. Masukkan cheese. Pukul skejap shingga cheese tidak berketul.

5. Masukkan tepung.

6. Kemudian bolehlah bakar. Lapisan pertama guna api atas bawah.
Lapisan seterusnya guna api atas sahaja.

7. Setiap lapisan tabur coklat cip.

8. Suhu ikut kepanasan oven masing - masing.

#lrkitchen23 #lrkitchen232






Ada yang terliur tak? 😜