LR menggunakan resipi di bawah ni ๐๐ป
APAM COKLAT MOIST KUKUS / BAKAR
2 cawan tepung gandum
4 sudu makan serbuk koko
1 st baking powder
1/2 st soda bicarbonate
1/2 st garam
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula halus - kena tambah kalau suka manis, tapi kalau makan dengan aiskrim, ok dah..
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air
Caranya senang je, campur semua bahan dan kacau dengan hand whisk sehingga sebati.
Rehatkan 1/2 jam.
Kukus dalam acuan lompang yg disapukan minyak selama 15-20 minit.
Isi 3/4 sahaja.
Versi bakar
Masukkan dlm cup 3/4
Tabur sedikit coklat cip
Bakar api atas bawah 190c kalau oven sy.. bakar sehingga masak.
Dan hasilnya adalah seperti dalam gambar ๐
.
#lrkitchen23



No comments:
Post a Comment