Showing posts with label Kek Lapis Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis Sarawak. Show all posts

KEK LAPIS OREO CHEESE

Kek Lapis Sarawak yang menjadi kegemaran LR adalah Kek Lapis Oreo Cheese. Gabungan cheese dan oreo tu memang 'ngam' sangat sebab tidak terlalu manis.

RESIPI KEK LAPIS OREO CHEESE
By : LR Kitchen

Bahan-bahan :

500gm mentega tulin
250gm krim cheese
10 biji telur gred A
200gm gula kastor
200gm tepung hong kong
150gm susu pekat manis
1 cawan horlicks
1 tbsp besar ovallete
1 tbsp esen vanila
4 bungkus biskut oreo atau secukupnya (buang krim)

Cara - cara :

1. Pukul mentega dan susu hingga kembang, masukkan krim cheese dan pukul lagi hingga sebati. Ketepikan dulu.

2. Pukul telur, gula dan ovallete hingga kembang. Perlahankan mixer dan masukkan tepung hong kong sedikit demi sedikit sampai habis, pukul hingga sebati.

3. Satukan adunan nombor 1 dan 2 dan gaul hingga sebati kemudian masukkan esen vanila dan horlicks, kacau hingga sebati.

4. Asingkan 8 senduk adunan kedalam mangkuk lain dan letak pewarna hijau, selebihnya biarkan dengan warna asal.

5. Sediakan loyang 8"x8" dan lapik dengan kertas minyak, masukkan 1 senduk adunan warna hijau, ratakan dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan kepanasan 180C - 200C. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah (utk lapisan pertama) selama 6 - 7 minit atau sehingga masak dan permukaan kek berwarna perang. (Bergantung pada oven masing-masing). Keluarkan dari oven, tekan. permukaan kek dengan penekan khas kek lapis, (bertujuan untuk memecahkan gelembung udara di permukaan kek supaya nanti lapisan kek nampak sama rata). Untuk lapisan seterusnya guna api atas sahaja. Ulangi proses ini sebanyak 4 lapis.


6.Seterusnya bolehlah dilapiskan dengan adunan warna asal tadi, letak 3/4 cawan adunan warna asal, ratakan dan susun biskut oreo bakar lagi sampai masak, ulangi proses yang sama seperti tadi, (susun biskut oreo selang 1 - 2 lapisan kek). Bila selesai adunan ini, lapiskan pula baki adunan warna hijau tadi sampai selesai. Kalau ada lebih biskut tu, boleh susun pada lapisan terakhir kek. (Paling atas)

Done. Selamat mencuba 😊















KEK LUMUT


Kek Lumut
By : LR Kitchen


Bahan-bahan :

500gm /16ozPure Butter (Anchor) -Buttercup pun boleh
10 Biji Telur Ayam gred A
2 Cawan Nestum di Blend
1/2 Cawan Gula Kastor
1 Cawan Tepung Hongkong
200gm Horlicks (Paket Kecil)
1 Tin Kecil Susu Pekat F&N
1 Tin Kecil Srikaya
60ml Pandan Paste 

Cara penyediaan :

1. Pukul Butter bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil mix
3. Kemudian masukkan susu pekat, Srikaya, mix hingga sebati.
4. Kemudian  masukkan  pula nestum, tepung, horlicks dan akhir sekali  pandan paste . Gaul sebati. Ketepikan.
5. Alas loyang 8 x 8 inci dengan baking paper.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan hentak-hentakkan beberapa kali.

                                      
7. Panaskan kukusan.
8. Tutup bahagian atas loyang menggunakan wrapping plastic untuk menghalang air menitis ke atas 
 kek.



      .                                             
9. Kukus selama 3 jam dengan api sederhana.


10. Siap !                                       



 


#lrkitchen23 #lrkitchen232

                                                       

                                                       





KEK LAPIS CHEESE CHOCOLATE CHIP

RESIPI KEK LAPIS CHEESE COKLAT CHIP

Kek Lapis Sarawak, kurang manis rasa cheese yang sangat sedap..tengok gambar pun boleh terliur..😋
                                                                             

Bahan - bahan :

500gm butter
10 biji telur gred A
350gm tepung pau@tepung superfine
200gm gula halus
1/2 tin susu pekat
1 paket santan serbuk
60gm susu tepung
250gm cream cheese
1 sudu teh essen vanila
Sedikit perisa cheese
1 sudu makan Ovallate
Coklat chip secukupnya


