Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Tuesday, November 1, 2016

Sup Ikan Pari Kering a.k.a Kiampau Rebus

Sup Ikan Pari Kering/Kiampau Rebus




Makan malam kali ini Encik Suami request nak makan Sup Ikan Pari Kering atau lebih dikenali sebagai "Kiampau Rebus" oleh masyarakat Bajau dan Suluk di daerah Semporna yang tercinta ini. "Kiampau Rebus" ini sememangnya menjadi lauk kegemaran Encik Suami dan LR sendiri. Resipinya yang cukup ringkas membuatkannya mudah untuk disediakan. Enak jika dimakan bersama nasi putih. "Kiampau Rebus" ini merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat Bajau dan Suluk di daerah Semporna. Ianya juga merupakan hidangan bagi wanita berpantang. Ok jom tengok resipinya yang simple sgt ni..

Bahan-bahan : 


1 1/2 ekor ikan pari kering
3 batang serai *diketuk
2 ulas bawang merah *hiris halus
2 ulas bawang putih *hiris halus
Serbuk Perasa *optional
Garam secukupnya
Limau kasturi
Lada Padi
Air secukupnya
Minyak sedikit sahaja untuk menumis

Cara-cara :

1. Potong ikan pari kepada beberapa bahagian kecil.



2. Berus ikan pari kering dan basuh bersih

3. Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan air.

3. Masukkan serai dan ikan pari yang telah dipotong kecil.

4. Tunggu sehingga mendidih.

5. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam.

6. Tunggu sehingga ikan pari lembut barulah matikan api.

7. Sedia untuk dihidang bersama limau kasturi dan lada padi.



Cicah dengan limau dan lada padi dan tambah sedikit garam perghh..sedap yg amat. Tak sedar nasi bertambah-tambah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...