BANANA CHOCOLATE CHIP MUFFINS





Entri kali ini LR ingin kongsikan resipi muffin yang sangat mudah disediakan untuk minum petang bersama anak-anak.


Banana Chocolate Chip Muffins
by LR Kitchen

Bahan-bahan : Anggaran 21 Cup Kecil

2 Cawan Tepung Gandum**
1 tsp Soda Bikarbonat**
1 1/2 tsp Baking Powder**
200g pisang masak
1/2 tsp Garam
2 Biji Telur Gred A
1 1/3 Cawan Gula Perang (Brown Sugar) - Saya guna 1 Cawan sahaja.
1/2 tsp Esen Vanila
1/2 Cawan Minyak Masak
1/2 Cawan Susu Segar
1/2 Cawan Coklat Chip
Badam & Coklat Ship secukupnya untuk hiasan


Cara - cara :

1.  Campurkan bahan bertanda ** dan ayak. Ketepikan.

2. Masukkan telur, gula perang, esen vanila, minyak, susu segar dan garam ke dalam blender. Blend 
    sehingga sebati.

3. Masukkan pisang masak. Blend lagi sehingga sebati semua bahan.

4. Tuang bahan yang telah diblend ke dalam bahan yang telah diayak. Kacau sebati secara kaup balik.

5. Setelah sebati, masukkan Coklat Chip, gaul rata.

6. Masukkan ke dalam paper cup 3/4 sahaja.

7. Taburkan Coklat Chip dan hirisan badam. ( LR tak guna badam sebab stok tiada )

8. Bakar dengan api 170 darjah celcius selama 20-30 minit atau sehingga masak. Guna api atas bawah.



LR bubuh coklat chip banyak-banyak sebab anak-anak suka 😊




Selamat Mencuba 😊
#lrkitchen232
#lrkitchen23



KEK COKLAT MOIST CHEESE



Pagi Jumaat yang barakah ini, LR baharu sahaja selesai menyiapkan Kek Coklat Moist Cheese sebanyak 50 cup. Resipi asal adalah menggunakan topping Coklat tetapi memandangkan LR kurang menggemari coklat jadi toppingnya LR tukar kepada topping cheese dan parutan cheese. Kek Coklat Moist Cheese ini sesuai dijadikan sebagai doorgift, juadah harijadi anak-anak sama ada di rumah atau di Sekolah, juadah majlis, ataupun untuk diagih-agihkan kepada jemaah di Masjid.. dan boleh juga dibuat untuk jualan.  Okey jom lihat resipinya.


Kek Coklat Moist Cheese

Bahan-bahan : (Anggaran 18 cup sederhana kecil)

Bahan A : Ayak
* 1 ½ cwn tepung gandum
* 1 tsp baking powder
* ½ tsp soda bikarbonat
* ½ cwn serbuk koko

Bahan B : Blend
1 cwn myk masak
1 cwn susu cair
½ cwn susu pekat
7 table spoon gula (boleh kurangkan kalau x suka manis)
1 tea spoon garam
1 table spoon ovalette
2 biji telur gred A

Bahan optional : 
Chocolate Rice

Cara-cara : Anda boleh juga tonton video melalui youtube. Klik link ——> 

1. Ayak smua bahan A, ketepikan.

2. Bahan B dimasukkan dlm blender dan  blend sampai sebati.

3. Tuang bahan B dalam bekas yg ada bahan A yang telah diayak. Kacau hingga sebati menggunakan handwisk.

4. Tabur sedikit chocolate rice ke dalam adunan sebelum dikukus untuk menambahkan lagi kelembapan kek. (Tak letak pun tak apa)

5. Masukkan adunan ke dalam acuan sama ada acuan lompang atau cup kecil yang telah disapu dengan sedikit marjerin/mentega. Isi hampir setengah daripada ketinggian acuan.

6. Kukus selama 15-25 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. Sebelum memasukkan kek, pastikan pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu.

Bahan C : Topping kek (50 cup)

500g cream cheese
3/4 tin susu pekat
1 cawan UHT Whipping Cream/Dairy Whipping Cream
3/4 cawan susu segar (susu kotak kecil sahaja)

Cara-cara : 

1. Mix cream cheese, susu pekat, whipping dairy dan susu segar sehingga sebati.

2. Tuang ke dalam acuan kek yang telah sejuk.

3. Parutkan cheddar cheese dan tabur di atas kek.



**Nota Tambahan :


1. Buat 3 kali adunan untuk mendapatkan 50 cup sederhana tinggi.

2. Jika menggunakan cup paling rendah, pastikan mengisi 1/4 sahaja drpd ketinggian cup.

3. Tidak perlu tutup cup dengan plastik semasa mengukus. (Untuk kek yg menggunakan loyang besar perlu tutup utk mengelakkan air masuk dalam kek)

