Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Sunday, October 2, 2016

Santai-santai Hujung Minggu


Santai-santai Hujung Minggu - Salam Maal Hijrah 1438H, cuti hujung minggu ini LR isi dengan outing bersama family. Ikutkan hati nak je outing di luar daerah, tapi memandangkan cuti cukup singkat jadi terpaksalah outing dalam daerah sahaja. Daerah Semporna ni tak lah banyak sangat tempat peranginan yang sesuai dilawati jika membawa bersama anak-anak kecil. Ada beberapa tempat sahaja bagi LR yang sesuai dilawati. Antaranya Scuba Tiger atau yang dulunya dikenali sebagai 'Mayuki', Restoran Warisan dan juga Dragon Inn Floating Resort Semporna.


Antara ketiga-tiga tempat yang LR sebutkan di atas, LR dan Encik Suami sepakat untuk membawa anak-anak ke Dragon Inn Floating Resort Semporna memandangkan di sana kawasannya agak selamat dan lapang. Lagipun anak-anak pasti suka kerana dapat melihat sendiri ikan-ikan besar yang terdapat di sana. 

Pukul 1 tengahari kami bersiap ke bandar. Sebelum ke Dragon Inn Floating Resort Semporna kami singgah makan di Restoran KFC kerana memang dalam perancangan nak lunch diluar sahaja. Selesai makan kami terus menuju ke destinasi. LR sempat menangkap beberapa keping gambar untuk tatapan. 




Okay nampak tak apa dalam sangkar tu? Haa itu Ketam. Jika di sini ketam tu dipanggil Ketam Sukai atau dalam bahasa Tausug 'Kagang Sukai'. 


Ikan Putih, Ikan Kerapu dan Ikan Mamin pun ada dalam kolam ni. Anak sulung LR siap jerit dah sebab excited tengok ikan-ikan ni. Apa tidaknya, ada ikan yang melompat apabila ada pengunjung yang melemparkan makanan ke dalam sangkar.



Apalah yang ditunjuk tu? Jangan tak tahu.. Encik Suami tu tengah tunjuk Ikan Kerapu GERGASI dalam sangkar tu. Saiz ikan tu dah macam saiz manusia. Ada beberapa ekor dengan saiz yang lebih kurang sama. Anak-anak excited tengok Ikan Kerapu atau KURATANG. Ni kalau ada orang jatuh ni agak-agak ikan tu pergi makan tak? 😲😲


Dalam resort ni juga terdapat kedai-kedai souvenirs macam-macam dijual di sini. Ada gelang mutiara, rantai leher mutiara pelbagai design.


Keronsang mutiara pun ada. LR dah tapau dua set keronsang mutiara mix kristal. Cantik dan harga pun berpatutan. Memang berbaloi lah beli di sini.



Gelang Jed pun ada. Pelbagai design. Kalau ikutkan nafsu memang dah beli dah satu persatu tapi fikir punya fikir nanti membazir sebab LR pun bukannya suka melaram. Maka dengan itu selamatlah wang di poket 😂😂



Inilah di antara barangan yang dijual dalam kedai tersebut. Ada topi, beg, kaca mata, key chain, patung-patung, baju dan macam-macam lagi. Yang pastinya harga sangat berpatutan!



Gambar ni LR ambil masa nak masuk. Kiranya ini pandangan hadapan la kalau kita nak masuk ke resort ni.



Ni pula gambar menghadap ke Pulau Bodgaya dan pulau-pulau sekitar. Apa yang menarik dalam gambar ini adalah pulau tu yang kelihatan seperti 'Orang Berbaring'. Nampak tak? Itulah keunikannya..



SEMPORNA OCEAN TOURISM RESORT CENTRE, sayangnya tak boleh masuk dah. Masa kecil dulu pernah lah sekali dua masuk dalam ni. Tapi sekarang memang tak dibenarkan masuk dah. Reason nya tak tahu apa.



Dah nak balik. Anak-anak dah keletihan.



Menujuk keluar.
Signboard 'THANK YOU'



Haa inilah hasil hari ini. Cantik kan.. lain kali beli saja di sini. Banyak pilihan cantik-cantik dan semestinya harga terbaik! Keronsang Mutiara Asli, yang berminat tu boleh je kalau nak ..just hello2 LR k!

Sampai di sini sahaja entri LR kali ini. Rumusan untuk aktiviti hari ini.. LR sangat bahagia kerana dapat membuatkan anak-anak gembira. Kegembiraan mereka juga adalah kebahagian kami mama dan papa.

-lrsoflin-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...