Hari ini perjalanan balik kerja agak mencabar sedikit. Di mana kami perlu meranduk air laut yang cetek di Jeti Kampung Sumsum. Hari ini dalam sejarah bagi sesetengah guru yang tidak pernah meranduk yakni berjalan di dalam air. Alkisahnya, ianya berpunca daripada kemalangan yang melibatkan Bot Pelancong yang telah melanggar Jambatan Kampung Sumsum pada 3 Oktober 2016 yang lepas. Akibat daripada kemalangan itu, Jambatan Kampung Sumsum pun rosak. Terpisah dua. Sehingga sekarang masih belum dibaiki lagi.
Showing posts with label Kerjayaku. Show all posts
Showing posts with label Kerjayaku. Show all posts
Pemandangan Sekitar Tempat Aku Bekerja
Assalamualaikum
Jam menunjukkan pukul 12.07 tengah malam. Aku masih lagi bangun ditemani Encik Suami yang sibuk melayan gadgetnya. Itu sudah tentu main Clash Of Clan (COC).
Baiklah, entri kali ini adalah berkenaan dengan pemandangan sekitar tempat di mana aku bekerja. Sepertimana yang telah aku sebutkan dalam entri-entri sebelum ini, aku bekerja di Pulau Bum-Bum Semporna. Setiap hari aku dan Encik Suami menaiki kereta kami ke Kampung Sum-Sum. Dari Jeti Kampung Sum-Sum kami menaiki bot sewa untuk ke Jeti Kampung, Pulau Bum-Bum. Perjalanan bot mengambil masa lebih kurang 7-10 minit bergantung dengan cuaca semasa dan bilangan penumpang pada saat itu. Jika penumpang ramai maka akan lambat la pergerakan bot. Setiba di Jeti Kampung, Pulau Bum-Bum kami akan menaiki Van yang kami sewa untuk menuju ke tempat kerjaku iaitu SK*********. Perjalanan mengambil masa 3-4 minit. Dekat sahaja.. jalan kaki pun boleh jika van tiada. Teringat waktu aku bujang dulu sekitar 2009-2010..yang mana aku kerap ke tempat kerja dengan hanya berjalan kaki dari Jeti Kampung Pulau Bum-Bum kerana pada masa itu van jarang ada terutamanya pada musim cuti sekolah.
Pada waktu itu tuhan sajalah yang mengetahui perasaanku. Berjalan kaki bersama-sama anak buah yang menemaniku pergi dan balik. Penatnya tak payah cakaplah. Namun syukur alhamdulillah, semua itu sudah berakhir kerana van pun sudah banyak di kawasan kampung.
Okey, di bawah ini aku sertakan gambar sekitar tempat aku bekerja dan gambar-gambar yang sempat aku ambil semasa dalam perjalanan balik dari tempat kerja.
Pemandangan depan pejabat aku ni. Sungguh indah kalau angin bertiup kencang memang nampak sangat lah pokok kelapa tu bergoyang.
Gambar ini pula diambil semasa dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Lokasi Kampung Sum-Sum. Boleh nampak tak air laut tohor ketika ini. Maknanya aku dan rakan-rakan terpaksa berjalan jauh lagi lah. Tapi tidak mengapa. Alah bisa tegal biasa.
Haa..ini lah dia bot sewa kami. Gambar ini diambil di Jeti Kampung sebelum menuju ke Jeti Kampung Sum-Sum.
Cantik sungguh awan yang memutih dan langit yang membiru. Kelihatan sebuah bot sedang menuju ke Kampung Sum-Sum. Itulah bot rakan-rakan seperjuangan.
Jernih sungguh air laut di Jeti Kampung. Gambar ini diambil semasa aku sedang menunggu rakan-rakan lain untuk sampai ke Jeti.
Sebenarnya banyak lagi gambar menarik yang aku nak masukkan dalam blogku ini. Namun, belum ada kesempatan. InsyaAllah di entri yang seterusnya.
Sekian dariku,
-lr soflin-

![]() |
| Pemandangan Depan Pejabat |
Pemandangan depan pejabat aku ni. Sungguh indah kalau angin bertiup kencang memang nampak sangat lah pokok kelapa tu bergoyang.
![]() |
| Pemandangan menghadap ke Pulau Bum-Bum dan Pekan |
Gambar ini pula diambil semasa dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Lokasi Kampung Sum-Sum. Boleh nampak tak air laut tohor ketika ini. Maknanya aku dan rakan-rakan terpaksa berjalan jauh lagi lah. Tapi tidak mengapa. Alah bisa tegal biasa.
![]() |
| Bot Sewa |
Haa..ini lah dia bot sewa kami. Gambar ini diambil di Jeti Kampung sebelum menuju ke Jeti Kampung Sum-Sum.
