Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Tuesday, September 13, 2016

Kek Pisang Gebu

Kek Pisang Gebu baked with love..

Assalamualaikum..

         Hari Ke-2 Raya Haji ni aku duduk di rumah saja..tak ke mana-mana. Meluangkan masa bersama anak-anak di rumah. Ye lah sementara cuti kan..biasanya kalau hari bekerja memang aku sibuk dengan kerja..pagi-pagi lagi dah ke tempat kerja kadang-kadang anak-anak pun belum bangun lagi aku dah berada di Office. Balik tengahari sambung pula sebelah petang. Kadang-kadang tak sempat balik pun tengahari sebab banyak kerja luar kena settlekan. Kalau kerja settle awal, awal lah aku balik. Syukur ada Encik Suami yang setia menemani drivekan aku setiap hari. Bersyukur sangat dapat suami jenis memahami. Terima kasih Encik Suami..

Okey, aku sebenarnya nak cerita pasal Kek Pisang Gebu aku ni.. Masa beraya rumah mak semalam, aku nampak setandan Pisang Hijau/ Pisang Manis yang dah masak landing baik punya di tepi rumah mak. So, sebelum balik tu aku sempat lah minta Pisang Hijau tu.. Ingat nak minta 3 - 4 biji saja tapi mak suruh ambil satu sisir Pisang Hijau tu. Alhamdulillah..rezeki di petang raya. Dalam kepala memang dah terlintas nak buat Kek Pisang bila nampak pisang tu.

Hari ini aku realisasikan apa yang terlintas di kepala aku semalam. Sebelum ni pernah juga buat Kek Pisang tapi yang terbaru buat versi kukus punya. Rasa memang cukup mantap dan gebu. Kali ni nak try buat versi bakar pula. Bahan-bahan semua memang dah ada..cuma Ovalete saja yang tiada. Okey jom tengok bahan-bahan dan cara-cara menyediakan Kek Pisang Gebu ni.


KEK PISANG GEBU

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur gred A
3/4 cawan gula
1 sudu kecil ovalette - Tiada stok di rumah jadi aku tak letak
1 cawan pisang dilecek - aku guna pisang hijau / pisang manis
3/4 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen pisang

Cara-Cara :

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder . Ketepikan dulu.

2. Dlm bekas lain, putar telur dan gula dgn mixer hingga kembang.

3. Masukkan ovelatte dan putar lagi sehingga betul-betul kembang.

4. Kemudian masukkan pisang lecek, minyak dan putar lagi sampai sebati.

5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar lagi. 

6. Tambahkan esen pisang. Alas loyang 7 inci dengan kertas minyak dan sapukan sedikit mentega.

7. Akhir sekali boleh lah hias dengan hirisan pisang hijau tadi. (Nak biar kosong je pun boleh)


p/s : Heroku yang kecil tengah sibuk kacau mamanya yang busy ni..akibatnya aku lupa nak potong kertas minyak tu ikut saiz loyang dan terus tuang macam tu saja. Adess...

8. Bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama 40 minit atau sehingga masak. ( Aku turunkan suhu kepada 150 darjah celcius setelah bahagian atas kek dah kelihatan perang )

p/s : Suhu tu bergantung dengan jenis oven juga. Jadi kena pandai-pandai lah..ikut oven masing-masing.

9. Dah masak boleh lah dipotong dan dihidang bersama minuman kegemaran anda.





Pisang Hijau/ Pisang Manis..mak aku tanam sendiri ni dibelakang rumah


Anak aku yang sulung tak sabar-sabar nak makan kek pisang ni. Jadi sebaik saja masak aku terus potong dan hidangkan untuk dia dan Encik Suami. Anak aku makan banyak kek ni..dia kata sedaapp. Encik Suami pun cakap benda yang sama. Alhamdulillah.. 

Sekian coretan untuk kali ini...

Selamat malam
-lr soflin-


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...