Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Tuesday, November 1, 2016

Bubur Candil

BUBUR CANDIL @ BUBUR TEPUNG PULUT


Pekena Bubur Candil dulu!

Bahan-bahan : 

- 3 cawan tepung pulut
- air secukupnya
- sedikit garam
- santan secukupnya ( LR guna serbuk santan segera perisa pandan )
- 1 cawan sagu biji ( basuh dengan cara lalukan di bawah air paip dan ramas sikit untuk buang kanjinya)
- makaroni segenggam *basuh bersih
- 1 ketul gula melaka (tahap kemanisan boleh agak-agak ikut selera)
- gula putih secukupnya
- 1sb susu pekat (LR tak letak)

Cara-cara :



1. Uli tepung pulut bersama sedikit garam dan air hingga lembut dan tidak melekat di tangan.



2. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai.



3. Bulat-bulatkan ikut saiz yang disukai dan rebus hingga timbul. Angkat setelah timbul.



4. Sementara itu dalam periuk lain panaskan santan dengan api kecil.

5. Masukkan 2 helai daun pandan dan makaroni. (LR tak letak sebab guna serbuk santan perisa pandan)

6. Setelah mendidih masukkan gula melaka dan gula pasir serta susu pekat.


7. Kacau selalu supaya tidak melekat. Masukkan tepung pulut yang telah siap direbus tadi dan sagu yang telah dibasuh.

8. Kacau sehingga mendidih dan masak.


9. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba ;)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...