Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Friday, September 23, 2016

Congo Bars

Congo Bars ni LR buat masa LR mengandungkan anak kedua LR. Masa tu ternampak resepi ni dalam news feed facebook LR. LR pun apa lagi mengidamlah nak makan Congo Bars ni. Pregnant anak kedua LR ni, LR banyak mengidamkan makanan jenis kekacang. Mula-mula sekali mengidamkan Kacang Pistachio dan Kacang Gajus. Sepanjang pregnant asyik makan kacang ni lah. Selepas tu Congo Bars ni pula, bahan-bahannya pun terdiri kekacang juga iaitu walnut dan kacang badam.

Memandangkan masa tu LR mengidam sangat nak makan Congo Bars ni then di daerah Semporna ni tak ada yang jual so LR pun nekad
nak masak sendiri. Cari walnut di bandar tapi tiada. Akhirnya terpaksa tangguh dulu sehinggalah LR dapat ke Bandar Tawau. Di Tawau kelengkapan bakery memang terbaik berbanding Semporna. LR pun beli lah banyak-banyak kacang walnut ni.

Okey jom lihat resepinya. Sebelum tu, LR sebenarnya dah tak ingat dapat resepi ni dari siapa. Jadi tak dapat nak kreditkan kepada owner resepi ini. Semoga empunya resepi ini dimurahkan rezeki hendaknya. Amin.
Okey check it out ----> Resepi Congo Bars!

RESEPI CONGO BARS
Oleh : LR Soflin

Bahan-bahan :

150gm butter
315gm tepung gandum
1/2 tsp garam
2 1/2 tsp baking powder
320gm gula perang (KURANGKAN sebab manis sangat, ikut selera masing2)
3 biji telur
1tsp esen vanila
250gn chocolate chips
250gm badam cincang *panggang dahulu
250gm walnut *panggang dahulu
50gm kepingan badam -Hiasan

Cara-cara :

1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
2. Putar butter dan gula perang sehingga sebati. Putar dengan perlahan-laju. Gula perang tu masuk sedikit demi sedikit dulu. Kalau dah manis tak payah ikut sangat sukatan asal sebab LR buat ikut resepi asal memang manis sangat.
3. Masukkan telur satu persatu. Putar hingga sebati.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul guna spatula sehingga sebati.
6. Masukkan cip coklat. Gaul sebati.
7. Masukkan kacang walnut dan kacang badam. Gaul sebati.
8. Masukkan dalam loyang. Isi separuh. Ratakan. Taburkan kepingan kacang badam dan cip coklat.
9. Bakar selama 30 minit atau hingga masak dengan suhu 130°c.
10. Dah masak bolehlah sejukkan pada suhu bilik dan potong.

Congo Bars Yummy!
Rasa memang sedap, dah makan sepotong pasti nak lagi. Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...