Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Tuesday, October 4, 2016

TIPS DIET BERKESAN




TIPS DIET BERKESAN PERKONGSIAN SEORANG GADIS YANG TELAH BERJAYA MENURUNKAN BERAT BADAN - Entri kali ni LR nak kongsikan tips diet dari seorang pengamal diet yang telah pun berjaya mengurangkan berat badan SEBANYAK 32KG!

Nampak MENARIK!

Okey firstly nak diingatkan program ni BERGANTUNG kepada kadar metabolisme badan seseorang itu sendiri, kerajinan serta disiplin yang kuat. Kalau tiga aspek ni gagal terutamanya aspek kerajinan dan disiplin tu maka agak sukarlah nak kurangkan berat badan.  Atau memerlukan USAHA YANG LEBIH!

Firstly,

LOSS 10KG in 1 MONTH😳😳😳

1. DETOXIFICATION
Buat detoxification untuk membuang lemak-lemak dan najis yang menapak dalam usus. Boleh try google cara-cara detoxification yang berkesan.  
 
2. PENGAMBILAN DIET SEHARIAN

Amalkan pengambilan diet seharian seperti di bawah, untuk ibu yang menyusukan bayi boleh lebihkan portion protein. Apapun better refer pakar dietition terlebih dahulu.

Pagi : ROTI 3 KEPING + GREENTEA
Air suam (wajib ambil)
Pengambilan sebelum pukul 9 pagi
Roti Gardenia biasa dan jika untuk pesakit kencing manis eloklah jika memilih whole grain bread.

Lunch : Nasi 1-2 senduk, ayam atau ikan, sayur hijau rebus/ kukus elakkan yang berlemak dan berminyak.

Dinner : BUAH EPAL HIJAU
Elakkan makan makanan fast food seperti burger, sosej mahupun nugget.

**Nota tambahan : Seeloknya dikurangkan pengambilan karbohidrat.

3. MINUM AIR SUAM/ AIR KOSONG 
Pengambilan air suam sehari mengikut kepada berat badan semasa seseorang. Ianya penting untuk membantu penurunan berat badan. Rujuk gambar di bawah.



4. PENGAMBILAN GREENTEA
Meminum Greentea tidak menjanjikan penurunan berat badan sekiranya pemakanan tidak dijaga. Greentea juga sebenarnya membantu meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Jadi rajin-rajinlah meminum Greentea dua kali sehari. Diambil pagi dan malam sebelum tidur.

5. SENAMAN 30 MINIT SEHARI
Senaman ini sangat penting untuk pembakaran lemak yang berlebihan dalam tubuh. Banyak jenis senaman yang boleh dilakukan termasuklah bersukan. Untuk perempuan bolehlah jika ingin melakukan zumba.

6. PANTANG AIS DAN MINUMAN MANIS

Untuk menurunkan berat badan, adalah sangat penting untuk mengelakkan minuman berais ataupun disejukkan seperti ABC, Cendol, Aiskrim dan segala jenis minuman atau makanan sejuk. Begitu juga minuman berperisa yang mengandungi kadar gula yang tinggi.

7. PANTANG 'FAST FOOD'
Pantanglah segala jenis fast food seperti KFC, McD, Pizza dan lain-lain untuk 3 bulan pertama tanpa ada 'treat day'.

8. TIMBANG BERAT BADAN
Sebelum memulakan misi, berat badan perlulah ditimbang. Setelah misi berjalan timbang setiap minggu. Jangan sedih jika hanya sedikit penurunan. Jaga emosi pastikan stabil kerana kadang-kadang ianya memberi kesan kepada bertambahnya berat badan.

9. MINUM AIR KOSONG SETIAP KALI BANGUN PAGI

Bangun saja dari tidur pastikan minum air kosong terlebih dahulu dalam kuantiti 1-2 gelas. Kerana meminum air kosong setiap kali bangun pagi banyak kebaikannya.

Okey itu sahaja, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.


P/s: kindly share jika bermanfaat untuk anda. TQ ;)

Kredit : Kepada penulis asal tips ni. Semoga mendapat kebaikan daripada hasil perkongsian yang bermanfaat ini. P/s : x ingat nama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...