TIPS JIMAT MEMBELI TIKET FLIGHT AIRASIA






Ada beberapa cara untuk anda beli tiket flight. Contohnya melalui perbankan internet seperti M2U / CIMBClicks / RHBNow atau melalui kad kredit MasterCard / VISA.

Kalau beli tiket flight AirAsia menggunakan perbankan internet seperti M2U dan CIMBClicks, anda akan dicaj RM4 setiap kali anda membayar menggunakan perbankan internet.

Kalau pembelian tiket flight AirAsia menggunakan kad credit MasterCard / VISA pula, anda akan dicaj RM16 per transaksi. Mahal giler. Sudahla penat-penat buru tiket murah, lepastu kena caj mahal untuk processing fees. Serupa beli harga biasa!

Sebenarnya ada cara untuk korang waive processing fees AirAsia ni. Caranya dengan menggunakan kad BIGPay AirAsia. Dengan menggunakan AirAsia BIGPay ini, anda hanya perlu bayar harga tiket flight saja. Zero processing fees !

BIGPay AirAsia ni sejenis debit card. Korang perlu top up card ini dan boleh guna di mana-mana saja seluruh dunia! Janji ada logo MasterCard. Rate dia pun berbaloi tau. Dan yang paling best, setiap transaksi pembayaran, korang akan dapat BIG Points AirAsia!

CARA-CARA APPLY KAD BIG PAY

1. Download apps BIGPay di Google Play / Apps store
2. Apply kad BIGPay melalui apps BIGPay (Free )
3. Top up RM20 untuk aktifkan kad tersebut.( RM20 ini anda akan dapat balik so total dalam akaun akan ada RM30)
4. Jangan lupa masukkan referal code VV7S7HWEYI dan korang akan dapat  RM10 secara percuma!

Kad debit BIGPay anda akan dipos dlm masa 5 Hari bekerja atau kurang daripada tu selepas kad diaktifkan. Dan anda boleh gunakan kad tersebut untuk beli tiket AirAsia serta pelbagai lagi! Cepat dapatkan kad BIGPay ini! Jangan lupa masukkan referal code VV7S7HWEYI tau! Anda akan dapat credit tambahan PERCUMA RM10 selepas pengaktifan.

My Referral Kod
VV7S7HWEYI

Download apps BIGPay di Apps Store dan Google Play sekarang! 
Share jika bermanfaat. 
Saya akan kongsikan kelebihan lain penggunaan kad BIG PAY ini!


BIG Thanks in advance.

Kek Lapis Aspalela



Lama tak menulis dalam blog ini. Ini first entri untuk tahun 2018. Tahniah kepada diri aku kerana diberikan kekuatan untuk menulis dalam blog ini. Bukan tak kuat sebab apa pun, cuma disebabkan oleh kekangan masa. Sibuk dengan keluarga di samping mengerjakan kerja hakiki dan hobi-hobi baharu.

Actually banyak resipi yang aku nak masukkan dalam blog ini tapi macam yang aku cakap lah tak kekangan masa. Ok aku tak nak cakap banyak. Aku cuma nak kongsikan Resipi Kek Lapis Sarawak yang aku buat untuk Raya Aidilfitri yang lepas. Ok jom!

Ok Kek Lapis Sarawak di bawah dinamakan Kek Lapis Aspalela (Encik Abe yang bagi nama ni..kihkih)

RESIPI KEK LAPIS ASPALELA







Ni haa resipinya dah siap edit ⬇️ malas nak taip punya pasal.



