Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Friday, September 2, 2016

Perjalanan Balik Dari Sekolah

Jambatan Jeti Kg. Sumsum Semporna

Assalamualaikum dan selamat malam..

Jam menunjukkan pukul 9.48 malam.. sikecilku baru sahaja melelapkam mata. Mataku masih lagi bulat dan belum rasa mengantuk.. kebetulan esok pun cuti hujung minggu..jadi aku mengambil peluang untuk menulis dalam blog ini.

Baiklah..Entri kali ini berkenaan dengan perjalanan kami balik dari tempat kerja setiap hari (Isnin-Jumaat). Kami bergerak ke tempat kerja seawal 6.40 pagi dan sampai ke tempat kerja selewat-lewatnya pukul 7.15 pagi setelah mengambil kira masa perjalanan. Balik pada pukul 1.20 petang (Isnin), pukul 1.00 petang (Selasa & Khamis) dan pukul 11.40 (Jumaat). Hari Rabu diadakan GERKO jadi balik kerja pada pukul 2.00 - 3.00 petang.

Masa balik adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan staf. Ye lah..setelah penat bekerja dari pagi tiba lah masanya untuk balik merehatkan diri dengan secukupnya dan paling penting berjumpa dan meluangkan masa bersama anak isteri/suami di rumah. Tapi sebelum dapat merehatkan diri dan berjumpa keluarga di rumah..kami perlu melalui satu cabaran dahulu.. Alaa..tak lah berat mana cabarannya pun. Tapi bagi mereka yang tak biasa memang akan mengeluh punya.

Cabarannya adalah berjalan jauh di jambatan sepanjang lebih kurang 1KM dari hujung jeti ke darat. Tapi berjalan bila air laut tohor (surut) je. Biasanya kalau sebelah pagi air laut pasang balik nanti air laut tohor. So, sediakan payung sebelum jadi hitam legam..hihii sebab panas terik matahari boleh membakar kulit wajah siapa pun. Memang panas sangat..faham2 lah panas di kawasan laut macamana. Tambahan pula kena berjalan jauh..berpeluh habis.
Panjang Jambatan Jeti Kg. Sumsum boleh dilihat dalam gambar di bawah.

Gambar dari pandangan atas. Panjang tak??

Haa..jauh tak kena jalan? Memang jauh pun.Tambahan macam aku ni yang hari-hari bawa beg galas yang berat. Memang kesian lah. Nasib baik ada suami mithali aku yang tak pernah berkira nak galas beg aku setiap hari. Terima kasih encik abe.

Sebenarnya nak ke tempat kerja kami ni ada dua laluan. Pertama laluan yang ni la ( Dari Jeti Kg.Sumsum). Kedua dari Jeti Awam Pekan. Dulu aku dan rakan-rakan sekerja yang lain ikut laluan dari Jeti Awam Pekan. Tapi memandangkan ramai rakan-rakan yang berpindah ke negeri masing-masing kami jadi tak cukup korum dan Pakcik Bot meminta kami menambah sewa bot. Sebelum ini sewaan sebulan adalah sebanyak RM110 seorang. Kami tidak bersetuju untuk menambah kadar sewaan bot jadi terpaksalah kami menggunakan laluan Jeti Kg. Sum-Sum. Kami mula menggunakan laluan Jeti Kg. Sum-Sum pada Jun 2014 sehingga kini.

Masing-masing ada pro dan kontra. Laluan Jeti Awam Pekan senang, tidak  perlu berjalan jauh di jambatan tapi perjalanan mengambil masa 20-25 minit dan sewa bot pun mahal manakala Laluan Jeti Kg. Sum-Sum pula dekat, hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke Jeti Kampung dan sewa bot sebulan pun murah hanya RM60 tapi kalau musim air laut tohor kena berjalan jauh lebih kurang 1KM.

Apapun tiada pilihan lain buat masa ini. Melainkan korum dah cukup barulah boleh ikut laluan sebelum ini.
Semoga aku terus kuat menghadapi cabaran ini.

Okey sebelum mengakhiri penulisan kali ini, aku nak kongsikan pengalaman kami balik dari kerja menaiki bot pada musim tengkujuh baru-baru ini.
Klik link di bawah👇
Selamat menonton..


Sekian dariku,
-lr soflin-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...