Dalam kesibukan orang ramai membuat persiapan menyambut Hari Raya AidilAdha esok.. aku pula sibuk membaking muffin untuk sikecilku sekaligus sebagai hidangan di pagi raya esok. Muffin Buah Campuran sememangnya sungguh enak ya. Ini adalah kali pertama aku membaking Muffin Buah Campuran.. ye lah biasanya aku hanya akan membaking Muffin Chip Chocolate iaitu muffin kegemaan sikecilku dan papanya. Tapi kali ini aku terpaksa melupakan niat untuk membaking Muffin Chip Chocolate di sebabkan oleh ketiadaan Chip Chocolate.
Penat aku mencarinya seharian tapi memang kehabisan di kedai-kedai. Dengan bantuan Encik Google aku mencari resepi muffin selain muffin chip chocolate..dan akhirnya aku berjaya menemukan resepi muffin yang menyelerakan iaitu Muffin Buah Campuran di blog Fiza's Cooking. Kebetulan aku ada stok buah campuran di dapur.
MUFFIN BUAH CAMPURAN
Bahan-bahan
200gm tepung gandum
2 sudu besar serbuk penaik (Baking Powder)-aku guna 1 sudu makan rata
110gm gula perang (Brown Sugar)
1 biji telur - Gred A
110gm mentega - cairkan
200gm susu segar / susu cair
1 sudu kecil esen vanila
60gm buah campur
1/4 sudu kecil garam halus
Buah campur - untuk hiasan
Cara menyediakannya
1. Di dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula perang menggunakan whisk .

Bolehlah dihidangkan. Selamat menjamu selera 😋
Nota: Muffin seakan roti tidak perlu digaul dengan kasar atau lama kerana gluten dalam tepung akan terbentuk yang menyebabkan muffin menjadi liat dan keras.
Muffin Buah Campuran ni memang sedap. Sesuai sangat dihidangkan untuk minum petang, majlis atau sebagai hidangan hari raya. Yang pastinya muffin ni bertambah sedap selepas semalaman. Hikks
Tak rugi cuba..
-lr soflin-

No comments:
Post a Comment