Ok jom tengok gambar-gambar Kek Lapis Aspalela yang telah siap dibakar kat bawah ⬇️
















Cantik dan nampak menyelerakan tak? Hehehe... boleh cuba resipi di atas ya. Confirm jadi. Tak payah dah order lepas ni. Buat je, jimat dan boleh dapat banyak. Tapi kena banyak sabar la sebab nak buat Kek Lapis Sarawak ni bukannya sekejap. Anggaran dalam 5-6 jam seloyang. Cuba lah, nanti boleh ambil order plak lepas ni kan?  Ok selamat mencuba =)

#lrkitchen232
#lrkitchen23
#catatanlrsoflin


SUP JAGUNG ISI KETAM



SUP JAGUNG ISI KETAM
Oleh : LR Kitchen

BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung manis
1 liter air
2 biji telur
Isi ketam secukupnya - dicarik halus
1 biji kiub pati ayam maggi
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Garam & gula secukup rasa
CARA:
1) Didihkan air dalam periuk bersama kiub pati ayam. Setelah kiub pati ayam larut, masukkan isi ketam dan jagung manis. Biarkan hingga mendidih.
2) Masukkan garam dan gula.
3) Pecahkan telur dalam mangkuk yang berlainan. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam sup sambil tangan terus mengacau sup. pastikan telur hancur dan tidak berketul-ketul. Nanti tekstur sup tak cantik.
4) Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Setelah mendidih, matikan api.
5) Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan dalam keadaan masih panas.


KEK BATIK




KEK BATIK
Oleh : LR Kitchen

1/2 ketul Buttercup (125g)
5 Biji telur
3/4 Cawan Tepung Gandum 
1/4 Cawan serbuk koko
1/2 tin susu pekat
Esen Vanilla sedikit ( agak2 )

Cara-cara : 
Mix semua bahan-bahan.
Tuang atas kuali & kacau tanpa henti supaya tepung tak berketul . 

Rasa sikit , kalau nk manis tmbah lg susu . Lepastu , ambil biskut marie dlm 2 baris yg dah dipatahkn ,gaul sekali.

Last , letak dlm bekas atau loyang . tekan2 bagi rata . 



Topping atas kek batik ikut suka kita , boleh tabur nestum, kacang , coklat chip dan lain2




S E L A M A T   M E N C U B A

Ketam Sumbat Sabahan





Assalamualaikum Salam Sejahtera...

Malam ini LR berkesempatan menulis entri setelah sekian lama menyepi.. Okey, tanpa membuang masa jomlah kita lihat resipi Ketam Sumbat resipi saya sendiri ini... 


KETAM SUMBAT SABAHAN
Oleh : LR Kitchen

BAHAN-BAHAN :

1kg ketam rebus dan ambil isi shj
1 biji bawang merah dicincang kecil
2 ulas bawang putih dicincang kecil
Sedikit daun bawang dan sup di cincang kecil
Sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
Sedikit Garam
2 biji telur 
Tepung Bestari ( Saya guna tepung bestari Garlic)
1 mangkuk kecil mixed vegetables
 
CARA-CARA :



Tumis bawang merah dan putih sehingga wangi,

Kemudian masukan mixed vegetables. 

Masukkan isi ketam. Gaul sebati.
Isi Ketam yang telah dimasak

Tabur kan lada hitam dan lada putih.

Perasakan garamnya. Akhir sekali baru dimasukan daun sup dan daun bawang, kacau sekata. Tutup api.

Setelah siap bahan inti, sumbatkan inti tersebut kedalam kulit ketam tadi sehingga padat.






Setelah tu pukul 2 biji telur tadi dengan sedikit garam.kulit yg telah disumbat tadi dicelupkan kedalam telur kemudian celup ke dalam tepung goreng serbaguna bestari (Garlic).

Kemudian goreng secara deep fry.

Maka siaplah untuk dihidang
Sedap tak??? hehehe


Ketam Sumbat yang telah dibekukan

Ketam Sumbat Frozen yang telah digoreng. Sedap !

                                               - S  E  L  A  M  A  T    M  E  N  C  U  B  A -
**Nota : 

Kulit ketam bahagian dlm perlulah disapu dgn sedikit minyak masak atau pun tepung bagi mengelakkan isi melekat pada kulit.

Utk disejuk bekukan, goreng sekejap sahaja. Sejukkan dan masukkan dlm bekas/plastik berseal dan bekukan.




Ketam Sumbat ni betul-betul membuka selera nak makan. Rasa memang sedap sangat-sangat. Tak rugi cuba... :)