Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Friday, September 22, 2017

Ketam Sumbat Sabahan





Assalamualaikum Salam Sejahtera...

Malam ini LR berkesempatan menulis entri setelah sekian lama menyepi.. Okey, tanpa membuang masa jomlah kita lihat resipi Ketam Sumbat resipi saya sendiri ini... 


KETAM SUMBAT SABAHAN
Oleh : LR Kitchen

BAHAN-BAHAN :

1kg ketam rebus dan ambil isi shj
1 biji bawang merah dicincang kecil
2 ulas bawang putih dicincang kecil
Sedikit daun bawang dan sup di cincang kecil
Sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
Sedikit Garam
2 biji telur 
Tepung Bestari ( Saya guna tepung bestari Garlic)
1 mangkuk kecil mixed vegetables
 
CARA-CARA :



Tumis bawang merah dan putih sehingga wangi,

Kemudian masukan mixed vegetables. 

Masukkan isi ketam. Gaul sebati.
Isi Ketam yang telah dimasak

Tabur kan lada hitam dan lada putih.

Perasakan garamnya. Akhir sekali baru dimasukan daun sup dan daun bawang, kacau sekata. Tutup api.

Setelah siap bahan inti, sumbatkan inti tersebut kedalam kulit ketam tadi sehingga padat.






Setelah tu pukul 2 biji telur tadi dengan sedikit garam.kulit yg telah disumbat tadi dicelupkan kedalam telur kemudian celup ke dalam tepung goreng serbaguna bestari (Garlic).

Kemudian goreng secara deep fry.

Maka siaplah untuk dihidang
Sedap tak??? hehehe


Ketam Sumbat yang telah dibekukan

Ketam Sumbat Frozen yang telah digoreng. Sedap !

                                               - S  E  L  A  M  A  T    M  E  N  C  U  B  A -
**Nota : 

Kulit ketam bahagian dlm perlulah disapu dgn sedikit minyak masak atau pun tepung bagi mengelakkan isi melekat pada kulit.

Utk disejuk bekukan, goreng sekejap sahaja. Sejukkan dan masukkan dlm bekas/plastik berseal dan bekukan.




Ketam Sumbat ni betul-betul membuka selera nak makan. Rasa memang sedap sangat-sangat. Tak rugi cuba... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...