Puding Milo Oreo

28 April 2020 bersamaan 5 Ramadan -
Masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) Fasa 4. Ramadan kali ni berbeza dari Ramadan tahun-tahun sebelumnya di mana Ramadan tahun sebelum ni ada Bazaar Ramadan. So, memandangkan tahun ni tiada bazar Ramadan maka terpaksalah buat sendiri juadah berbuka puasa terutamanya kuih-muih. 
Okey, untuk Ramadan hari ke-5 ni seawal 8 pagi lagi LR telah berada di dapur menyiapkan Puding Milo Oreo ni untuk juadah berbuka family LR.


Ok jom kita lihat resipi Puding Milo Oreo yang super enak ni. 

Puding Milo Oreo
By : #lrkitchen232

Bahan A 

8-10 keping oreo (tanpa inti) *hancurkan dan letak dalam acuan

Bahan B

620ml air
1 tin susu cair
95gm gula (kurangkan kepada 85gm sekiranya tidak suka manis)
15gm agar-agar tali (sebungkus)

Bahan C

3 sudu makan milo

Cara-cara : 
1. Campurkan semua bahan B dan masak sehingga berbuih/mendidih

2. Ambil separuh dan tuang ke dalam bekas/acuan berisi oreo hancur tadi. Kacau sekejap dan sejukkan di dalam peti ais

3. Panaskan semula lebihan susu tadi dan masukkan 3 sudu makan milo. Kacau sebati.

4. Keluarkan puding dari dalam peti sejuk. Tuang adunan milo dan masukkan semula ke dalam peti ais. Biarkan mengeras sepenuhnya.

5. Sisip bahagian tepi dan keluarkan. Letak atas pinggan dan potong. Sedia untuk dinikmati..😋

#lrkitchen232 #pudingmilooreo #pudingoreo #pudingoreosusu #lrcooking



No comments:

Post a Comment