Makaroni Fruit Cocktail


MAKARONI FRUIT COCKTAIL

500 g makaroni (jenama San Remo lebih pejal dan lembut)

1 tin susu pekat manis

1 botol besar mayonis ( gunakan Lady’s Choice sebab rasanya lebih sedap dari jenama yang lain – jangan guna jenama yang lain)

Buah-buahan dalam tin (fruit cocktail)-kuantiti ikut suka hati tapi lagi banyak lagi sedap.

Cara membuat:

Rebus makaroni hingga lembut dan toskan.

Kemudian gaulkan makaroni tersebut bersama mayonis dan buah-buahan dalam tin (tidak perlu ambil airnya).

Akhir sekali masukkan susu pekat dan gaul rata.

Setelah selesai, masukkan ke dalam peti sejuk.

Boleh juga dimakan terus, tapi kalau sejuk lagi sedap.

Jika anda inginkan tambahkan bahan lain juga tidak menjadi masalah seperti kismis, buah sagu dan sebagainya. Rasanya amat sedap sekali…Selamat Mencuba!!


Sup Ikan Pari Kering a.k.a Kiampau Rebus

Sup Ikan Pari Kering/Kiampau Rebus




Makan malam kali ini Encik Suami request nak makan Sup Ikan Pari Kering atau lebih dikenali sebagai "Kiampau Rebus" oleh masyarakat Bajau dan Suluk di daerah Semporna yang tercinta ini. "Kiampau Rebus" ini sememangnya menjadi lauk kegemaran Encik Suami dan LR sendiri. Resipinya yang cukup ringkas membuatkannya mudah untuk disediakan. Enak jika dimakan bersama nasi putih. "Kiampau Rebus" ini merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat Bajau dan Suluk di daerah Semporna. Ianya juga merupakan hidangan bagi wanita berpantang. Ok jom tengok resipinya yang simple sgt ni..

Bahan-bahan : 

Bubur Candil

BUBUR CANDIL @ BUBUR TEPUNG PULUT


Pekena Bubur Candil dulu!

Bahan-bahan : 

- 3 cawan tepung pulut
- air secukupnya
- sedikit garam
- santan secukupnya ( LR guna serbuk santan segera perisa pandan )
- 1 cawan sagu biji ( basuh dengan cara lalukan di bawah air paip dan ramas sikit untuk buang kanjinya)
- makaroni segenggam *basuh bersih
- 1 ketul gula melaka (tahap kemanisan boleh agak-agak ikut selera)
- gula putih secukupnya
- 1sb susu pekat (LR tak letak)

Cara-cara :

10 Perkara Tentang Diet Yang Diamalkan Oleh Dr Zubaidi

10 PERKARA TENTANG DIET YANG DIAMALKAN OLEH DR ZUBAIDI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri kali ini LR kongsikan berkenaan "10 perkara tentang diet yang diamalkan oleh Dr Zubaidi" yang dipetik dari FB Dr Zubaidi sendiri. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan inspirasi untuk kita menuju ke arah diet untuk sihat dan bukan semata-mata untuk kelihatan cantik sahaja.

Ok jom check it out apa yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi.

Diet saya adalah :

1. Diet saya makan sehingga kenyang-bukan makan sedikit dan kerap. Saya akan makan sayur-sayuran (low carbo) sehingga kenyang

'Meranduk'

Hari ini perjalanan balik kerja agak mencabar sedikit. Di mana kami perlu meranduk air laut yang cetek di Jeti Kampung Sumsum. Hari ini dalam sejarah bagi sesetengah guru yang tidak pernah meranduk yakni berjalan di dalam air. Alkisahnya, ianya berpunca daripada kemalangan yang melibatkan Bot Pelancong yang telah melanggar Jambatan Kampung Sumsum pada 3 Oktober 2016 yang lepas.  Akibat daripada kemalangan itu, Jambatan Kampung Sumsum pun rosak. Terpisah dua. Sehingga sekarang masih belum dibaiki lagi.


Lihatlah keadaan jambatan ini. Memang tiada alternatif lain yang dapat difikirkan orang kampung