BISKUT SNOW ALMOND


Salah satu biskut raya yang kena ada menjelangnya raya ialah Biskut Snow Almond. Biskut yang rangup anak-anak suka sangat walaupun penyediaannya agak renyah bagi LR kerana perlu salut dengan coklat 😅 Jom lihat resipinya di bawah ...



BISKUT SNOW ALMOND

Anggaran : 80-100biji


Bahan A


260 gm butter
150 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
50 gm serbuk badam

Bahan B 

300 gm tepung Red Rose (kalau takde ganti tepung gandum pun boleh)
50 gm tepung kastard
50 gm susu tepung
40 gm tepung jagung
1sb Emplex (Kalau tiada ganti dengan 1sb tepung beras) - Emplex ni fungsinya untuk merangupkan biskut.


Bahan Hiasan 

Coklat masakan - cairkan cara double boiler (make sure x terkena air)
Sedikit breadcrumbs putih - untuk menyalut

Cara- Cara :  

Pukul bahan A hingga berkrim

Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut

Canai dan terap dengan acuan yg di sukai




Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak

Sejukkan biskut atas redai.



Celup biskut dalam coklat masakan yg telah dicairkan cara double boiler



Golekkan biskut ke dalam breadcrumbs



Simpan biskut dalam bekas kedap udara

#lrkitchen23





Selamat mencuba 😊

No comments:

Post a Comment