4. Topping boleh ditukar mengikut citarasa sama ada menggunakan topping cheese atau topping coklat.
(Resipi ASAL menggunakan topping coklat tetapi saya tukar kepada topping cheese)

5. Untuk topping 18 cup hanya menggunakan 250g cream cheese, begitu juga dengan bahan-bahan yg lain.

#KekCoklatMoistKukusToppingCheese
#lrkitchen232

#lrkitchen23

Apam Coklat Moist Kukus vs Versi Bakar





LR kongsikan resipi Apam Coklat Moist Kukus / Bakar yang mudah dan cepat disediakan. Anak2 pun suka.. Apam Coklat Moist Kukus vs Chocolate Chip Muffins..menggunakan adunan yg sama cuma utk muffin taburkan sedikit coklat cip di atasnya.
LR menggunakan resipi di bawah ni πŸ‘‡πŸ»

APAM COKLAT MOIST KUKUS / BAKAR

2 cawan tepung gandum
4 sudu makan serbuk koko
1 st baking powder
1/2 st soda bicarbonate
1/2 st garam
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula halus - kena tambah kalau suka manis, tapi kalau makan dengan aiskrim, ok dah..
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air

Caranya senang je, campur semua bahan dan kacau dengan hand whisk sehingga sebati.
Rehatkan 1/2 jam.

Kukus dalam acuan lompang yg disapukan minyak selama 15-20 minit.
Isi 3/4 sahaja.

Versi bakar
Masukkan dlm cup 3/4
Tabur sedikit coklat cip
Bakar api atas bawah 190c kalau oven sy.. bakar sehingga masak.


Dan hasilnya adalah seperti dalam gambar 😊





Selamat mencubaπŸ˜‰


.
#lrkitchen23

TRIP 2018 SPN - TWU - JHB - SIN

         Entri kali ini LR nak share kenangan percutian tahun 2018 LR sekeluarga. Okey..untuk tahun 2018 yg lalu kami memilih Negeri Johor dan Singapura sebagai destinasi percutian kami sekeluarga.

Day 1
29 Nov 2018 | Khamis

         Perjalanan kami seawal 6.30 pagi dari Semporna ke Airport Tawau dengan menaiki kereta sewa persendirian. Sewa untuk sekali perjalanan RM100 kereta jenis Perodua Alza. Cukuplah untuk kami berlima bersama 4 buah luggage. Bergerak awal ke Airport Tawau bagi memastikan kami sampai 2 jam lebih awal dari penerbangan. Kami tiba di Lapangan Terbang Tawau kira-kira pukul 7.30 pagi kerana perjalanan dari Semporna ke Lapangan Terbang Tawau memakan masa lebih kurang 1 jam sahaja. Kami sampai 30 minit lebih awal sebelum kaunter Drop-In Baggage buka. Jadi dalam masa 30 minit kami melakukan Self Check-In melalui kiosk, timbang berat bagasi, security check, memasang tag bagasi. Tepat pukul 8.00 pagi kaunter Drop-In Baggage AirAsia ke Johor Bahru pun dibuka. Selesai urusan bagasi kami pun ke ruangan menunggu untuk Daftar Masuk. Adalah dalam 20 minit menunggu sebelum panggilan Daftar Masuk.

           Setelah Daftar Masuk ke bahagian menunggu Pintu Gate, LR hampir terlupa untuk mengecop Boarding Pass di kaunter Imigresen 🀦🏻‍♀️ dan hanya menyedarinya selepas ditegur oleh staf AirAsia sebelum memasuki kapal. Syukur LR berada di barisan hadapan so sempatlah bekejar ke Kaunter Imigresen. Tepat pukul 10.00 pagi kami pun terbang.. ✈️

            Sepanjang dalam penerbangan, Alhamdulillah anak-anak tidak meragam. Terutamanya anak lelaki LR yang baru berusia 3 tahun setengah. Hanya duduk diam dan selepas itu terlelap. LR sempat merasa hidangan makanan Pak Nasseer dalam board. LR sukakan Nasi Lemaknya yang sedap di makan pada ketinggian berpuluh-puluh ribu kaki di udara. πŸ˜„. Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Senai, Johor lebih kurang dalam pukul 12.45 tengahari. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Johor Darul Takzim. Setiba di Balai Ketibaan kelihatan susuk tubuh Abang Ngah sedang menunggu kami sekeluarga. Destinasi kami seterusnya adalah berziarah ke rumah Abang Ngah dan lain-lain di Pasir Gudang.

