Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Tuesday, April 11, 2017

Mi Basah Seafood Sabah


Mi Basah Seafood Sabah

Assalamualaikum....hi good morning all

LR sekarang berada di tempat kerja..ambil kesempatan waktu rehat sekejap menulis entri dalam blog ini. Entri kali ini LR nak kongsikan cara-cara memasak Mi Basah Seafood Sabah yang baharu sahaja LR masak untuk dinner semalam. Resepi ni pun LR dapat dari satu blog tak ingat nama blog apa..kredit utk blog tersebut. Tapi LR ubah sedikit resepinya mengikut kesesuaian tekak LR dan suami.. Btw, Encik Suami bagi gred A++ untuk masakan Mi Basah Seafood Sabah LR semalam. I hepi :P

Okeh jom kita lihat resepinya.. :)

Mee Basah Seafood Sabah

Bahan-bahannya :-

Mee Kuning (Kalau di Sabah ada Mee khas untuk Mee Basah ni)
Udang
Sotong
Bawang Putih
Lada Putih
Sos Tiram
Fishball
fishcake
Tepung Jagung sedikit untuk pemekat kuah, (bancuh dahulu)
Sayur Sawi
Air
Bahan perasa (Serbuk Pati Ayam-aku guna brand Knorr)

Cara Memasak:-

Goreng dahulu Mee Kuning tanpa minyak di atas kuali, biar ada hangit-hangit sedikit ataupun kekuningan, dah siap ketepikan.

Dalam kuali/periuk tumis bawang putih.

Masukkan air (terpulang nak kuah banyak mana), biarkan menggelegak.

Dah menggelegak kuah tadi, masukkan sos tiram, udang, sotong, fishball, fishcake.

Masukkan sayur sawi, bahan perasa, tepung jagung untuk memekatkan kuah, masukkan bahan perasa dan serbuk lada putih.





Siap untuk dihidang.

Siap dah Mi Basah Seafood Sabah kitaa...taraa~








LR juga namakan Mi Basah Seafood Sabah ini sebagai Mi Basah Seafood Banjir Sabah sebabnya 'dibanjiri' seafood tak macam di restoran tuu...ciputt je seafoodnya  :D :D


Okeh sampai di sini sahaja..semoga ada kesempatan berceloteh dalam blog ini di lain hari... :)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...