![]() |
| Pemandangan menghadap ke Kampung Sum-Sum |
Cantik sungguh awan yang memutih dan langit yang membiru. Kelihatan sebuah bot sedang menuju ke Kampung Sum-Sum. Itulah bot rakan-rakan seperjuangan.
![]() |
| Air Laut jernih di Jeti Kampung |
Sebenarnya banyak lagi gambar menarik yang aku nak masukkan dalam blogku ini. Namun, belum ada kesempatan. InsyaAllah di entri yang seterusnya.
Sekian dariku,
-lr soflin-
Perjalanan Balik Dari Sekolah
Jambatan Jeti Kg. Sumsum Semporna
Jam menunjukkan pukul 9.48 malam.. sikecilku baru sahaja melelapkam mata. Mataku masih lagi bulat dan belum rasa mengantuk.. kebetulan esok pun cuti hujung minggu..jadi aku mengambil peluang untuk menulis dalam blog ini.
Baiklah..Entri kali ini berkenaan dengan perjalanan kami balik dari tempat kerja setiap hari (Isnin-Jumaat). Kami bergerak ke tempat kerja seawal 6.40 pagi dan sampai ke tempat kerja selewat-lewatnya pukul 7.15 pagi setelah mengambil kira masa perjalanan. Balik pada pukul 1.20 petang (Isnin), pukul 1.00 petang (Selasa & Khamis) dan pukul 11.40 (Jumaat). Hari Rabu diadakan GERKO jadi balik kerja pada pukul 2.00 - 3.00 petang.
Masa balik adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan staf. Ye lah..setelah penat bekerja dari pagi tiba lah masanya untuk balik merehatkan diri dengan secukupnya dan paling penting berjumpa dan meluangkan masa bersama anak isteri/suami di rumah. Tapi sebelum dapat merehatkan diri dan berjumpa keluarga di rumah..kami perlu melalui satu cabaran dahulu.. Alaa..tak lah berat mana cabarannya pun. Tapi bagi mereka yang tak biasa memang akan mengeluh punya.
Cabarannya adalah berjalan jauh di jambatan sepanjang lebih kurang 1KM dari hujung jeti ke darat. Tapi berjalan bila air laut tohor (surut) je. Biasanya kalau sebelah pagi air laut pasang balik nanti air laut tohor. So, sediakan payung sebelum jadi hitam legam..hihii sebab panas terik matahari boleh membakar kulit wajah siapa pun. Memang panas sangat..faham2 lah panas di kawasan laut macamana. Tambahan pula kena berjalan jauh..berpeluh habis.
Panjang Jambatan Jeti Kg. Sumsum boleh dilihat dalam gambar di bawah.
Gambar dari pandangan atas. Panjang tak??
Haa..jauh tak kena jalan? Memang jauh pun.Tambahan macam aku ni yang hari-hari bawa beg galas yang berat. Memang kesian lah. Nasib baik ada suami mithali aku yang tak pernah berkira nak galas beg aku setiap hari. Terima kasih encik abe.
Sebenarnya nak ke tempat kerja kami ni ada dua laluan. Pertama laluan yang ni la ( Dari Jeti Kg.Sumsum). Kedua dari Jeti Awam Pekan. Dulu aku dan rakan-rakan sekerja yang lain ikut laluan dari Jeti Awam Pekan. Tapi memandangkan ramai rakan-rakan yang berpindah ke negeri masing-masing kami jadi tak cukup korum dan Pakcik Bot meminta kami menambah sewa bot. Sebelum ini sewaan sebulan adalah sebanyak RM110 seorang. Kami tidak bersetuju untuk menambah kadar sewaan bot jadi terpaksalah kami menggunakan laluan Jeti Kg. Sum-Sum. Kami mula menggunakan laluan Jeti Kg. Sum-Sum pada Jun 2014 sehingga kini.
Masing-masing ada pro dan kontra. Laluan Jeti Awam Pekan senang, tidak perlu berjalan jauh di jambatan tapi perjalanan mengambil masa 20-25 minit dan sewa bot pun mahal manakala Laluan Jeti Kg. Sum-Sum pula dekat, hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke Jeti Kampung dan sewa bot sebulan pun murah hanya RM60 tapi kalau musim air laut tohor kena berjalan jauh lebih kurang 1KM.
Apapun tiada pilihan lain buat masa ini. Melainkan korum dah cukup barulah boleh ikut laluan sebelum ini.
Semoga aku terus kuat menghadapi cabaran ini.
Okey sebelum mengakhiri penulisan kali ini, aku nak kongsikan pengalaman kami balik dari kerja menaiki bot pada musim tengkujuh baru-baru ini.
Klik link di bawah👇
Selamat menonton..
Sekian dariku,
-lr soflin-
Subscribe to:
Posts (Atom)