 Cara-Cara

1. Pukul butter, gula dan ovallate sampai berwarna putih.

2. Kemudian pukul telur satu persatu sehingga sebati.

3. Masukkan susu, serbuk santan, esen vanila dan kacau sebati.

4. Masukkan cheese. Pukul skejap shingga cheese tidak berketul.

5. Masukkan tepung.

6. Kemudian bolehlah bakar. Lapisan pertama guna api atas bawah.
Lapisan seterusnya guna api atas sahaja.

7. Setiap lapisan tabur coklat cip.

8. Suhu ikut kepanasan oven masing - masing.

#lrkitchen23 #lrkitchen232






Ada yang terliur tak? 😜









KEK LAPIS SUTERA





Entri kali ini LR nak kongsikan resipi Kek Lapis Sarawak yang LR selalu sediakan untuk hidangan di hari raya. Terdapat beberapa jenis resipi Kek Lapis Sarawak yang akan LR kongsikan dalam entri ini dan entri-entri yang seterusnya. Ok jom lihat resipinya...


Kek Lapis Sutera
by : LR Kitchen

Bahan - Bahan : ( Loyang Saiz 8 x 8 )

450g Butter (Nak pakai Pure butter boleh nak pakai buttercup pun boleh, pure butter yang LR selalu pakai adalah brand Anchor)
10 Biji Telur Gred A
100g Gula Halus
1 Tin Kecil Susu Pekat
1 Tin Kecil Serikaya
300g Tepung Hong Kong
150g Horlicks
1 Sudu Teh Esen Vanila
1 Sudu Makan Ovalette
3 Pewarna (ikut suka masing-masing) - LR guna warna Pink + Purple. Lapisan atas dan bawah warna ori.

Cara-cara :

1. Putar telur bersama gula & esen vanila hingga kembang.

2. Masukan ovalette. Putar lagi.

3. Dalam mangkuk lain, putar butter bersama susu pekat hingga kembang.

4. Gabungkan kedua-dua bancuhan. Putar sampai sebati.

5. Masukkan serikaya. Putar lagi.

6. Masukkan tepung hong kong & horlicks. Putar sebati.

7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 2 bahagian untuk lapisan tengah kek (Campurkan pewarna pilihan. Yang 1 bahagian lagi dibahagi kepada 2 untuk lapisan atas & bawah.

8. Bakar selapis-selapis bahagian bawah sebanyak 4 atau 5 terpulang kepada anda.

9. Lapisan tengah (guna botol sos - nak guna piping bag pun boleh) picit adunan 2 warna berselang seli. (Rujuk Gambar)


10. Buat lapisan sehingga habis.

11. Seterusnya lapisan atas sama banyak dengan lapisan bawah atau sehingga adunan habis.

Okey siap.








Nota tambahan :

1. Suhu oven bergantung pada oven masing-masing. LR guna 180 darjah celcius pada lapisan bawah sekali & api atas bawah. Lapisan seterusnya hingga habis guna api atas sahaja pada suhu 150 - 160 darjah celcius.

2. Loyang perlu dilapik dengan baking paper ya.

3. Jangan lupa tekan-tekan setiap lapisan apabila dah masak supaya melekat dengan elok dan tidak menggelembung.

Kek Lapis Aspalela



Lama tak menulis dalam blog ini. Ini first entri untuk tahun 2018. Tahniah kepada diri aku kerana diberikan kekuatan untuk menulis dalam blog ini. Bukan tak kuat sebab apa pun, cuma disebabkan oleh kekangan masa. Sibuk dengan keluarga di samping mengerjakan kerja hakiki dan hobi-hobi baharu.

Actually banyak resipi yang aku nak masukkan dalam blog ini tapi macam yang aku cakap lah tak kekangan masa. Ok aku tak nak cakap banyak. Aku cuma nak kongsikan Resipi Kek Lapis Sarawak yang aku buat untuk Raya Aidilfitri yang lepas. Ok jom!

Ok Kek Lapis Sarawak di bawah dinamakan Kek Lapis Aspalela (Encik Abe yang bagi nama ni..kihkih)

RESIPI KEK LAPIS ASPALELA







Ni haa resipinya dah siap edit ⬇️ malas nak taip punya pasal.



Ok jom tengok gambar-gambar Kek Lapis Aspalela yang telah siap dibakar kat bawah ⬇️
















Cantik dan nampak menyelerakan tak? Hehehe... boleh cuba resipi di atas ya. Confirm jadi. Tak payah dah order lepas ni. Buat je, jimat dan boleh dapat banyak. Tapi kena banyak sabar la sebab nak buat Kek Lapis Sarawak ni bukannya sekejap. Anggaran dalam 5-6 jam seloyang. Cuba lah, nanti boleh ambil order plak lepas ni kan?  Ok selamat mencuba =)

#lrkitchen232
#lrkitchen23
#catatanlrsoflin