Entri kali ini LR ingin kongsikan resipi muffin yang sangat mudah disediakan untuk minum petang bersama anak-anak.
Banana Chocolate Chip Muffins
by LR Kitchen
Bahan-bahan : Anggaran 21 Cup Kecil
2 Cawan Tepung Gandum**
1 tsp Soda Bikarbonat**
1 1/2 tsp Baking Powder**
200g pisang masak
1/2 tsp Garam
2 Biji Telur Gred A
1 1/3 Cawan Gula Perang (Brown Sugar) - Saya guna 1 Cawan sahaja.
1/2 tsp Esen Vanila
1/2 Cawan Minyak Masak
1/2 Cawan Susu Segar
1/2 Cawan Coklat Chip
Badam & Coklat Ship secukupnya untuk hiasan
Cara - cara :
1. Campurkan bahan bertanda ** dan ayak. Ketepikan.
2. Masukkan telur, gula perang, esen vanila, minyak, susu segar dan garam ke dalam blender. Blend
sehingga sebati.
3. Masukkan pisang masak. Blend lagi sehingga sebati semua bahan.
4. Tuang bahan yang telah diblend ke dalam bahan yang telah diayak. Kacau sebati secara kaup balik.
5. Setelah sebati, masukkan Coklat Chip, gaul rata.
6. Masukkan ke dalam paper cup 3/4 sahaja.
7. Taburkan Coklat Chip dan hirisan badam. ( LR tak guna badam sebab stok tiada )
8. Bakar dengan api 170 darjah celcius selama 20-30 minit atau sehingga masak. Guna api atas bawah.



No comments:
Post a Comment