Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Tuesday, October 11, 2016

Smartphone : Oppo F1 Plus atau Iphone 6s Plus?

Smartphone : Oppo F1 Plus atau Iphone 6s Plus? - Dilema sama ada nak beli smartphone Oppo ataupun smartphone brand kegilaan ramai iaitu Iphone. Model yang LR cadang nak beli adalah Oppo F1 Plus ataupun Iphone 6s Plus. LR sememangnya gemarkan gadget yang canggih dan sangat-sangat menitikberatkan aspek kualiti gambar dan ketahanan bateri.

Alkisahnya semalam LR bersama Encik Suami ke Bandar Tawau semata-mata untuk membeli
smartphone Encik Suami yang baharu kerana handphone Encik Suami iaitu Samsung Grand 2  tiba-tiba rosak ( tidak masuk cas). Pakai baru dua tahun lebih..beli pada tahun 2014. Cepat benar rosaknya kan. Mungkin sebab handphone tu pernah jatuh dalam air laut tahun lepas. Tapi tu laa, mostly masalah Samsung adalah pada bateri cepat habis, overheat dan hang. Pakai paling lama pun 2 tahun. Lepas dari tempoh tu memang bermasalah dah.

Encik Suami berkenan sangat dengan Oppo F1s, so dia pun membelinya. Planning memang nak Encik Suami beli Oppo F1s manakala LR beli Oppo F1 Plus. Tapi rasa macam tak puas hati lagi dengan kameranya. So buat masa ini LR buat keputusan untuk try pula brand Apple. 



Macam ni lah handphone Encik Suami, harga RM1198 free Tempered Glass Screen Protector. Bagi LR, tak banyak function yang boleh di jelajahi tidak seperti Samsung dalam erti kata lain terlalu simple sampai tak tahu nak godek apa dah..hihihi. Dari segi kamera pun, entah kenapa LR masih tidak berpuas hati dan masih mengatakan Samsung J7 LR lebih memikat hati LR. Tapi pasal body phone memang terbaik lah Oppo F1s ni, macam tu juga dengan Oppo F1 Plus. Tidak dinafikan brand Oppo ni design dia lawa-lawa. Dah macam iphone dah.


Oppo F1s Gold Encik Suami

Spesifikasi Oppo F1s


Jom kita lihat pula spesifikasi untuk Oppo F1 Plus pula...






Tak banyak beza dengan Oppo F1s. Harga terkini RM1898 kalau tidak silap. LR sebenarnya nak juga try Oppo ni tapi macam lebih tertarik dengan Iphone 6s Plus.




Iphone 6s Plus 128GB harga terkini RM3699.00 manakala untuk 32GB RM3199.00. Harga memang dah turun sejak model terbaru Iphone dilancarkan iaitu Iphone 7. 

LR betul-betul dalam dilema nak pilih smartphone yang mana satu. Masing-masing ada pro dan kontra. Apapun semuanya berbalik kepada rezeki dan keinginan semasa. Buat masa ni memang Iphone lah pilihan dihati. Tapi mana tahu esok-esok craving model Huawei pula atau berbalik kepada Oppo semula. Itu kita tak tahu. 

Ok setakat di sini sahaja entri untuk kali ini. Semoga LR dapat memilih yang terbaik.  




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...