Showing posts with label Masakan Mi. Show all posts
Showing posts with label Masakan Mi. Show all posts

Mi Basah Seafood Sabah

Menu berbuka Ramadan hari ketiga..Mi Basah Seafood Sabah.
LR dah pernah tulis entri berkenaan Mi Basah Seafood sebelum ni. LR menggunakan resipi yang sama dengan sebelum ini. Boleh dapatkan resipi di sini.

Selamat mencuba! 😊







Mi Basah Seafood Sabah


Mi Basah Seafood Sabah

Assalamualaikum....hi semua

Entri kali ini LR nak kongsikan cara-cara memasak Mi Basah Seafood Sabah yang baharu sahaja LR masak untuk dinner semalam. Resipi ni pun LR dapat dari satu blog tak ingat nama blog apa..kredit utk blog tersebut. Tapi LR ubah sedikit resipinya mengikut kesesuaian tekak LR dan suami.. Btw, Encik Suami bagi gred A++ untuk masakan Mi Basah Seafood Sabah LR semalam. I hepi :P

Okeh jom kita lihat resepinya.. :)

Mee Basah Seafood Sabah

Bahan-bahannya :-

Mee Kuning (Kalau di Sabah ada Mee khas untuk Mee Basah ni)
Udang
Sotong
Bawang Putih
Lada Putih
Sos Tiram
Fishball
fishcake
Tepung Jagung sedikit untuk pemekat kuah, (bancuh dahulu)
Sayur Sawi
Air
Bahan perasa (Serbuk Pati Ayam-aku guna brand Knorr)

Cara Memasak:-

Goreng dahulu Mee Kuning tanpa minyak di atas kuali, biar ada hangit-hangit sedikit ataupun kekuningan, dah siap ketepikan.

Dalam kuali/periuk tumis bawang putih.

Masukkan air (terpulang nak kuah banyak mana), biarkan menggelegak.

Dah menggelegak kuah tadi, masukkan sos tiram, udang, sotong, fishball, fishcake.

Masukkan sayur sawi, bahan perasa, tepung jagung untuk memekatkan kuah, masukkan bahan perasa dan serbuk lada putih.





Siap untuk dihidang.

Siap dah Mi Basah Seafood Sabah kitaa...taraa~








LR juga namakan Mi Basah Seafood Sabah ini sebagai Mi Basah Seafood Banjir Sabah sebabnya 'dibanjiri' seafood tak macam di restoran tuu...ciputt je seafoodnya  :D :D


Okeh sampai di sini sahaja..semoga ada kesempatan berceloteh dalam blog ini di lain hari... :)