          Setelah selesai aktiviti ziarah dari rumah ke rumah, tibalah masanya LR sekeluarga (kecuali mak - mak decide untuk stay di rumah abang-abang untuk meluangkan masa bersama ) mencari tempat penginapan. LR sekeluarga  ke Bandar Johor Bahru dan mencari Hotel yang bersesuaian. Disebabkan terlalu  penat dan telah larut malam, LR decide untuk menginap di Hotel Hallmark Regency Johor Bahru. Walaupun LR walk-in mencari hotel, namun LR lebih suka membuat tempahan dan pembayaran melalui Aplikasi Shopback dan Agoda sebabnya terdapat banyak kelebihan berbanding membuat tempahan di hotel itu sendiri. Salah satu kelebihannya adalah ; sebarang tempahan melalui aplikasi shopback akan menerima CashBack dari ShopBack. Okey yang nak dapatkan CashBack tu cepat-cepatlah muat turun Aplikasi Shopback melalui Appstore atau Playstore smartphone anda dan jangan lupa masukkan Referral Code : 1DR1MU untuk mendapatkan bonus RM5 atau klik sahaja link inihttps://www.shopback.my/referred-signup-bonus?raf=lDR1MU )

Day 2
30 Nov 2018 | Jumaat

       Hari kedua kami di Bandar Johor Baharu, perancangan untuk hari ini adalah lebih kepada aktiviti  “Window shopping” di beberapa buah Shopping Mall di Johor Bahru. Antaranya ;
🏒 KSL  City Mall, JB
🏒 Holiday Plaza, JB
🏒 Paradigm Mall, JB
Keluar seawal 10.30 pagi dari Hallmark Regency Hotel, *****


To be continued...✌🏻😎

KEK LAPIS HORLICKS

Kek Lapis Horlicks


Hi...kali ni LR nak kongsikan resipi kek lapis pertama yang LR buat dulu. Alkisahnya LR ni suka sangat makan Kek Lapis Sarawak. Bila nak makan je LR akan order dari Sarawak. Pernah sekali tu LR nak order Kek Lapis Sarawak melalui Facebook malangnya seller Kek Lapis Sarawak tu boleh pula tolak order LR. Hmmm...sedih bukan kepalang masa tu. Sebelum ni pernah juga beli dari dia. Tapi untuk kali ini dia tolak mungkin sebab tempahan banyak masuk. 

Selepas dari tu, timbullah idea nak mencuba buat sendiri Kek Lapis Sarawak ni. LR dapatkan resipi dari Group FB - Resepi Mama Kent. Mujurlah LR ni adalah juga asas baking kek ni. 😁 Untuk permulaan LR try Kek Lapis yang senang-senang je dulu iaitu Kek Lapis Horlicks

Alangkah gembiranya selepas cuba memang menjadi..ALHAMDULILLAH. Ada gak hikmahnya akak Kek Lapis tu reject order LR. Rupanya senang je nak buatnya..apa yang penting kesabaran πŸ˜„

Okey jom kita tengok resipinya di bawah ..

Kek Lapis Horlicks
By : LR Kitchen

Bahan - Bahan :

10 Biji Telur Gred A (Aku guna C)
450gram Butter (Aku guna buttercup je)
1 Cawan Gula Castor (Kurangkan lagi manis sgt-bwh 3/4)
2 Cawan Tepung Gandum (Ayak dulu)
1 Tin Susu Pekat ( Kurangkan lg manis sgt -bwh 3/4)
200gm Horlicks
1 Tutup Botol Esen Vanila
1 Sudu Makan Ovalete

Cara-cara :

1. Pukul guna mixer butter, gula castor, Ovalete dan esen vanila sehingga kembang dan putih (gebu).

2. Masukkan telur 1 persatu. Pukul sebati.

3. Masukkan Susu Pekat. Pukul sebati.

4. Masukkan tepung gandum dan pukul sehingga sebati. Masukkan horlicks pukul sebati.

5. Bahagikan kepada beberapa bahagian utk warna berbeza. Kalau nak 1 warna sahaja pun boleh.

6. Warnakan mengikut citarasa.

7. Panaskan oven 170 - 180 mengikut kesesuaian suhu oven masing2.

Lapisan guna warna asal adunan

8. Lapis sehingga habis mengikut kreativiti.

Kek Lapis yang telah siap!

Note : Bakar lapisan pertama menggunakan api atas bawah. Kemudian utk lapisan seterusnya guna api atas sahaja.

Selamat Mencuba πŸ’ͺ😎

Kek Lapis Horlicks sedia untuk dipotong

#lrkitchen23 #lrkitchen232 #catatanlrsoflin