Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Tuesday, September 13, 2016

Cara-cara Tanak Pulut



Assalamualaikum..

Pulut Kari Ayam.. menu untuk lunch hari ini dan Encik Suami kata sedaap. Alhamdulillah..

Baiklah.. entri kali ini adalah berkenaan cara-cara mentanak Pulut cara aku. Actually aku pun baru saja belajar cara mentanak pulut almaklumlah..selama ni asyik dengan masakan mak dan kakak saja...anak bongsu katakan..jadi bila dah berumahtangga ni apa-apa yang tekak kita nak kena lah usahakan masak sendiri.

Ceritanya, tekak teringin makan pulut ni gara-gara menonton Drama TV di Astro Ria 'Si Kolot Suamiku'.. Alaa kan watak si Kudin dalam drama tu gemar sangat makan Pulut jadi aku pun teringin la juga nak mkn PULUT..hehehe πŸ˜„πŸ˜„
Tapi aku memang suka mkn pulut pun..teringat masa zaman budak-budak sampai lah ke remaja dulu bila raya menjelang tiba selalu mak  masak Pulut berlaukkan Ayam Masak Sos Cili, Ayam Kari dan Ayam Kicap. Memang power lah masakan mak..suka sangat Ayam Masak Sos Cili mak. Tengkiu mak masakan mak memang yang terbaik..tiada tandingan.

Seingat aku semenjak dah jadi isteri orang ni..aku pernah juga try tanak Pulut sekali tapi airnya cuma menggunakan air biasa sahaja. Jadi rasanya tidak berlemak. Untuk kali ini.. aku menggunakan santan jadi rasanya bagi aku tersangatlah sedap hinggakan boleh dimakan begitu sahaja. Hehehe..

Hasil bantuan Encik Google jadilah resepi seperti berikut..
Okey jom tengok bahan-bahan dan caranya.

Bahan-bahan :

2 Cawan Beras Pulut
1/2 Paket Serbuk Santan 50g (pakai dalam 25g sebab xnak pulut berlemak sgt)
2 Cawan Air ( Aku lebihkan siiikit -make sure guna cawan yg sama dgn cawan utk menyukat pulut)
1 sudu makan Minyak Masak
1/4 sudu teh Garam

Cara-cara :

1. Basuh beras pulut sehingga bersih.

2. Bancuh Serbuk Santan dengan air. Kacau sebati.


Ni dia santan yang aku guna dah ada rasa pandan

3. Masukkan dalam periuk nasi yang berisi beras pulut tadi dan tambah garam dan minyak masak.

4. Tanak seperti biasa. (Aku guna rice cooker) Jangan lupa gaul semasa sedang ditanak supaya masaknya sekata. Aku gaul dlm 3 kali jugak.



5. Sesudah masak boleh lah dihidangkan dengan pelbagai lauk. Makan pulut begitu saja pun boleh sebab rasanya memang sedap. Makan dengan buah durian pun sedap. πŸ˜‹



Okey done..

Baii πŸ˜‰
-lr soflin-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...