by : #lrkitchen232
Bahan-bahan :
2 Cwn Tepung Pulut
2 Sudu Besar membukit Tepung Gandum
4 helai daun pandan kisar dengan 1 cawan air (tapis ambil jusnya)**Sekiranya daun pandan tiada gantikan dengan Perisa pandan + pewarna hijau kuantiti memadai ada rasa pandan sedikit dan warna light green
Gula Merah
1/2 biji kelapa parut putih gaulkan dengan sedikit garam
Cara masak :
1. Uli tepung pulut, tepung gandum dan air daun pandan hingga tidak melekat di tangan. (Masukkan air sedikit demi sedikit)
2. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
3. Buat doh bulat-bulat, tekan leper doh tadi dan isikan gula merah dan bulatkan semula, masukkan ke dalam air panas dalam periuk.
4. Sementara itu, habiskan doh tadi ikut langkah ke-3 hingga doh habis.
5. Bila kuih onde-onde dah terapung/timbul, angkat dan tapis.
6. Golekkan kuih onde-onde dalam mangkuk yang berisi parutan kelapa.
7. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.😊
**Nota : Sekiranya ingin membuat dalam kuantiti sedikit ( hidangan 2 - 5 orang ) boleh buat separuh sukatan (Tepung Pulut, Tepung Gandum, Air)
Selamat mencuba.😊
No comments:
Post a Comment