Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Sunday, September 25, 2016

Wang Kertas RM1 Tandatangan "AISHAH"?


Benarkah wang kertas RM1 tandatangan 'AISHAH" ini wujud dan bernilai ribuan ringgit?

Jawapannya 'Ya' memang wujud. Tetapi buat pengetahuan semua, RM1 tersebut bukanlah ditandatangani oleh 'AISHAH' kerana negara kita Malaysia tidak pernah ada Gabenor bernama Aishah. Jadi milik siapakah tandatangan tersebut? Okey jom kita lihat senarai Gabenor negara kita.



Sekarang anda sudah tahu siapa pemilik tandatangan tersebut bukan? Ya, ianya milik Gabenor Malaysia Ke-6 iaitu Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman. Tandatangannya seakan-akan 'Aishah' oleh yang demikian netizen menyangka ianya tandatangan Gabenor Aishah sedangkan tidak pernah wujud Gabenor bernama Aishah.

Sekarang kita berbalik kepada persoalan "Benarkah Wang Kertas RM1 ini bernilai ribuan ringgit? Jawapannya juga ya, tapi ada tapi, tapi ianya bergantung kepada kondisi wang kertas tersebut. Untuk makluman wang kertas ini adalah limited oleh yang demikian ramai collector duit lama mencarinya dan sanggup membelinya dengan nilai ribuan ringgit jika kondisi masih elok dan cantik. Menarik bukan?

Sudah pasti anda yang membaca entri ini seakan tidak percaya Wang RM1 boleh bertukar nilai berkali-kali ganda. Namun, itulah hakikatnya. Kepada readers yang memiliki wang kertas ini bolehlah menyimpannya dengan elok dan menjual kepada collector yang benar-benar berminat dengan wang kertas limited ini. -lr soflin-



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...