Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Sunday, October 9, 2016

Bubur Sagu Berjagung

Bubur Sagu Berjagung mudah dan sedap!

Jam menunjukkan pukul 2.28 pagi. LR terbangun pagi ni di sebabkan my little hero yang terjaga. Sementara menunggunya tidur semula LR mengambil kesempatan menulis resepi bubur yang LR masak petang semalam. Lama tak pekena Bubur Sagu Berjagung ni.. tiba-tiba sahaja teringin nak
makan. Memandangkan masak tanpa perancangan awal maka bahan-bahan pun kebanyakan yang segera. Guna mana yang ada sahaja. Ok jom tengok resepinya..

BUBUR SAGU BERJAGUNG

Bahan-bahan : (2-3 orang)

Makaroni (Boleh agak-agak nak banyak mana-tapi pastikan x banyak sgt)
Sagu (Pun agak sendiri, LR guna lebih kurang 3 sudu besar)
1/2 Tin Jagung Manis  (Creamy or not boleh je mana2)
Gula Secukupnya
50gm Santan Segera Perisa Pandan (Santan Asli + Pandan)
Air 600-800ml

Cara-cara :

1. Masukkan air dalam periuk, masukkan makaroni yang telah dibasuh dengan air bersih.

2. Masukkan santan segera ke dalam periuk tadi dan kacau hingga sebati.

3. Masukkan sagu dan kacau semula.

4. Masukkan gula secukup rasa. Janganlah manis sangat tak baik untuk kesihatan.

5. Tunggu sehingga sagu dan makaroni kembang barulah matikan api.

6. Kuah dia akan agak pekat sedikit. Boleh tambah air jika nak yang cair dan masak untuk beberapa minit lagi.

Selamat Mencuba resepi ringkas dan mudah!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...