Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Saturday, October 22, 2016

10 Perkara Tentang Diet Yang Diamalkan Oleh Dr Zubaidi

10 PERKARA TENTANG DIET YANG DIAMALKAN OLEH DR ZUBAIDI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri kali ini LR kongsikan berkenaan "10 perkara tentang diet yang diamalkan oleh Dr Zubaidi" yang dipetik dari FB Dr Zubaidi sendiri. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan inspirasi untuk kita menuju ke arah diet untuk sihat dan bukan semata-mata untuk kelihatan cantik sahaja.

Ok jom check it out apa yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi.

Diet saya adalah :

1. Diet saya makan sehingga kenyang-bukan makan sedikit dan kerap. Saya akan makan sayur-sayuran (low carbo) sehingga kenyang


2. Diet saya makan bila lapar- tiada waktu untuk masa makan tertentu seperti mesti bersarapan atau mesti mesti makan tengah hari. Saya makan bila lapar.

3. Diet saya simple. Boleh diamalkan di mana-mana walaupun di kedai mamak atau waktu kenduri kendara. Tiada alasan untuk tidak menjaga pemakanan sebab saya hanya menukar pilihan kita.

4. Diet saya tidak mahal kerana saya mengurangkan kekerapan untuk makanan dan memilih sayur-sayuran tempatan (ulam) dan kompleks carbo untuk kekal kenyang.

5. Diet saya bukan diet cara hidup yang baru tetapi diet yang betul dan telah diamalkan oleh datuk nenek kita sejak zaman silam. Cuma hari ini kita terbiasa dengan pemakanan yang salah sehingga kekok untuk membiasakan diet yang betul.

6. Diet saya bukan diet vegetarian sebab walaupun saya mengambil banyak high  fiber  (sayur-sayuran) tetapi saya juga mengambil banyak protein dan fat. Matlamat kita kurangkan carbo.

7. Diet saya telah membantu ramai orang mengurangkan berat badan, membantu orang mengekalkan kesihatan dan membantu ramai pesakit kronik.

8. Diet saya menggalakkan pengambilan bahan-bahan makanan yang natural dan segar. Tinggalkan bahan makanan yang diproses dan tidak segar.

9. Diet saya  mudah diamalkan kerana ia tidak membuatkan kita cepat lapar kerana mengambil unsur masam dan manis dalam cuka buah-buahan (khall) sebagai pelengkap diet.

10. Diet saya adalah sebahagian rawatan dan ubat untuk penyakit. Ia bukan setakat makan dan minum saja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...