![]() |
| Kek Lapis Horlicks |
Hi...kali ni LR nak kongsikan resipi kek lapis pertama yang LR buat dulu. Alkisahnya LR ni suka sangat makan Kek Lapis Sarawak. Bila nak makan je LR akan order dari Sarawak. Pernah sekali tu LR nak order Kek Lapis Sarawak melalui Facebook malangnya seller Kek Lapis Sarawak tu boleh pula tolak order LR. Hmmm...sedih bukan kepalang masa tu. Sebelum ni pernah juga beli dari dia. Tapi untuk kali ini dia tolak mungkin sebab tempahan banyak masuk.
Selepas dari tu, timbullah idea nak mencuba buat sendiri Kek Lapis Sarawak ni. LR dapatkan resipi dari Group FB - Resepi Mama Kent. Mujurlah LR ni adalah juga asas baking kek ni. 😁 Untuk permulaan LR try Kek Lapis yang senang-senang je dulu iaitu Kek Lapis Horlicks.
Alangkah gembiranya selepas cuba memang menjadi..ALHAMDULILLAH. Ada gak hikmahnya akak Kek Lapis tu reject order LR. Rupanya senang je nak buatnya..apa yang penting kesabaran 😄
Okey jom kita tengok resipinya di bawah ..
Kek Lapis Horlicks
By : LR Kitchen
Bahan - Bahan :
10 Biji Telur Gred A (Aku guna C)
450gram Butter (Aku guna buttercup je)
1 Cawan Gula Castor (Kurangkan lagi manis sgt-bwh 3/4)
2 Cawan Tepung Gandum (Ayak dulu)
1 Tin Susu Pekat ( Kurangkan lg manis sgt -bwh 3/4)
200gm Horlicks
1 Tutup Botol Esen Vanila
1 Sudu Makan Ovalete
Cara-cara :
1. Pukul guna mixer butter, gula castor, Ovalete dan esen vanila sehingga kembang dan putih (gebu).
2. Masukkan telur 1 persatu. Pukul sebati.
3. Masukkan Susu Pekat. Pukul sebati.
4. Masukkan tepung gandum dan pukul sehingga sebati. Masukkan horlicks pukul sebati.
5. Bahagikan kepada beberapa bahagian utk warna berbeza. Kalau nak 1 warna sahaja pun boleh.
6. Warnakan mengikut citarasa.
7. Panaskan oven 170 - 180 mengikut kesesuaian suhu oven masing2.
![]() |
| Lapisan guna warna asal adunan |
8. Lapis sehingga habis mengikut kreativiti.
![]() |
| Kek Lapis yang telah siap! |
Note : Bakar lapisan pertama menggunakan api atas bawah. Kemudian utk lapisan seterusnya guna api atas sahaja.
Selamat Mencuba 💪😎
![]() |
| Kek Lapis Horlicks sedia untuk dipotong |
#lrkitchen23 #lrkitchen232 #catatanlrsoflin




No comments:
Post a Comment