KEK PISANG COKLAT MOIST

Oleh : LR Kitchen

Bahan-bahan :

*3 biji Telur
*180g Minyak jagung/masak (Saya guna minyak masak)
*170g Gula Kastor (Saya guna 130g)
* 250g Pisang (Saya guna pisang lemak manis)
*1/2 tsp  perisa pisang (Tak letak pun x apa, lebih sedap..rasa pisang asli)
*1 tsp esen vanila *
*1/2 tsp garam
150g Tepung gandum
1 tsp Soda Bikarbonat
1 1/2 tsp Baking Powder
1 tbsp Serbuk koko
Hirisan pisang untuk hiasan


Cara:

1. Blend bahan bertanda *

2. Lepas siap blend bahan bertanda *. Tuang ke dalam bekas.

3. Ayak Tepung Gandum, Soda Bikarbonat dan Baking Powder.

4. Masukkan bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil kaup balik adunan.

5. Setelah digaul rata. Asingkan lebih kurang 1 cawan adunan dalam bekas lain dan campur dengan 1tbsp serbuk koko. Gaul sebati.

6. Masukkan adunan plain ke dalam loyang 9 X 9 inci/8 X 8 inci. Atau loyang yang bersesuaian.

7. Masukkan adunan yang telah dicampur sebuk koko diruang tengah dan lorekkan membentuk corak mengikut kemahuan.

8. Hentakkan loyang 2-3 kali untuk membuang gelembung udara.

9. Untuk hiasan atas, hias dengan hirisan pisang dan susun seperti dalam gambar.

10. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius, api atas bawah selama 35 - 40 minit atau sehingga masak.

11. Sekiranya masa telah tamat, tapi bahagian atas belum kekuningan, tambah 5-10 minit dan bakar menggunakan api atas sahaja.





Kek pisang ni lembap dan lembut..sangat sedap kalau dah semalaman..๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Selamat mencuba๐Ÿ˜

#lrkitchen23 #lrkitchen232

No comments:

Post a Comment