Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Saturday, October 1, 2016

Sup Ayam Mudah



SUP AYAM MUDAH
Oleh : LR Soflin

Bahan-bahan :

700gm Ayam (LR guna 1 dada ayam sebab itu saja stok yg ada dlm peti ais)
3 Ulas Bawang Putih*dihiris nipis
4 Ulas Bawang Merah*dihiris nipis
2cm Halia 
1 Paket Sup Bunjut Adabi

Minyak untuk menumis
1-2 Biji Kentang *Potong Dadu 4 bahagian (LR tak letak sebab xda stok) 
Garam
Rempah 4 sekawan (Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga, Bunga Lawang, Bunga Cengkih)
Serbuk Perasa *Option
Air Secukupnya
Daun Sup*Hiasan
Daun Bawang*Hiasan

Cara-cara :

1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan rempah 4 sekawan bersama bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga garing.

2. Setelah garing, masukkan ayam dan sedikit air serta garam secukup rasa. Biarkan mendidih.

3. Setelah itu, masukkan sup bunjut dan kentang yang dibelah 4. Tambahkan lagi air dan biarkan sehingga kentang empuk.

4. Tambah sedikit serbuk perasa dan tunggu sehingga sup menggelegak.

5. Bila dah masak tutup api dan hidang. Kalau nak lagi sedap tabur daun sup dan bawang goreng. LR tabur bawang goreng saja sebab daun sup tak ada stok 😂



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...