Lihatlah keadaan jambatan ini. Memang tiada alternatif lain yang dapat difikirkan orang kampung
untuk ianya kembali digunakan seperti sediakala melainkan perlu baikpulih. LR sendiri tidak tahu pihak mana yang akan membaikinya nanti. Jambatan ni kukuh dan bersimen. Tapi kini ianya jadi seperti ini langsung tidak dapat digunakan ketika musim air cetek. Hari ini adalah hari pertama kami perlu meranduk kerana musim air cetek telah pun bermula ketika ini. Jadi tiada pilihan lain. Bagi LR sendiri pengalaman ini bukan kali pertama, tapi telah berkali-kali sepanjang hampir 7 tahun berkhidmat di Pulau Bum-Bum. Tapi masih lagi tidak biasa dan agak risau jika perlu meranduk kerana takutkan sejenis ikan berbisa yang dikenali sebagai "Kappok". Kalau terpijak boleh demam dibuatnya kerana kesakitan yang melampau.

Lihatlah bertapa ceteknya air laut masa ini. LR lupa untuk membawa kasut. Akibatnya kaki melecet setiba di rumah.
Kasihan guru dan staf yang terpaksa meranduk tengahari tadi. Yang pasti ianya bukan setakat hari ini. Malah mungkin berterusan untuk 3 - 4 hari lagi.
Dah sampai jambatan, terpaksa 'Berkaki Ayam' pula menuju ke daratan. Ye lah kalau tidak habislah kasut pula yang basah. Apapun semuanya adalah kenangan indah buat kami staf di Pulau Bum-Bum. Dalam pada itu, kami masih mengharapkan Jambatan Pulau Bumbum yang menghubungkan Pulau Bumbum dengan tanah besar betul-betul direalisasikan kerana kami juga ingin merasa berkereta dari rumah ke tempat kerja tanpa perlu menaiki bot dan van berulang-ulang kali di samping beg galas, beg bimbit yang beratnya bukan kepalang. Bayangkan bagaimana keadaan guru/staf wanita mengandung yang terpaksa berjalan jauh di jambatan sepanjang ini. LR telah melaluinya tahun lepas (2015) dan ianya bukanlah suatu pengalaman manis yang perlu diceritakan. Memanjat dengan perut yang membesar. Menuruni tangga yang licin pada waktu hujan. Tidak hairanlah ada guru-guru wanita yang telah beberapa kali terjatuh. Syukur kandungan tidak apa-apa. Semoga kami terus kuat dan tabah!

No comments:
Post a Comment