Showing posts with label Masakan Pulut. Show all posts
Showing posts with label Masakan Pulut. Show all posts

Pulut Durian


Pulut Durian..sebut saja pulut dan durian memang dah terliur dibuatnya. Resepi cukup simple dan rasanya boleh tahan. Tapi bagi aku tak lawan lah dengan rasa buah durian asli yang fresh. Actually first time makan dan sediakan Pulut Durian ni. Terpanggil nak mencuba sebab ternampak post pasal Pulut Durian ni dalam fb. Jadi aku pun cubalah.

Setelah balik dari rumah mak mertua semalam, aku meminta Encik Suami singgah sebentar di bandar untuk mencari buah Durian. Hampir 30 minit mencari akhirnya kami jumpa pun durian dijual di hadapan Jeti Awam Pekan. Susah juga nak dapatkan durian di daerah ini. Bayangkan, hanya seorang yang menjual durian di daerah ini sedangkan di daerah luar buah durian bertimbun-timbun siap bagi harga murah lagi.

Berbeza ceritanya dengan daerah tercintaku ini...harga durian boleh lah dikatakan agak mahal. Durian Kahwin RM15 sekilo...fuhhh. Mengidam nak makan Pulut Durian punya pasal aku beli juga lah sebiji durian. Sampai sahaja di rumah aku terus mentanak pulut.  Resepi Pulut ni sama saja caranya macam yang aku pernah buat sebelum ini. So agak mudahlah nak sediakan.

Ni lah resepi yang aku guna untuk menyediakann Durian Pulut idaman kalbu.


DURIAN PULUT

A) Tanak Pulut Dahulu ----> Klik Link  Cara-cara Tanak Pulut

B) Kuah Santan
Masak kuah untuk pulut durian tersebut.

1. Masukkan 1 pek cawan santan sederhana pekat.           Boleh tambah 1/2 atau 1 sudu teh garam ikut
    citarasa sendiri.

2. Tambahkan daun pandan untuk lebih wangi.

3. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.

C) Pulut Durian siap untuk dimakan
Hidangkan seperti gambar di bawah. Cara menikmatinya ialah dengan tuangkan santan ke atas pulut. Letak sedikit gula. Makan dengan isi durian.

Rasa yang enak..yummmy!!


Alhamdulillah,
dapatlah juga merasa Pulut Durian ni. Sekurang-kurangnya dah tahu rasanya bagaimana ye tak? Makan seorang-seorang saja...sebab Encik Suami kata dia tidak minat makan durian bersama pulut mahupun nasi. Dia suka durian saja..Okey tidak menjadi masalah. 

Sekian
~lr soflin~

Cara-cara Tanak Pulut



Assalamualaikum..

Pulut Kari Ayam.. menu untuk lunch hari ini dan Encik Suami kata sedaap. Alhamdulillah..

Baiklah.. entri kali ini adalah berkenaan cara-cara mentanak Pulut cara aku. Actually aku pun baru saja belajar cara mentanak pulut almaklumlah..selama ni asyik dengan masakan mak dan kakak saja...anak bongsu katakan..jadi bila dah berumahtangga ni apa-apa yang tekak kita nak kena lah usahakan masak sendiri.

Ceritanya, tekak teringin makan pulut ni gara-gara menonton Drama TV di Astro Ria 'Si Kolot Suamiku'.. Alaa kan watak si Kudin dalam drama tu gemar sangat makan Pulut jadi aku pun teringin la juga nak mkn PULUT..hehehe 😄😄
Tapi aku memang suka mkn pulut pun..teringat masa zaman budak-budak sampai lah ke remaja dulu bila raya menjelang tiba selalu mak  masak Pulut berlaukkan Ayam Masak Sos Cili, Ayam Kari dan Ayam Kicap. Memang power lah masakan mak..suka sangat Ayam Masak Sos Cili mak. Tengkiu mak masakan mak memang yang terbaik..tiada tandingan.

Seingat aku semenjak dah jadi isteri orang ni..aku pernah juga try tanak Pulut sekali tapi airnya cuma menggunakan air biasa sahaja. Jadi rasanya tidak berlemak. Untuk kali ini.. aku menggunakan santan jadi rasanya bagi aku tersangatlah sedap hinggakan boleh dimakan begitu sahaja. Hehehe..

Hasil bantuan Encik Google jadilah resepi seperti berikut..
Okey jom tengok bahan-bahan dan caranya.

Bahan-bahan :

2 Cawan Beras Pulut
1/2 Paket Serbuk Santan 50g (pakai dalam 25g sebab xnak pulut berlemak sgt)
2 Cawan Air ( Aku lebihkan siiikit -make sure guna cawan yg sama dgn cawan utk menyukat pulut)
1 sudu makan Minyak Masak
1/4 sudu teh Garam

Cara-cara :

1. Basuh beras pulut sehingga bersih.

2. Bancuh Serbuk Santan dengan air. Kacau sebati.


Ni dia santan yang aku guna dah ada rasa pandan

3. Masukkan dalam periuk nasi yang berisi beras pulut tadi dan tambah garam dan minyak masak.

4. Tanak seperti biasa. (Aku guna rice cooker) Jangan lupa gaul semasa sedang ditanak supaya masaknya sekata. Aku gaul dlm 3 kali jugak.



5. Sesudah masak boleh lah dihidangkan dengan pelbagai lauk. Makan pulut begitu saja pun boleh sebab rasanya memang sedap. Makan dengan buah durian pun sedap. 😋



Okey done..

Baii 😉
-lr soflin-