Entri kali ini LR nak kongsikan resipi Kek Lapis Sarawak yang LR selalu sediakan untuk hidangan di hari raya. Terdapat beberapa jenis resipi Kek Lapis Sarawak yang akan LR kongsikan dalam entri ini dan entri-entri yang seterusnya. Ok jom lihat resipinya...
Kek Lapis Sutera
by : LR Kitchen
Bahan - Bahan : ( Loyang Saiz 8 x 8 )
450g Butter (Nak pakai Pure butter boleh nak pakai buttercup pun boleh, pure butter yang LR selalu pakai adalah brand Anchor)
10 Biji Telur Gred A
100g Gula Halus
1 Tin Kecil Susu Pekat
1 Tin Kecil Serikaya
300g Tepung Hong Kong
150g Horlicks
1 Sudu Teh Esen Vanila
1 Sudu Makan Ovalette
3 Pewarna (ikut suka masing-masing) - LR guna warna Pink + Purple. Lapisan atas dan bawah warna ori.
Cara-cara :
1. Putar telur bersama gula & esen vanila hingga kembang.
2. Masukan ovalette. Putar lagi.
3. Dalam mangkuk lain, putar butter bersama susu pekat hingga kembang.
4. Gabungkan kedua-dua bancuhan. Putar sampai sebati.
5. Masukkan serikaya. Putar lagi.
6. Masukkan tepung hong kong & horlicks. Putar sebati.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 2 bahagian untuk lapisan tengah kek (Campurkan pewarna pilihan. Yang 1 bahagian lagi dibahagi kepada 2 untuk lapisan atas & bawah.
8. Bakar selapis-selapis bahagian bawah sebanyak 4 atau 5 terpulang kepada anda.
9. Lapisan tengah (guna botol sos - nak guna piping bag pun boleh) picit adunan 2 warna berselang seli. (Rujuk Gambar)
10. Buat lapisan sehingga habis.
11. Seterusnya lapisan atas sama banyak dengan lapisan bawah atau sehingga adunan habis.
Okey siap.
Nota tambahan :
1. Suhu oven bergantung pada oven masing-masing. LR guna 180 darjah celcius pada lapisan bawah sekali & api atas bawah. Lapisan seterusnya hingga habis guna api atas sahaja pada suhu 150 - 160 darjah celcius.
2. Loyang perlu dilapik dengan baking paper ya.
3. Jangan lupa tekan-tekan setiap lapisan apabila dah masak supaya melekat dengan elok dan tidak menggelembung.












No comments:
Post a Comment